sweet memories

Saturday 31 October 2015

RAYUAN SUMBANGAN ORANG RAMAI sempena
🎈🎈PROGRAM SENTUHAN KASIH ZIARAH PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KG PASIR PUTIH,PASIR GUDANG🎈🎈

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum w.b.t...

Kami dari pihak Young Syafi'e Club UNIKL MITEC dengan kerjasama πŸ‘¬πŸ‘­SDCL UNIKL MITEC dan SKUAD CAKNA MAHASISWA PASIR GUDANG πŸŽ“πŸ“•πŸ“–
berbesar hati ingin memohon sumbangan untuk menjayakan PROGRAM diatas.

πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£
Untuk makluman,sumbangan ini akan diserahkan kepada 18 keluarga orang asli di kg Pasir Putih semasa berlansungnya program.

Program ini akan berlansung pada
πŸ“… 6 NOVEMBER 2015(JUMAAT)
🏠Perkampungan Orang Asli Kg Pasir Putih,Pasir Gudang

sumbangan berbentuk:
πŸ’°KEWANGAN
🍱🍹MAKANAN & MINUMAN
πŸ‘šπŸ‘žPAKAIAN DAN KELENGKAPAN SOLAT
🍢🍼KELENGKAPAN KANAK-KANAK (1-6TAHUN)
πŸ“–πŸŽ¨BUKU,ALAT TULIS,MUQADDAM DAN AL-QURAN TERJEMAHAN
amatlah penting untuk membantu meringankan sedikit beban mereka.

πŸ“„πŸ“ž
Sebarang maklumat dan bantuan boleh terus berhubung dengan :

πŸ‘¦MOHAMAD RASHID BIN MOHAMAD RAWAN(pengarah program)
013-7400556
Acc bank: 7045031215(CIMB)

πŸ‘¦MUHAMMAD AMIRUL SOLEHIN BIN AHMAD SOBRI
πŸ“±019-4039890
Acc Bank: 7611927484(CIMB)

Diharap dengan sumbangan dari anda dapat meringankan beban mereka yg memerlukan..moga Allah redha dengan usaha kecil kita ini.InsyaAllah..

Terima kasih😊
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷





Monday 20 October 2014

SUSUN LAPIS MASYARAKAT DI PULAU JAWA { SEJARAH STPM PENGGAL 3 }



Pendahuluan 


Kejatuhan Kerajaan Hindu - Buddha di Pulau Jawa seperti Kerajaan Majapahit telah 
   membolehkan kemunculan kerajaan Islam seperti Kerajaan Mataram dan Bantan.

Kerajaan Mataram yang berpusat di Jogjakarta telah mengungguli susun lapis masyarakat 
  di Pulau Jawa  kerana memiliki susun lapis masyarakat yang sistematik dan tersusun

Susun Lapis Masyarakat di Pulau Jawa

a) Sultan
  • Sultan menduduki lapisan paling tinggi dalam susun lapis masyarakat di Pulau Jawa 
  • Sultan merupakan pemerintah yang memiliki kuasa mutlak ke atas seluruh wilayahnya serta jajahan takluk
  • Di Pulau Jawa,sultan dianggap sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi serta pemimpin bagi seluruh umat Islam seperti Sultan Agong 
  • Sultan juga berperanan sebagai ketua agama Islam yang bertanggungjawab menyebarkan dakwah Islamiah melalui usaha penaklukan dan perluasan kuasa 
  • Sultan mempunyai kedudukan yang istimewa dalam kerajaan,memiliki sifat luar biasa serta unsur-unsur kesaktian
  • Sultan Acheh dianggap sebagai pemerintah berdaulat  dan rakyat tidak boleh menderhaka kepada sultan yang memerintah
  • Sultan bertanggungjawab memastikan urusan pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar dan berkesan disamping menjamin kestabilan dan kesejahteraan rakyat
b) Priyayi

