sweet memories

Thursday, 27 December 2012


watak perwatakan

Watak Utama
Bunjei / Mohamad Hafiz

Bunjei merupakan watak utama dalam novel ini.
 Berumur 27 tahun.

Ibunya bernama Fatimah dan bapa tirinya bernama Harun.

 Dianggap lurus bendul,dungu dan tidak berakal oleh masyarakat kampung.

 Pemuda yang baik hati,jujur dan ikhlas.

 Anak yang bertanggungjawab
Bujei cuba untuk menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi tidak  berjaya menyelamatkan ibunya.

 Tidak mementingkan kebersihan

Bujei membuang perkakasan yang tidak berguna di rumahnya dan membakarnya di halaman rumah.

 Suka berjimat

Bujei tidak menggunakan wang pemberian Wak Senin tetapi menyimpannya dengan baik dalam kendi di rumahnya.

 Bersikap abnormal

 Bujei membentuk peribadinya melalui pandangan penduduk kampung yang
         menganggapnya bodoh, dungu dan tidak berakal.


 Watak Sampingan

Adila


Berumur dalam lingkungan 20-an.
Anak kepada Pak Lang Dahlan dan  anak saudara kepada Sidang Saman dan Mak
        Lamah.
Lepasan universiti dari England dan memiliki ijazah dalam bidang ilmu psikologi.
Kecewa apabila tunangnya,Faizal telah berkahwin lalu membawa diri ke kampung.
Mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan bersikap peramah terhadap masyarakat
        kampung.

Simpati
Adila memberitahu Same’ah bahawa Bunjei tidak boleh dibiarkan sebegitu. Adila
        memberitahu Bunjei menjadi mangsa alam dan manusia di sekelilingnya.
Bijak mempengaruhi
Bunjei mampu bercerita tentang ibu bapanya yang telah meninggal dunia dan neneknya.
       Bunjei dapat dipengaruhi untuk menceritakannya. Dia menahan kesediahan ketika
       menceritakan peristiwa yang menimpa ibunya dan berkali-kali dia menafikan bahawa dialah
       yang menyebabkan rumanya terbakar

Tabah
Adila menangis apabila difitnah orang kampung. Dia menerima surat layang yang menulis
       kata-kata fitnah sehingga begitu mengecewakannya. Tulisan itu mengatakan bahawa dia
      menolak pinangan Alias kerana dirinya telah rosak. Bunjei dikatakan sebagai perosak kepada
      Adila dan akibatnya dia akan berkahwin dengan Bunjei nanti.
Sedia berkorban/ Ikhlas
Sidang Saman memberitahu bahawa Sahak kekurangan darah dan Adila bersedia menderma
       darahnya kerana kebetulan dia juga mempunyai darah jenis AB. Adila menganggap darah
       yang disumbangkan untuk Sahak itu sekadar kebajikan dan dia tidak angkuh dengan
       sumbangannya itu.



Alias


Berumur dalam lingkungan 20-an.
Anak tunggal Mak Som,cucu kesayangan Opah Arah dan cucu saudara Pak Iman.
Berkelulusan SPM pangkat dua.
Pemuda kampung yang nakal,liar dan suka berlumba motosikal.
  Cuba menculik Adila dan cuba mengenakan ubat pengasih kepada Adila

Suka membuli
Alias sering membuli Bunjei seperti menyuruh Bunjei terjun ke dalam sungai kecil dan
        membenam-benamkan dirinya di dalam air dan dia ketawa melihat perbuatan Bunjei itu

Alias datang ke rumah Bunjei lalu mengambil radio yang baharu dibeli oleh Bunjei. Alias
       melambung-lambungkan radio itu dan akhirnya Alias menjatuhkan radio itu ke
       lantai. Bunjei sedih dan Alias ketawa sepuas-puasnya.

