LATAR
Latar Tempat
Tebing Sungai
Latar Tempat
Tebing Sungai
Bunjei sering
menghabiskan masanya di tebing sungai dan terjun ke sungai apabila terdengar
bunyi motosikal Alias.
Bunjei dibelasah
dengan teruk oleh Harun kerana merosakkan surat jual beli tanah pusaka milik
arwah ibunya ketika menurunkan cap jari pada surat tersebut.
Berukuran
9 meter antara tebing yang menjadi tempat Hafiz berehat, berbaring
dan terlena. Sejak opahnya masih hidup lagi dia sudah biasa berada di situ. Dia
berasa tenteram apabila berada di situ.
Jambatan
Di
tengah-tengah jambatan, Sidang Saman hairan melihat pemuda di dalam sungai itu
yang berkelakuan aneh walaupun dia sebenarnya sedar akan sifat dan sikap pemuda
itu, namun baru sekali itulah dia melihatnya berkelakuan sedemikian.
Samsul
memberitahu bahawa Sahak masuk hospital kerana berlumba dengan Alias dan
terjatuh apabila tiba di jambatan ketika hendak mengelak lembu.
Rumah Fatimah
Kebakaran yang berpunca daripada pelita yang
disepak oleh bapa tirinya telah meragut nyawa ibu kandung Bunjei.
Rumah nenek Bunjei
Hafiz sedang mengemas rumah. Semua alatan
disusun dengan kemas dan teratur.
Sebahagian
kawasan tanah di hadapan rumah nenek Hafiz sudah diterangkan. Belukar dan semak
samun sudah ditebas dan tanahnya sudah digemburkan. Hafiz pernah menyatakan
hasratnya kepada Adila untuk menanam sayur-sayuran. Galakan Adila merupakan
dorongan utama kepadanya.
Alias telah merosakkan radio baharu
Bunjei.Perbuatan Alias itu menyebabkan Bunjei Berani melawan Alias yang selama
ini sering membulinya.
Rumah Sidang Saman
Faizal berkunjung ke rumah Sidang Saman untuk
memujuk Adila kembali kepadanya semula.
Di
kawasan halaman rumah Sidang Saman, Same’ah dan Adila sedang duudk di atas
pangkin di bawah pokok belimbing besi.
Same’ah
dan Adila sedang membentuk bekas bunga telur. Adila memberitahu bahawa dia
ingin menemu ramah Hafiz. Same’ah berasa aneh akan perkara yang ingin
dilakukan oleh Adila itu. Padanya Hafiz tidak wajar dijadikan bahan kajian.
Rumah Alias.
Alias membuli Bunjei supaya membasuh motosikalnya bersih-bersih tanpa
dibayar upah.
Mak Som melarang Alias menampar Hafiz dan
mengajak Hafiz ke dapur untuk bersarapan.
Mak Som sempat menasihati Hafiz supaya
tidak menurut kehendak Alias sambil menyerahkan seringgit sebagai upah.
Pasar raya di Pekan
Adila, Same’ah, Samsul dan Bunjei pergi ke
pekan bersama-sama. Mereka berpecah apabila tiba di pekan.
Bunjei menunjukkan kebingungan apabila
berada di pekan. Kesibukan orang ramai dan kesibukan kenderaan sesekali
menakutkan dan mencemaskannya.
Bunjei membeli radio baharu dengan menggunakan
wang yang diberikan oleh Wak Senen.
Rumah Mak Usu Bakyah
Same’ah dan Adila gembira berada di rumah
Mak Usu Bakyah, adik bongsu Sidang Saman berusia 35 tahun.
Banyak cerita anak muda menjadi bualan
mereka bertiga pada malam itu termasuk tentang perkahwinan Same’ah, persediaan
menghadapi perkahwinan dan kisah Adila di England.
Rumah ibu bapa Adila di Kuala Lumpur
Adila pulang ke
Kuala Lumpur buat seketika untuk menenangkan fikirannya setelah menerima surat
layang.
