sweet memories

Saturday 9 November 2013

SAHABAT


Jangan terlalu ego bile bersahabat....

bersahabat bukan untuk sejam dua tapi untuk selamanya....

Orang memaafkan itu lebih baek daripada tidak 

Bertegur sapa sesama saudara

perkara yang paling susah dalam bersahabat ialah menegur sahabat sendiri ketika dia berbuat salah kerana kita tidak ingin hati dia terluka



 sebuah persahabatan tak akn hancur jika kta pandai menjaga & memeliharanya      







"Seorang sahabat tidak akan meninggalkan sahabatnya ketika dia memerlukan sokongan dan bantuan. Sekiranya tidak mampu untuk hulurkan bantuan, berikanlah kepadanya sokongan."
andai ingin bersahabat,

terimalah dia seadanya

kerna dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa

jangan mengharapkan yang sempurna kerna diri kita sendiri tidak sempurna,

tiada yang biasa-biasa menjadi satu kesempurnaan 
TETAPI
BERSAHABATLAH KERANA ALLAH FILLAh













                                




kehidupan di dunia hanya sementara

Hayati bait lagu Bila Diri Disayangi yang didendangkanoleh kumpulan Ukays


Engkau yang pertama, tiada akhirnya 
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya 
Izinkahlah aku menumpang di sini 
Di bawah naungan kasih dan sayang mu 
Ku berserah diri




غريب أو عابر سبيل وكان ابن عمر يقول اذا أمسيت فلا تنتطر الصباح واذا أصحبت فلا تنتظر المساء وخذ من صحتك لمرضك ومن حياتك لموتك – رواه البخاري



(Hadis Riwayat Bukhari)


Maksudnya: Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah 'Anhuma, katanya: Rasulullah S.A.W.memegang bahuku seraya bersabda: Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau. Ibn Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi,jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.


Di dunia inilah kita perlu mengumpul bekalan.Nak tahu tak dua amalan yang perlu untuk bekalan ke akhirat?Dua amalan tersebut ialah melaksanakan ibadat wajib dan melazimi ibadat sunat.Dalam hadis diatas,Rasulullah S.A.W ada berpesan supaya membuat persediaan untuk hari akhirat.Bukan tu sahaja pesanan Rasulullah S.A.W,Rasulullah S.A.W  juga berpesan supaya kita menggunakan peluang untuk beramal ketika sihat.Pada masa kini,kita selalu dengar anak-anak muda pasti akan  berkata 'mereka masih muda,bila sudah tua nanti barulah beribadat',tetapi adakah mereka akan pasti bahawa mereka akan melalui usia tua mereka?Jika mereka melalui usia tua pun,adakah mereka pasti bahawa mereka sihat ketika itu?Bagaimana jika ketika mereka masih muda,mereka  telah pergi menghadap ILAHI?Apakah yang bekalan yang dibawa untuk menghadap ILAHI?
Cukupkah bekalan itu?Oleh itu,janganlah kita membazir masa dan melengah-lengahkan kerja



Sejarah STPM Penggal 1 ~Tema 4 : Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu {sumbangan}


Pendahuluan


PertubuhanBangsa-bangsa Bersatu {PBB} ditubuhkan pada bulan Oktober 1945.Matlamat utama penubuhan PBB adalah memelihara keamanan dan keselamatan sejagat.PBB juga memainkan peranan menyelesaikan konflik antarabangsa secara aman tanpa penggunaan kekerasan.Sejak awal penubuhan hingga hari ini,PBB telah memberikan sumbangan amat besar dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia.