  • Golongan  priyayi atau bangsawan menduduki lapisan kedua dalam hierarki sosial masyarakat di Pulau Jawa
  • Perkataan priyayi berasal dari bahasa Jawa digunakan khusus untuk keturunan Adipati atau gabenor
  • Golongan ini merupakan golongan kerabat diraja kerana mempunyai pertalian darah dan hubungan kekeluargaan dengan sultan
  • Dalam masyarakat Jawa,golongan priyayi bertanggungjawab dalam bidang keagamaan dan pemimpin agama Islam
  • Golongan ini memiliki kedudukan istimewa ,berpengaruh,dihormati serta dipercayai oleh rakyat
  • Priyayi juga merupakan perantaraan dan penghubung antara sultan dengan rakyat biasa
  • Golongan priyayi turut berkuasa ke atas masyarakat peribumi dan ketua adat tempatan iaitu Bupati
c) Rakyat

  • Golongan rakyat menduduki lapisan paling bawah dalam hierarki sosial masyarakat di Pulau Jawa
  • Golongan rakyat kebanyakannya terdiri daripada petani miskin dan tidak memiliki tanah 
  • Oleh itu,mereka menyewa tanah daripada golongan bangsawan untuk dikerjakan
  • Golongan rakyat kebiasaannya mengerjakan tanah milik golongan bangsawan dengan melakukan aktiviti bercucuk tanam seperti menanam padi dan berkebun
  • Golongan rakyat memberi khidmat dengan mengerjakan tanah milik bangsawan,melaksanakan tugas yang diberikan serta menjadi askar apabila tuan tanah terlibat dengan peperangan
Kesimpulan

  • Masyarakat peribumi di Indonesia terpengaruh dengan unsur agama dan kepercayaan. Keadaan tersebut menyebabkan mereka terlalu mentaati raja mereka.
  • Selepas penjajahan Barat,susun lapis masyarakat Indonesia mula mengalami perubahan. Kedudukan dan kuasa tradisi golongan Bupati merosot kerana mereka digantikan oleh pegawai Eropah atau golongan berpendidikan Barat.
**p/s:   sorry sebab bahagian pendahuluan tak  centre **



Sunday 17 August 2014

Contoh - contoh tajuk Kerja Kursus Ekonomi Penggal 3 - 2014

1) Perkembangan dan Sumbangan PKS : Inap Desa (homestay) di kawasan ..................... {5 pengusaha}

objektif :

            a)  mengenal pasti  perkembangan pengusaha Inap Desa
               - fokuskan kepada keuntungan-
            b) sumbangan kepada  masyarakat setempat
               -peluang pekerjaan
               -nyatakan jumlah pekerja
               -keluaran produk


2) Perusahaan Kerepok Lekor di kawasan.................
   
 objektif :
 
          a) kenal pasti pemasaran
          b) kenal pasti masalah perusahaan keropok lekor

3) Trend Imbangan Dagangan Malaysia dan Sumbangan Imbangan Dagangan terhadap Aliran Semasa dari Tahun 2005 hingga 2012.
(graf aliran-graf garis)

 objektif kajian :

    a)  kenal pasti  sumbangan imbangan dagangan terhadap aliran semasa

4) Sumbangan PKS terhadap Guna Tenaga di Sektor Perniagaan Runcit di Kawasan ........

objektif kajian :
     
     a) kenal pasti taraf pendidikan / kemahiran pekerja
      b) kenal pasti kadar upah pekerja

5) Trend Aliran Akaun Semasa dan Perbandingan Akaun Dagangan dan Akaun Perkhidmatan di Malaysia dari Tahun 2005 hingga 2012

 objektif kajian:

 - mengkaji perbandingan antara komponen akaun dagangan dan perkhidmatan

6) Sumber Modal Penubuhan PKS Bumiputera di Kawasan ....... dan Jenis-jenis Bantuan

objektif kajian :

  - mengkaji sumber modal untuk menubuhkan PKS
- apakah jenis bantuan / subsidi diberi oleh kerajaan

7) Trend Imbangan Akaun Semasa dan Sumbangan Akaun Barangan

8) Potensi dan Cabaran PKS Inap Desa di Kawasan ......