Dia difitnah
telah rosak dan melakukan hubungan sulit dengan Bunjei
Bangsal
Samsul
membawa Hafiz ke bangsal tempat menyimpan barang-barang. Bangsal itu agak besar
dan lapang. Biasanya Samsul dan kawan-kawannya duduk dan tidur baring di situ.
Hafiz
memberitahu Samsul bahawa Alias pernah mengenakannya semasa mereka duduk di
kedai Pak Sulong. Alias menyuruhnya menghisap rokok sambil minum teh tarik.
Oleh sebab rasa loya, rokok dan teh tarik yang ada di dalam mulutnya tersembur
ke muka Alias
Kedai Pak Sulong
Hafiz
berdiri pada tiang kedai dan terduduk. Tiada seorangpun yang mempelawa dia
makan. Pada
saat inilah dia terkenangkan dirinya dan benar-benar rasa terbuang. Orang
kampung melihatnya seperti musuh, tidak berhati perut dan tidak mempunyai
perasaan belas kasihan
Kebun Sidang Saman
Ketika
Hafiz berkira-kira hendak memanjat pokok betik di tanah Sidang Saman, dia
disergah oleh Samsul. Samsul menyampaikan pesan bahawa Adila ingin berjumpanya.
Di bangku kayu panjang bawah pokok
jering
Di
bawah bangku kayu panjang bawah pokok jering di hadapan rumah Hafiz, Alias
datang meminta maaf kepada Hafiz atas perbuatannya sebelum ini. Alias mengaku
bahawa dia ingin berubah.
Pintu pagar
sekolah
Bujei
menghantar kanak-kanak sekolah sehingga ke pintu pagar sekolah sambil memesan
mereka supaya belajar bersungguh-sungguh.
LAtar MAsa
§ Zaman
kini / Selepas merdeka
Manusia sudah mampu belajar sehingga
ke luar negara.
\
Adila yang merupakan graduan lulusan England.
Banyak pusat pengajian dibuka dan Adila ditawarkan bekerja sebagai pensyarah di
pusat pengajian swasta.
§ Beberapa bulan
\ Beberapa
bulan berkahwin, Harun memujuk Fátimah menyerahkan RM15 ribu untuk membeli
kereta walaupun duit tersebut menjadi hajat Fátimah menunaikan hají dan
menampung persekolahan anaknya
§ Belum setahun
perkahwinannya
\ Sikap
buruk Harun terdedah. Janji Harun untuk memberikan kasih sayang kepada anak
tirinya tidak ditunaikan. Harun menunjukkan kebencian kepada anaknya dan
menganggap Hafiz sebagai sampah yang menumpang
§
Kira-kira dua bulan
\
Bermula Adila membawa
diri di kampung Pak Longnya,Sidang Saman sehingga sehari sebelum Adila pulang
ke Kuala Lumpur selepas menerima kerja di sebuah institut swasta sebagai
pensyarah
\
Buktinya :
Kedatangan Adila ke kampung itu,dua bulan yang lalu mempunyai
alasannya yang sendiri.Ada rahsia yang
tersembunyi lebih daripada alasan yang diberikan.Begitu pun,Same`ah atau
keluarganya tidak pernah mendesak lantaran kehadiran Adila merupakan satu kemujuran
yang diharapkan.
Selama dua bulan itu,Same`ah dapat
rasakan perhatian Adila pada Bunjei.Walaupun belum ketara atau tidak kerana
dorongan perasaan,Adila sering memperkatakan Bunjei dari segi kemanusiaan dan
sosialnya.{halaman 35}
§ Menjelang 10 hari perkahwinan Same’ah
\ Menjelang
10 hari majlis perkahwinan Same’ah, Sidang Saman dikunjungi pak imam suami
isteri untuk merisik dan meminang Adila untuk Alias.
§
Waktu Subuh
\ Ketika Bunjei terdengar azan subuh,dia segera
bangun dan mandi sebelum keluar rumah.
