sweet memories

Monday 20 October 2014

SUSUN LAPIS MASYARAKAT DI PULAU JAWA { SEJARAH STPM PENGGAL 3 }



Pendahuluan 


Kejatuhan Kerajaan Hindu - Buddha di Pulau Jawa seperti Kerajaan Majapahit telah 
   membolehkan kemunculan kerajaan Islam seperti Kerajaan Mataram dan Bantan.

Kerajaan Mataram yang berpusat di Jogjakarta telah mengungguli susun lapis masyarakat 
  di Pulau Jawa  kerana memiliki susun lapis masyarakat yang sistematik dan tersusun

Susun Lapis Masyarakat di Pulau Jawa

a) Sultan
  • Sultan menduduki lapisan paling tinggi dalam susun lapis masyarakat di Pulau Jawa 
  • Sultan merupakan pemerintah yang memiliki kuasa mutlak ke atas seluruh wilayahnya serta jajahan takluk
  • Di Pulau Jawa,sultan dianggap sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi serta pemimpin bagi seluruh umat Islam seperti Sultan Agong 
  • Sultan juga berperanan sebagai ketua agama Islam yang bertanggungjawab menyebarkan dakwah Islamiah melalui usaha penaklukan dan perluasan kuasa 
  • Sultan mempunyai kedudukan yang istimewa dalam kerajaan,memiliki sifat luar biasa serta unsur-unsur kesaktian
  • Sultan Acheh dianggap sebagai pemerintah berdaulat  dan rakyat tidak boleh menderhaka kepada sultan yang memerintah
  • Sultan bertanggungjawab memastikan urusan pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar dan berkesan disamping menjamin kestabilan dan kesejahteraan rakyat
b) Priyayi

  • Golongan  priyayi atau bangsawan menduduki lapisan kedua dalam hierarki sosial masyarakat di Pulau Jawa
  • Perkataan priyayi berasal dari bahasa Jawa digunakan khusus untuk keturunan Adipati atau gabenor
  • Golongan ini merupakan golongan kerabat diraja kerana mempunyai pertalian darah dan hubungan kekeluargaan dengan sultan
  • Dalam masyarakat Jawa,golongan priyayi bertanggungjawab dalam bidang keagamaan dan pemimpin agama Islam
  • Golongan ini memiliki kedudukan istimewa ,berpengaruh,dihormati serta dipercayai oleh rakyat
  • Priyayi juga merupakan perantaraan dan penghubung antara sultan dengan rakyat biasa
  • Golongan priyayi turut berkuasa ke atas masyarakat peribumi dan ketua adat tempatan iaitu Bupati
c) Rakyat

  • Golongan rakyat menduduki lapisan paling bawah dalam hierarki sosial masyarakat di Pulau Jawa
  • Golongan rakyat kebanyakannya terdiri daripada petani miskin dan tidak memiliki tanah 
  • Oleh itu,mereka menyewa tanah daripada golongan bangsawan untuk dikerjakan
  • Golongan rakyat kebiasaannya mengerjakan tanah milik golongan bangsawan dengan melakukan aktiviti bercucuk tanam seperti menanam padi dan berkebun
  • Golongan rakyat memberi khidmat dengan mengerjakan tanah milik bangsawan,melaksanakan tugas yang diberikan serta menjadi askar apabila tuan tanah terlibat dengan peperangan
Kesimpulan

  • Masyarakat peribumi di Indonesia terpengaruh dengan unsur agama dan kepercayaan. Keadaan tersebut menyebabkan mereka terlalu mentaati raja mereka.
  • Selepas penjajahan Barat,susun lapis masyarakat Indonesia mula mengalami perubahan. Kedudukan dan kuasa tradisi golongan Bupati merosot kerana mereka digantikan oleh pegawai Eropah atau golongan berpendidikan Barat.
**p/s:   sorry sebab bahagian pendahuluan tak  centre **