Sunday 20 July 2014

3.2.2 Perbezaan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. { SEJARAH STPM PENGGAL 3}


Malayan Union
Aspek
PTM 1948
Gabenor British
Ketua  pentadbir
Persuruhjaya Tinggi  British & Majlis Raja-raja
Parlimen British
Kuasa pusat
Majlis Undangan Persekutuan, Majlis Raja-raja & Majlis Mesyuarat Kerja
Pesuruhjaya Negeri & Majlis Mesyuarat Negeri
Kuasa Negeri
Sultan ,Menteri Besar & Majlis Undangan Negeri
Semua kuasa tertumpu di peringkat pusat,kecuali jabatan di negeri-negeri
Pembahagian  kuasa
Senarai Persekutuan & senarai Negeri
Gabenor British & Sultan sebagai timbalannya
Agama Islam & Adat Istiadat
Sultan Melayu
Dikuasai oleh Gabenor dan Pesuruhjaya Negeri
Perlembagaan
Negeri
Sultan & Jemaah menteri
Bahasa Inggeris
Bahasa rasmi pentadbiran
Bahasa Inggeris & bahasa Melayu
Dilonggarkan –Jus Soli
Pemberian kerakyatan
Diketatkan semula

2.3 ( b) Terangkan Perubahan Ekonomi di Tanah Melayu selepas Campur Tangan British sehingga Perang Dunia ke-2 { SEJARAH STPM PENGGAL 3}




Pendahuluan
Sistem ekonomi sara diri merupakan amalan ekonomi utama di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. Perubahan ekonomi pesat berlaku mulai pertengahan abad ke-19 dengan memberi penekanan kepada ekonomi komersial atau ekonomi perdagangan.

Isi – isi

i.             Perlombongan

S  Perusahaan utama ialah perlombongan bijih timah. Perusahaan bijih timah dimonopoli oleh pelombong Cina di antara 1850 hingga 1912. Mereka menggunakan cara melombong yang lebih berkesan seperti melombong dedah dan menggunakan pam. Pelabur Eropah mula berminat dalam perusahaan bijih timah awal abad ke-20. Kawasan utama lombong bijih timah seperti  Larut, Lembah Kinta dan Ampang.
S  Antara faktor-faktor membawa kepada pemkembangan pesat perusahaan bijih timah adalah kemasukan buruh Cina untuk mmengatasi kekurangan pekerja,dasar dan sistem pemerintahan British di NNMB,permintaan tinggi bagi bijih timah di pasaran dunia dan pengenalan kapal korek dalam melombong bijih timah
S  1929 hingga 1932,perusahaan bijih timah meleset. Harga merosot ke paras paling rendah menyebabkan pengangguran dalam kalangan pelombong-pelombong. Kerajaan British mencadangkan satu skim untuk mengawal harga dan pengeluaran bijih timah. 1931, Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ditandatangani buat pertama kali dan kemudian pada 1934 dan 1937. Pada zaman pendudukan Jepun, perusahaan semakin merosot kerana lombong-lombong dan peralatan bijih timah dimusnahkan oleh British,eksport bijih timah ke pasaran dunia terganggu dan permintaan bijih timah merosot
S  Bahan galian lain yang penting ialah emas di Raub,Pahang; arang batu di Batu Arang,Selangor dan bijih besi di Johor ,Terengganu dan Kelantan.


ii.          Pertanian dagangan atau komersial

S  Pembukaan kawasan bagi pertanian gambir dan lada hitam di Johor adalah dibawah Sistem Kangcu.
S  Selain tanaman tradisional,peladang Eropah telah mencuba mengusahakan jenis tanamaneksport baru seperti kopi di Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Johor serta kelapa sawit di Selangor,Johor dan Perak awal abad ke-20
S  Awal abad ke-20,penanaman getah secara besar-besaran diusahakan berikutan kejatuhan harga tanaman dagangan,terutamanya kopi. Antara faktor perkembangan perusahaan getah ialah sumbangan H.N. Ridley, kemerosotan harga kopi ,permintaan tinggi bagi tanaman getah,tenaga buruh India yang murah,galakan kerajaan NNMB dan peranan pusat penyelidikan.
S  Harga getah merosot pada 1920-an. Rancangan Sekatan Stevenson 1922 hingga 1929 diperkenalkan untuk mengawal harga getah dengan menghadkan pengeluaran getah.
S  Kejatuhan harga getah pada 1930-an disebabkan kemelesetan ekonomi dunia dan Rancangan Getah Antarabangsa 1934 hingga 1943 diperkenalkan
S  Pengeluaran getah terhenti semasa Perang Dunia ke-2 kerana loji-loji memproses getah dimusnahkan oleh British.  Hubungan Tanah Melayu dengan  pasaran dunia terputus dan serangan Jepun mengakibatkan banyak ladang getah dimusnahkan.