Kejam/tidak berperikemanusiaan
Alias sering mengarahkan Bunjei supaya melakukan perkara-perkara mengikut kesukaannya
       seperti turun ke dalam sungai dan mengarahkan Bunjei membasahkan dan mengotorkan
       badannya. Jika Bunjei enggan, Alias akan memukul, menyepak dan menerajangnya
   Mungkir janji
Bunjei mendapatkan Alias selepas membasuh motosikalnya. Alias mengarahkan supaya
       Bunjei pergi tanpa memberi satu senpun. Alias tidak menunaikan janjinya kepada Bunjei
       setelah Bunjei selesai membasuh motosikalnya.

Suka membuat fitnah
Alias memberitahu Adila bahawa Bunjei mempunyai penyakit kulit yang boleh berjangkit.
       Alias juga memberitahu bahawa Bunjei juga mempunyai penyakit yang lebih teruk iaitu
      penyakit maniac sehingga Adila menjadi cemas apabila mendengarnya

Suka merendahkan keupayaan orang
 Alias memberitahu rakan-rakannya bahawa dia tidak percaya Adila belajar di seberang laut.
       Alias mengatakan Adila menipu belajar di sana. Dia menganggap fail yang tertulis perkataan
       England itu telah dibeli di kedai.

Sidang Saman    
Suami kepada Mak Lamah.                                                                                                                                                               
Bapa kepada tiga orang anak,iaitu Same`ah,Saniah dan Samsul.
 Bapa saudara Adila,iaitu abang kepada Pak Lang Dahlan.

 Ketua kampung yang dihormati ramai.

Adil dalam menjalankan tugas.                                                                                 

Berani
Sidang Saman meminta Harun berjumpa dengan kadi dan pegawai agama untuk mengemukakan haknya menyebabkan muka Harun merah padam

Sidang Saman mempersoalkan hak yang mana lagi ingin dituntut oleh Harun kerana tanah dusun yang masih ada itu masih nama arwah ayah Bunjei dan tapak rumah pula telah dijual oleh Harun.

Bijaksana
 Sidang Saman menyedari perkara salah yang akan dilakukan oleh Harun. Harun meminta tandatangan Sidang Saman untuk dia berkuasa di atas tanah sawah dan tapak rumah yang telah dijualnya itu.

Sidang Saman sengaja menanyakan Harun tentang harga semasa tapak rumah jika ingin menjualnya. Sidang Saman menyarankan supaya Harun memujuk Bunjei dan mendapatkan tandatangannya. Sidang Saman mempunyai muslihat lain apabila membuat cadangan itu.

 Mengambil berat
 Sidang Saman pergi ke rumah Bunjei untuk mencarinya. Sidang Saman mengambil berat terhadap Bunjei setelah Adila menunjukkan perhatiannya kepada Bunjei. Setengah jam kemudian, Sidang Saman membawa pulang Bunjei bersama-samanya.

Harun

Suami baharu kepada Fatimah dan bapa tiri Bunjei

Duda yang bekerja sebagai mandur di ladang kelapa sawit.
Panas baran dan bertindak zalim terhadap Fatimah dan Bunjei.
 Kejam/ganas
Harun sering memukul, menyepak dan menendang Fatimah sehingga pengsan apabila
       Fatimah enggan menyerahkan wang dan seutas rantai

Harun sangat marah kepada Bunjei kerana telah merosakkan borang yang dibawanya. Harun
       menampar muka Bunjei.Apabila Bunjei membantu Harun keluar daripada lumpur, Harun
       mengambil kesempatan menumbuk perut Bunjei dan menerpa serta menyepak rusuk Bunjei.
      Beberapa sepakan singgap di belakang badan Bunjei sehingga dia tidak sedarkan diri.

      Tidak jujur
      Harun menjual tanah tapak rumah kepada Wak Senen dnegan harga RM4 ribu tanpa
             sebarang surat dan resit. Jika dia berkuasa ke atas tanah itu dia akan membayar balik
             RM4 ribu dan ditambah RM2 ribu lagi kepada Wak Senen
                                                                                                                                                                                                                                                                      Pandai membuat helah                                            
Harun memberitahu orang kampung bahawa Bunjeilah yang bermain dengan pelita sehingga
       bilik terbakar dan orang kampung seolah-olah percaya dengan kata-kata Harun


Tidak bertanggungjawab
 Harun tidak bertanggungjawab terhadap keluarga kerana banyak menghabiskan masa dengan berjudi

Suka menyogok

Harun ingin menyogok Sidang Saman supaya mambantunya mendapatkan semula haknya yang ingin dituntut daripada bekas isterinya, Fatimah.