\
Subuh,ketika bilal
melaungkan azan subuh,dia akan segera tersedar.Begitulah kebiasaanya.Seperti
ada tugas penting yang menantinya pada hari itu,dia akan segera bangun dan
mandi.Sesekali ada juga dia menumpang orang berjemaah.{halaman 22}
§
Waktu Pagi
\ Pada
awal pagi, Alias mengarahkan Bunjei membasuh motornya. Dia berhati-hati
membasuh motor Alias kerana takut tercalar. Bunjei mendapatkan Alias setelah
sudah membasuh motosikalnya. Alias mengarahkan Bunjei pergi tanpa memberi satu
sen pun.
\ Pada
pagi keesokannya, sedang Bunjei mengemaskan rumah, Alias datang dan mengambil
radio yang baru dibelinya. Alias melambung-lambungkan radio itu dan Bunjei cuba
mengambil radio tersebut. Akhirnya Alias menjatuhkan radio itu menyebabkan Bunjei
menjadi sangat marah.
\ Suatu
pagi, Alias datang berjumpa dengan Bunjei
dan menengking Bunjei kerana tidak menurut kata-katanya. Bunjei
memberanikan dirinya berdebat dengan Alias. Bunjei mencabar Alias jika Adila
berpenyakit, Alias perlu menghalau Adila daripada kampung itu. Alias tidak
menduga bahawa Bunjei bertindak balas demikian rupa.
\ Ketika Adila kegelisahan dan risau kerana
Bunjei masih tidak muncul lagi ke rumah Sidang Saman seperti biasa.
\ Buktinya:
Pagi
itu,Adila tidak dapat lagi menyembunyikan perasaannya daripada Same`ah.Same`ah
senyum menyindir,mengusik Adila kerana terlibat dengan Bunjei.{halaman 42}
§
Waktu
Lewat Petang
\ Lewat
petang, pelamin yang akan digunakan oleh Same’ah telah siap. Pengalaman
Hafiz melihat orang membuat astaka pelamin membantunya menyiapkan pelamin
Same’ah
\ Ketika Bunjei rancak berbual dengan Pak Lang
Dahlan,Adila dihantar pulang oleh bekas tunangnya,Faizal.
\ Buktinya:-
Lewat petang,sedang Bunjei berbual dengan Pak
Lang Dahlan,kelihatan sebuah kereta menghampiri halaman rumah.Percakapan mereka
terhenti,mereka menoleh.Bunjei,terutamanya menunjukkan minat ketika terpandang
Adila di dalam kereta.Adila segera membuka pintu dan keluar ketika kereta terhenti.Tanpa berlengah,Adila
terus bergerak,menaiki tangga dan masuk ke dalam rumah.{halaman 247}
\
Lewat petang, Mak Lamah meminta supaya
Hafiz dan Samsul berhenti melakukan kerja-kerja pembersihan. Mereka berehat di
bawah pokok belimbing sambil makan laksa. Adila duduk di sebelah Hafiz sambil
memberitahu bahawa dia kagum dengan Hafiz
§
Waktu Hampir Maghrib
\
Ketika
Sidang Saman menyuruh Bunjei yang membenamkan dirinya ke dalam air sungai
separas betisnya segera pulang.
\
Buktinya:-
“Heh!”Sidang
Saman merengus keras lalu menghidupkan enjin motosikalnya.Bunyi azan maghrib kedengaran dan mendesaknya untuk
tidak berlengah.
“Naik lekas.Balik!”gesa Sidang
Saman deras dank eras.Segera dia menggerakkan motosikalnya pergi.{halaman
16}
§
Malam pengantin
\ Persembahan
pancaragam diadakan sebagai hiburan kepada mereka yang telah menyempurnakan
majlis
perkahwinan. Juruhebah meminta Hafiz tampil ke pentas untuk menyanyi kerana
permintaan seorang peminat rahsia yang ingin tujukan lagu itu kepada keluarga
tuan rumah.