Penutup 

Ekonomi Tanah Melayu mengalami transformasi dari ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial yakni perlombongan dan pertanian kepada perdagangan atau komersial selepas campur tangan British sehingga Perang Dunia Kedua.

Friday 18 July 2014

2.3 (a) Perubahan Dalam Pentadbiran



     i.         Pengenalan Sistem Residen

*      4 negeri terima residen ( Selangor ,Negeri Sembilan ,  Perak , Pahang)
*      Kuasa raja Melayu semakin terhakis
*      Sultan dapat elaun dan pencen
*      Kuasa sultan terhad  kepada hal agama Islam dan adat istiadat

    ii.        Penubuhan  Majlis Mesyuarat Negeri ( badan pemerintah)

*      Badan pemerintah negeri yang sistematik
*      Penggunaan bahasa Melayu
*      Sultan Melayu ,residen, 12 pembesar Melayu , 1 wakil Cina
*      Residen berkuasa besar ( sultan – agama Islam & adat istiadat)

  iii.        Perubahan Sistem Pentadbiran Negeri

*      Wujud daerah-daerah ( pembesar)
*      Mewujudkan jawatan baru iaitu pemungut cukai dan majistret
*      Jawatan tersebut ditukar kepada pegawai daerah
*      British pecahkan daerah kepada mukim dan kampung. Mukim ( penghulu)  manakala kampung (  ketua kampung)
*      Penghulu -> sebagai penghubung  penduduk kampung kepada pegawai  British

   iv.        Perubahan Sistem Pentadbiran Tanah

*      Buat undang tanah milik persendirian
*      Dapat kutipan cukai daripada tanah milik persendirian
*      Menambahkan sistem kutipan cukai persendirian
*      Mengeksploitasikan kekayaan dari Tanah Melayu


    v.        Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu  ( Persekutuan 1896)

*      4 negeri  disatukan di bawah 1 pentadbiran iaitu NNMB
*      Residen Jeneral (ketua) , 4 residen
*      Bagi memudahkan pentadbiran dan kelemahan sistem dan sikap residen (contoh : JWW Birch)
*      Masalah kewangan negeri Pahang

   vi.        Desentralisasi ( 1909 – 1941)

*      Pengagihan kuasa pusat kepada kerajaan negeri
*      Pemulangan kuasa kerajaan pusat kepada kerajaan negeri ( pentadbiran,kewangan,perundangan)
*      Sultan nak kuasa pemutus  dan  pembatal khususnya dalam undang dan ekonomi
*      Sultan tak nak darjat jatuh
 
 vii.        Perubahan Pentadbiran Sarawak ( Bahagian )

*      Sarawak dibahagikan kepada 5 bahagian
*      Dari bahagian pecah kepada daerah
*      Ketua bagi setiap daerah ialah pegawai daerah
*       Wujud jawatan ketua setiausaha dan Pesuruhjaya Kehakiman
*      Sarawak dapat perlembagaan baru

viii.        Perubahan Pentadbiran Sabah ( Residensi)  

*      Sabah dibahagikan kepada residensi pantai barat dan residensi pantai timur
*      Residensi terbahagi kepada 7 daerah
*      Ketua bagi daerah ialah pegawai daerah
*      Wujudkan Mahkamah Anak Negeri
*      Wujudkan penasihat ketua-ketua  Anak Negeri  dan dikampung diketuai oleh Orang Tua