Fatimah

 Ibu kandung Bunjei yang terkorban dalam suatu kebakaran di rumahnya sebagai akibat perbuatan kejam suami baharunya,Harun.     
                                                                                                                                                                     Menjadi mangsa penderaan Harun                                                                                                                       Berperwatakan sederhana dan tidak tahu melawan
 Janda beranak  satu.
Tabah     
                                                                                                                                                                 Fatimah tabah menjalani kehidupan bersama Harun walaupun dia diperlakukan secara kasar seperti disepak, diterajang, dipukul oleh Harun

Perahsia

Fatimah berlagak biasa seolah-olah dia terus bahagia dalam rumah tangganya bersama Harun tetapi orang kampung sudah dapat meneka apa yang berlaku

 Bertanggungjawab

   Menyimpan wang peninggalan arwah suami kerana ingin mengerjakan haji dan menampung pelajaran anak
                                                                                                                                                                                                                                                  
 Yakin diri
Fatimah tidak mempedulikan nasihat keluarganya supaya tidak mengahwini Harun tetapi dia tetap meneruskan hajatnya kerana terpengaruh dengan kebaikan Harun



Same`ah

Anak Sidang Saman
Sudah bertunang
Sepupu Adila
Berkahwin dengan pemuda dari kota

Penyayang
Hafiz merasakan Same’ah melayannya dengan kasih sayang dan tidak pernah menganggapnya sama seperti orang anggap kepadanya.

Mengambil berat
Same’ah sering menasihati Hafiz supaya menjaga kebersihan diri

Baik hati

Sering mengambil berat akan diri Hafiz

Mak Lamah
 Isteri Sidang Saman dan ibu kepada Same`ah
 Emak saudara Adila
Memahami perasaan orang lain

Mak Lamah menyokong apa-apa perkara yang dilakukan oleh Adila asalkan Adila boleh melupakan kisah pahitnya.

Mak Lamah memujuk supaya Adila berjumpa dengan Faizal yang datang ke kampung untuk bertemu dengan Adila.

  Berprasangka buruk
Mak Lamah tidak dapat tidur kerana memikirkan hal perbuatan suaminya dengan Harun. Dia memikirkan suaminya akan menjadi fasik seperti Harun yang cuba membelakangkan hukum syarak dalam mengendalikan harta anak yatim
                                                                                                                                                                 
Suka menasihati

Mak Lamah mengingatkan Adila supaya berhati-hati apabila berkawan dengan Hafiz kerana Hafiz seorang lelaki. Mak Lamah bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada Adila.

Mak Lamah menasihati Adila supaya pulang ke kota kerana tidak mahu Alias melakukan perkara buruk kepada Adila

Baik hati

Mak Lamah mempelawa Hafiz makan sebelum Hafiz berjumpa dengan Adila


Samsul

Adik Same’ah
Masih bersekolah
10 tahun lebih muda daripada Bunjei

Suka mempermain-mainkan orang
Samsul pernah mempermain-mainkan Bunjei dengan menyuruhnya naik pokok betik tetapi
 apabila Bunjei sampai di pertengahan, dia meminta Bunjei turun kerana menuduhnya ingin
  mencuri

Bertanggungjawab
 Samsul membawa Bunjei ke bangsal tempat menyimpan barang-barang. Samsul meminta
 Bunjei memberishkan dirinya kerana dia tidak dapat menahan loya apabila melihat parut
 yang berair dan lendir yang berbau. Samsul sempat berpesan kepada Bunjei supaya sentiasa mengikutnya semasa mereka berjalan-jalan di bandar kerana Bunjei tidak pernah pergi ke bandar sebelum ini









No comments:

Post a Comment