§
Waktu Malam
\ Ketika Bunjei
tersedar daripada pengsan sebagai akibat dibelasah dengan teruk oleh Harun di
tebing sungai.
\ Buktinya:-
Bunjei tersedar daripada
pengsannya.Membuka matanya,sedarlah dia malam sudah pekat.Cengkerik,katak dan belalang pelesit
berbunyi tidak henti-henti,Sesekali
kedengaran bunyi katak betung.Biasanya dia takut akan suasana malam
begitu.{halaman 135}
\
Suasana sudah gelap
ketika Bunjei tiba di rumahnya. Selepas membersihkan dirinya, dia berlagak
seperti menonton televisyen dan mendengar radio sambil makan pisang. Sesekali
dia bersorak gembira, bertepuk tangan dan menjerit di hadapan televisyen.
\
Same’ah dan Adila bermalam di rumah Mak Usu
Bakyah. Banyak cerita anak muda menjadi bualan mereka bertiga pada malam itu
termasuk tentang perkahwinan Same’ah, persediaan menghadapi perkahwinan dan
kisah Adila di England.
\ Malam
itu, ketika Bunjei memikirkan hal kehidupannya, Wak Senen
datang ke rumahnya. Wak Senen memberitahu bahawa dia menduduki tanah Bunjei sudah sepuluh tahun. Dia menyedari bahawa
urusan jual beli tanah tersebut dengan Harun tidak sah. Wak Senen memberitahu
bahawa sepanjang dia duduk di tanah itu, dia sudah mendapat semula modalnya
melalui aktiviti bercucuk tanam. Wak Senen ingin menyerahkan tanah itu kepada
Bunjei jika Bunjei inginkan semula sambil berpesan supaya tidak menjual tanah
itu kerana itulah satu-satunya pusaka arwah ibunya.
Latar Masyarakat
Masyarakat
kampung dan masyarakat Bandar yang
terdiri daripada orang Melayu yang
beragama Islam.
Masyarakat kampung
diwakili oleh Bunjei,Samsul,Same`ah,Alias dan sebagainya.
Masyarakat Bandar
diwakili oleh Adila,Faizal,Pak Lang Dahlan dan ibu Adila.
Masyarakat
yang berpendidikan tinggi
Adila melanjutkan
pelajaran di England selama lima tahun
Masyarakat yang mengamalkan nilai simpati atau prihatin
Adila cukup prihatin
terhadap nasi malang Bunjei dan berusaha memulihkannya.
Masyarakat yang tamak akan harta dan wang
ringgit
Harun menikahi
Fatimah,janda anak satu kerana tamak akan harta kekayaan Fatimah. Malah,Harun tergamak menerajang Fatimah yang enggan memberinya wang dan
seutas rantai.
Harun masih mempersoalkan haknya yang ingin
dituntut daripada arwah isterinya, Fatimah. Dia mahu berkuasa di atas tanah
sawah dan tapak rumah yang telahpun dijual kepada Wak Senen. Dia cuba memujuk
Sidang Saman supaya membantunya.
Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan dan
rintagan.
Bunjei cekal menerima
segala ejekan dan cacian penduduk
kampung terhadapnya.
Adila menangis apabila difitnah orang
kampung. Dia menerima surat layang yang menulis kata-kata fitnah sehingga
begitu mengecewakannya. Tulisan itu mengatakan bahawa dia menolak pinangan
Alias kerana dirinya telah rosak. Bunjei dikatakan sebagai perosak kepada Adila dan akibatnya dia
akan berkahwin dengan Bunjei
nanti. Adila menganggap ujian itu amat besar kepadanya. Sebelum ini dia dapat
menghadapi dugaan apabila putus tunang dengan Faizal.
Masyarakat
penipu
Harun memberitahu penduduk kampung bahawa
Bunjei bermain pelita sehingga api menyambar rumah menyebabkan Fatimah maut
dalam kebakaran itu
Alias memberitahu penduduk kampung bahawa
Bunjei membawa bom tangan sehingga ramai yang lari bertempiaran menyelamatkan
diri.