Isi-isi penting


(a) Masalah Pelarian


- PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian


-bagi menangani masalah ini,PBB mengadakan rundingan diplomatik bagi menempatkan pelarian
  di negara-negara tertentu


(b)  Dasar Aparteid


-PBB menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah  aparteid


- 1963,Perhimpunana Agung PBB meluluskan perisytiharan pembasmian segala bentuk
  diskriminasi ras


(c)  Hak Asasi Sejagat


- 1948,PBB mengubal perisytiharan Hak Asasi Sejagat


- perjanjian berhubung dengan hak asasi sejagat  diluluskan oleh PBB pada 1966


(d) Menyelesaikan Perebutan Pulau


- PBB berusaha menangani masalah perebutan pulau agar ketegangan antara negara dapat
  dikurangkan


- bagi menyelesaikan masalah perebutan pulau,PBB melaksanakan Undang-undang Laut pada
  tahun 1994


(e) Kemerdekaan Wilayah Jajahan 


- PBB memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan


- 1960,PBB meluluskan perisytiharan kemerdekaan  kepada wilayah dan penduduk negara yang
  dijajah


Kesimpulan


PBB berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan berkesan.PBB mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menangani konflik yang melibatkan negara-negara anggota.



Friday 8 November 2013

Bahagian C - Pengajian Am Penggal 1

format jawapan :  3 + 2 / 2 + 3

Pendahuluan

Kebelakangan ini banyak pendedahan yang bersifat negatif yang dilakukan oleh golongan remaja.Antaranya merempit,berpelesiran,menganggur dan seumpamanya.

Faktor  Dalaman

1. Kurang pengetahuan agama / moral
-remaja kurang mendalami amalan agama yang menjadi petunjuk kepada perbuatan baik
-tidak mengetahui kesalahan sesuatu tindakan
-tidak mahu mengamalkan
-menganggap petunjuk agama sebagai menyusahkan atau menyulitkan

2. Kemiskinan
-remaja yang miskin perlukan wang untuk menyara kehidupan sendiri
keinginan untuk memiliki sesuatu keperluan secara mudah tanpa keupayaan telah menyebabkan mereka melakukan jenayah seperti meragut

3. Masalah  Keluarga
-golongan remaja yang terlibat dengan pelbagai masalah di luar rumah mungkin berpunca daripada masalah dalaman keluarga
-pergolakan dalam rumah tangga akan menganggu ketenteraman jiwa anak-anak remaja
-remaja perempuan mungkin  akan melarikan diri atau mencari ketenangan bersama rakan
-tindakan melarikan diri tanpa arah tujuan bakal mengundang banyak masalah

Impak Negatif 

1. Peningkatan Indeks Jenayah
-indeks jenayah akan meningkat
-menambahkan bebanan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini
-rakyat dan negara terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah
-meningkatkan masalah sosial  dalam masyarakat

2. Menjejaskan Imej Negara
-golongan remaja yang banyak terlibat dengan masalah sosial akan memberikan gambaran yang negatif kepada kumpulan mereka serta kepada pihak kerajaan
-gambaran negati ini boleh menjadi buah mulut masyarakat antarabangsa
-pelabur dan pelancong asing berkemungkinan mengambil langkah menjauhkan   diri dari negara kita

3. Menjejaskan Keselamatan dan Kedaulatan Negara.
-remaja yang bermasalah apabila terlibat dengan tingkah laku negatif,tidak mempunyai jati diri
-mereka tidak mempunyai keupayaan untuk membantu orang lain,bahkan membantu negara kerana mereka hanya mengutamakan nafsu sendiri sahaja
-oleh itu,mereka tidak berkemampuan untuk mempertahankan kedaulatan serta undang-undang negara kerana mereka sering melakukan

KESIMPULAN
Golongan remaja perlulah menyedari bahawa mereka merupakan penyambung generasi pada masa hadapan.Oleh itu,mereka perlu bertindak secara posiif agar mampu memberikan sumbangan yang berguna.

Tanah kubur wangi

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Ahmad Ismail
SEGAMAT: "Ketika proses menggali dan mengeluarkan mayat arwah ibu mentua dijalankan semalam, secara tiba-tiba seluruh kawasan tanah perkuburan ini berbau harum.
"Saya sendiri lihat kain kapan ibu mentua masih dalam keadaan sempurna dan tidak reput. Ia hanya dikotori tanah saja," kata Abdullah Abdul Karim, 74, hari ini.
Abdullah adalah menantu kepada arwah Maheran Jaaffar, 74, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 2006. 

Ketika dikeluarkan dari liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini, mayat arwah Maheran masih dalam keadaan sempurna.
Foto

Mayatnya antara 16 mayat yang dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan yang masih dalam keadaan sempurna.

