Ulasan Pelajar
Berdasarkan novel “Sutera Dalam Lukisan” karya Abd.Talib Hassan,saya berpendapat pengarang telah berjaya menyampaikan mesej yang positif kepada para pembaca novel ini agar sentiasa bersifat tabah dalam menghadapi apa jua ujian dalam menjalani kehidupan seharian.Hal ini amat terserlah melalui perwatakan Bujei yang tabah mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran hidup. Kehidupan Bujei yang sentiasa dicaci,dihina ,diejek dan dipersendakan oleh masyarakat namun beliau masih tetap bersabar menghadapi liku-liku hidup yang penuh dengan rintangan dan dugaan tanpa sokongan orang tersayang seperti ibu,bapa dan neneknya yang telah meninggal dunia.Kita hendaklah sentiasa mensyukuri apa yang dianugerahkan Allah kepada kita serta sentiasa mengamalkan sikap saling bantu membantu antara satu sama lain bagi melahirkan masayarat yang harmonis.

Pada pandangan saya,berdasarkan novel ini
kita perlulah mengamalkan sikap prihatin terhadap insan yang kurang bernasib baik .Situasi ini
jelas diperlihatkan oleh Adila yang memiliki ijazah dalam bidang ilmu psikologi.Semasa
bertemu dengan Bujei dan mengetahui sejarah hidup Bujei, Adila berazam untuk
membantu mengubah sikap Bujei yang dianggap bodoh dan dungu oleh masyarakt
kampungnya.Usaha Adila yang gigih dan bersunguh-sungguh untuk membantu
memulihkan Bujei akhirnya berjaya
menjadikan Bujei sebagai insan yang
normal dan mampu mengurus dirinya sendiri.
Di samping itu juga, ni,kita
hendaklah sentiasa mengamalkan sikap
belas kasihan terhadap insan yang kurang bernasib baik. Sikap sentiasa bersedia
memberikan pertolongan dan bantuan yang diperlukan akan dapat melahirkan
masyarakat yang penyayang.
Malahan,novel ini juga mendedahkan kita dengan
persekitaran dan rutin harian kehidupan di desa dan juga kekejaman seoran bapa
tiri yang tidak mempunyai sifat keperimanusiaan terhadap kaum wanita dan juga kanak-kanak.Seterusnya,kita perlu
saling membantu antara satu sama lain dalam pelbagai aspek.
No comments:
Post a Comment