Alias memberitahu penduduk kampung bahawa Bunjei
mengamuk dan ingin mencederakannya jika dia tidak menyerahkan wang kepada Bunjei
Alias memberitahu Bunjei bahawa dia tidak
jadi meminang Adila kerana Adila ada penyakit AIDS. Tunang Adila di Kuala
Lumpur juga memutuskan pertunangannya kerana penyakit tersebut. Alias
memberitahu Bunjei bahawa Adila meminta dia meminangnya tetapi oleh sebab dia
mengetahui keadaan sebenar, dia meminta Tuk Ngah Imam membatalkan sahaja
peminangan tersebut.
Masyarakat
kampung yang saling membantu
Adila membantu
menyiapkan persediaan untuk majlis perkahwinan Same`ah seperti menolong membuat
bekas bunga telur.
Adila berasa bangga apabila orang kampung
bercaka-cakap tentang Bunjei. Bunjei pada mereka telah banyak berubah atas
pertolongan mereka. Adila merasakan kerjanya akan menjadi lebih mudah selepas
ini apabila orang kampung ingin membantu memulihkan Bunjei.
Masyarakat yang suka
mengampu
Sahak dan Sani sudah dapat mengagak bahawa
pinangan Alias akan ditolak, tetapi kerana kawan mereka terus mengampunya
sekadar untuk menyenangkan hati Alias sahaja.
Masyarakat mudah mempercayai fitnah
Bunjei
mudah percaya akan fitnah yang disebarkan oleh Alias,iaitu Adila telah
rosak dan meghidap AIDS serta
memperalatkan Bunjei agar menjadi suaminya.
Masyarakat yang suka
membuli
Alias sering membuli Bunjei seperti
menyuruh Bunjei turun ke dalam sungai dan membasahkan diri serta
mengotorkan badannya.Jika Bunjei enggan, Alias akan
memukul, menyepak dan menerajang Bunjei. Alias merupakan orang
yang ditakuti oleh Bunjei di kampung itu
Masyarakat kampung yang bekerja sebagai penoreh getah
Bunjei mengambil upah membersihkan cawan getah
dan mengumpulkan getah sekerap yang terdapat pada cawan tersebut daripada
pekebun getah di kampungnya.
Masyarakat yang sanggup berlaku curang
Faizal berlaku curang terhadap Adila yang
masih menuntut di luar negara dan berkahwin dengan gadis lain.
Masyarakat yang mempercayai kepercayaan
karut
Ibu Adila memesan supaya Adila berhati-hati
ketika berada di kampung kerana masih ada orang yang mengamalkan ilmu hitam.
Masyarakat
yang kejam dan tidak bertanggungjawab
Harun sering memukul, menyepak dan menendang
Fatimah sehingga pengsan apabila Fatimah enggan menyerahkan wang dan seutas
rantai. Harun banyak menghabiskan masanya dengan berjudi.
Harun menampar muka Bunjei apabila Bunjei
merosakkan borang yang dibawanya. Harun mengejar Bunjei tetapi terjatuh ke
dalam lumpur. Bunjei membantu Harun keluar daripada lumpur itu tetapi penumbuk
Harun singgah di perut Bunjei .Harun menerpa dan menyepak rusuk Bunjei.
Beberapa sepakan singgah di belakang badan Bunjei sehingga dia tidak sedarkan
diri.
Masyarakat yang sanggup
melakukan apa-apa sahaja untuk mencapai hajat
Alias mengarahkan kawan-kawannya menculik
Adila kerana Adila adalah haknya. Kawan-kawannya menyedari perkara jahat yang
akan dilakukan oleh Alias. Dia juga menggunakan khidmat neneknya untuk
mendapatkan ilmu pengasih supaya Adila tunduk kepadanya. Neneknya menurut
kemahuan cucunya itu kerana dia juga mendendami Sidang Saman sekeluarga lantaran
menolak pinangan Alias.
No comments:
Post a Comment