Tanah perkuburan yang berusia 100 tahun itu digali untuk memberi laluan kepada projek pelebaran Jalan Segamat-Ledang.

Keseluruhannya, 350 kubur terbabit dalam pemindahan berkenaan dan mayat akan disemadikan semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alai yang terletak tidak jauh dari lokasi berkenaan.

Menceritakan amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya, Abdullah berkata, ibu mentuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas bangun daripada tidur.

"Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid.

"Sepanjang hayatnya, arwah ibu mentua tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran," katanya ketika ditemui.

Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mentuanya juga seorang yang pemurah dan sering bersedekah.

"Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu serta isteri.

"Saya bekerja sebagai penjaga kubur di tanah perkuburan ini sejak 20 tahun lalu. Pengalaman melihat keadaan jenazah arwah ibu mentua yang masih sempurna menunjukkan kebesaran Allah SWT dan Dia memang tidak pernah memungkiri janji-Nya," katanya.

Menurut Abdullah, dia bersyukur dengan apa yang ditunjukkan oleh Allah SWT kerana ia boleh dijadikan tauladan kepada dirinya serta masyarakat.

"Syukur segala proses menggali serta mengebumikan semula mayat arwah ibu mentua berjalan lancar," katanya.

Abdullah berkata, selain kubur ibu mentuanya, beberapa kubur saudaranya turut dipindahkan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/08

Monday 4 November 2013

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS PENGGAL 1 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2014


19
November
2013
(Selasa)        
SIDANG 1
8:00 pagi – 10:00 pagi 2 jam 913/1 Bahasa Arab 1
8:00 pagi – 9:30 pagi 1½ jam 960/1 Physics 1
SIDANG 2
11:00 pagi – 1:00 petang 2 jam 948/1 Perakaunan 1
11:00 pagi – 12:30 tengahari 1½ jam 966/1 Sains Sukan 1
SIDANG 3
2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 911/1 Bahasa Cina 1
2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 912/1 Bahasa Tamil 1
2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 930/1 Syariah 1
20
November
2013
(Rabu)
SIDANG 1 8:00 pagi – 10:00 pagi 2 jam 900/1 Pengajian Am 1
SIDANG 2 11:00 pagi – 1:00 petang 2 jam 942/1 Geografi 1
SIDANG 3
2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 922/1 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 1
2:30 petang – 4:00 petang 1½ jam 950/1 Mathematics (M) 1
2:30 petang – 4:00 petang 1½ jam 954/1 Mathematics (T) 1
 21
November
2013
(Khamis)
SIDANG 1
8:00 pagi – 10:00 pagi 2 jam 920/1 Literature in English 1
8:00 pagi – 10:00 pagi 2 jam 931/1 Usuluddin 1
8:00 pagi – 9:30 pagi 1½ jam 958/1 Information and Communications
Technology 1
SIDANG 2
11:00 pagi – 1:00 petang 2 jam 910/1 Bahasa Melayu 1
11:00 pagi – 12:30 tengahari 1½ jam 964/1 Biology 1
SIDANG 3 2:30 petang – 4:00 petang 1½ jam 946/1 Pengajian Perniagaan 1
25
November
2013
(Isnin)
SIDANG 1
8:00 pagi – 10:00 pagi 2 jam 944/1 Ekonomi 1
8:00 pagi – 9:30 pagi 1½ jam 956/1 Further Mathematics 1
SIDANG 2
11:00 pagi – 1:00 petang 2 jam 940/1 Sejarah 1
11:00 pagi – 12:30 tengahari 1½ jam 962/1 Chemistry 1
SIDANG 3 2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 970/1 Seni Visual 1

Saturday 21 September 2013

BALASAN MENCABAR ALLAH

Kisah Benar Yang Menyayat Hati Untuk Pengajaran Bersama
kemalangan ngeri
Berita : Sep 18 Wed 11:31 
Ini suatu kisah benar~ (kejadian di tempat saya- Johor. Tempat & nama2 terlibat tak perlulah ditulis di sini..)

