sweet memories

Saturday 31 August 2013

KAMPUNG SE'MARAH' PADI


Slot Panggung  di TV1 ini meninggalkan bukan sedikit impaknya kerana selain menonjolkan plot cerita yang lari daripada kebiasaan, ia turut menampilkan gandingan pelakon Beto Kusyairi, Pekin, Shera Aiyob, Sheila Mambo dan Sabri Yunus juga penampilan khas Melissa Saila dan Amran Tompel.

Mungkin ada yang beranggapan jalan ceritanya ada kaitan dengan filem Semerah Padi lakonan Tan Sri P Ramlee, namun hakikatnya berbeza kerana pusingan cerita berlatarkan kisah yang berlaku di sebuah kampung bernama Kampung Se’marah’ Padi sekitar tahun 50-an yang menyaksikan seluruh penduduknya hidup dalam keadaan amat marah akibat terkena sumpahan seorang gadis bernama Musalmah. 

Musalmah dijatuhkan hukuman mati akibat termakan buah cempedak milik penghulu Siak. Sebelum mati Musalmah bersumpah bahawa penghulu Siak serta seluruh penduduk kampung akan menjadi marah selama tujuh keturunan.


Sejak itu hiduplah penduduk Kampung Se’marah’ Padi dalam kemarahan dari segi tutur kata dan perilaku mereka. Itulah cara hidup penduduk Kampung Semarah Padi. Selepas terkena sumpahan, penduduk kampung Se’marah’ Padi masih lagi hidup, tetapi dalam keadaan marah. 

Pada suatu hari, penduduk kampung menyelamatkan Kasim yang terdampar di tepi sungai. Kasim yang berasal dari kampung lain kemudiannya dibawa ke rumah penghulu Siak.

Sejak itu Kasim dirawat oleh Penghulu Siak, isterinya Tanjung dan anaknya Meriam. Selepas sembuh Kasim menjadi hairan dengan penduduk kampung Se’marah’ Padi, walaupun hati dan perbuatan mereka baik, tetapi percakapan mereka sentiasa kasar dan dalam keadaan marah.

Oleh kerana terhutang budi kerana diselamatkan, Kasim berniat untuk berbakti kepada penduduk kampung Semarah Padi dan mengajar mereka untuk bertutur secara normal dan mengawal kemarahan mereka. Kasim membuka kelas mengawal kemarahan (anger management) untuk penduduk kampung.
Yang best drama ni sebab ada banyak lagu-lagu lama. Lagu ‘Seribut’ (Dato’ M. Daud Kilau) menjadi lagu Kelas Tahan Marah di mana sambil bernyanyi pelajar (orang kampung) akan tarik nafas dan senyummm...! Hilang marah. 

Thursday 22 August 2013

TIPS UNTUK ATASI MENGANTUK

SEBAB-SEBAB MENGANTUK

  1. letih
  2. terlalu kenyang
  3. tidur lewat {lepas 11.30 malam}
  4. jemu,bosan & hilang tumpuan
  5. bising
  6. kesan makanan yg dimakan
  7. kelas / tempat belajar yang panas,kurang cahaya /sebaliknya
  8. masalah kesihatan & berumur
  9. mengambil ubat yg mengandungi psikotropik bg penyakit selsema,
    batuk,darah tinggi,lemah jantung,ubat penenang & sebagainya
  10. tidak suka guru yang mengajar
LANGKAH-LANGKAH UNTUK ATASI MENGANTUK
  1.  berwuduk & baca doa belajar
  2. belajar suka & sayang semua guru
  3. minum air
  4. tidur 10-30 minit sewaku tengah hari { kailullah}
  5. senaman & regangan 
  6. basuh muka / mandi air suam
  7. bangun berdiri & berjalan-jalan
  8. berus gigi / bersugi
  9. tarik nafas dalam-dalam,tahan & hembuskan.
    kemudian tarik nafas cepat-cepat
  10.  gula-gula
  11. hidu minyak wangi / sembur pewangi perasa lemon,peppermint / cinnamon
  12. lakukan senaman muka
  •  pejam mata kuat-kuat   & kira hingga 10 {3 kali}
  • buka mata luas-luas & pandang ke atas jauh-jauh.
  • kira hingga 10 {3 kali}
  • jeling ke kiri & ke kanan dgn  pantas { 3 kali}
  • pandang ke bawah tanpa gerakkan kepala {3 kali}
  • putarkan mata ikut pusingan jam {3 kali}
  • putarkan mata ikut arah lawan jam{3 kali}
  • rehat sebentar

PETUA-PETUA UNTUK MENGELAKAN DARIPADA LUPA


  •  elakkan makan kepala ikan
  • elakkan makan bahan-bahan dalaman haiwan
    {hati,jantung,limpa & sbgainya}
  • elakkan minum semasa makan
  • elakkan minum / memakan makanan berkuah yang
    telah dicemari semut
  • elakkan makan sehingga menjadi terlalu kenyang
  • elakkan kencing berdiri
  • elakkan melihat kemaluan
  • elakkan melihat nama-nama di batu nesan
    {kecuali utk mencari kubur saudara mara}
  • elakkan dr sering melihat buih
  • banyakkan makan makanan yg mengandungi kacang soya,
    seperti tempe,tauhu,tauhu fah,air tauhu & lain-lain