Penangan mencabar Allah !

Sepasang pasangan kekasih, dinasihat oleh keluarga & kawan-kawan agar jangan suka membuat maksiat. Semua nasihat hanya dibalas dgn kata-kata perli oleh mereka berdua.

Nak jadi cerita semalam. Terluncur kata-kata dari mereka berdua, "Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa.. Tengok sapa lg kuat ! " Sambil ketawa. Kedua-duanya gelak..

Kira-kira jam 11.30 mlm (tanggal 16 sept 2013), mereka berdua berkenderaankan motosikal memecut laju di lebuhraya tepi kampung kami. Tiba-tiba berdentum bunyi kemalangan. Kedua-dua pasangan itu terperusuk ke bawah lori 16 tayar.

Menurut saksi, mereka cuba memotong tapi ada kereta bergerak perlahan didepan, lalu terbabas ke lori semula, tak dpt dielak lagi.

Apa yang terjaid kepada mereka?

Keduanya digelek hancur oleh lori yang sarat dengan muatannya itu..

Menurut saksi , tidak ada satu bahagian dari badan kedua-dua mangsa yang tidak hancur. Yang dapat dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yang dagingnya telah tiada langsung, bagai dikikis habis..

Bomba yg mengutip mayat-mayat itu hanya dapat mengutip sisa-sisa itu dgn penyodok sahaja. Oleh kerana mayat-mayat, mati berasingan, maka dapatlah diasingkan juga antara keduanya..

Di hospital, kedua mayat dimandikan dalam tapis, bagai membasuh daging cincang ( daging tetel ?), tiada jalan lain.

Mayat itu kemudian dikafan bagai mengulung 'kueh popia' dan dikerandakan. Kepada keluarga masing-masing dipesan supaya jangan dibuka lagi keranda itu..

Maka siang tadi (17 sept 2013), telah ditanam hamba-hamba Allah yang sombong itu.. Hamba-hamba yang begitu berani mencabar Allah !

Apakah nasib mereka malam ini wahai kawan-kawan ku !?

Wallahualam..


Wednesday 4 September 2013

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

Sunday 1 September 2013

PUASA

Firman Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum – Hukum Puasa                                                                                                                                                                             
  1. Wajib
  2. Sunat
  3. Makruh
  4. Haram
  Puasa wajib :                                                              
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa Sunat :                                                                                              
  a)  Puasa dalam bulan Sya’ban
b)  Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
c)  Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
d)  Puasa hari  Tasu’a  dan  ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
f)  Puasa pada hari Isnin & Khamis
g)  Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
h)  Puasa satu hari berbuka satu hari
i)  Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
j)  Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

Puasa Makruh :

a)  Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
b)  Berpuasa sepanjang tahun

Puasa Haram :

a)  Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
b)  Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
c)  Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
d)  Puasa perempuan haid & Nifas
e)  Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
 

Syarat-syarat Puasa

Terbahagi kepada 2 :
1)  Syarat-syarat wajib
2)  Syarat-syarat sah
Syarat wajib
a)  Islam
b)  baligh
c)  berakal
d)  berupaya(sihat)
e)  bermukim
Syarat Sah
a)  Islam
b)  Berakal
c)  Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d)  Niat

Rukun Puasa

a)  Niat
b)  Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Masa Puasa

Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah Puasa
a)  Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
b)  Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c)  Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d)  Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e)  Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f)  Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g)  Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
f)  Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia
Sunat-sunat puasa
a)  Makan Sahur serta melambatkannya
b)  Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c)  Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d)  Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e)  Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f)  Membaca Al-Quran
g)  Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan
Perkara makruh ketika berpuasa
 a)  Berbekam
b)  Mengeluarkan darah
c)  Berkucup
d)  Merasa makanan
e)  Bersugi selepas gelincir matahari
f)  Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa
 a)  Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b)  Makan dan minum sepanjang hari
c)  Muntah dengan sengaja
d)  Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e)  Keluar darah haid & nifas
f)  Gila
g)  Pitam atau mabuk sepanjang hari
h)  Murtad

Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa
a)  Musafir
b)  Sakit
c)  Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d)  Tua

Keistimewaan Bulan Ramadhan
a)  Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
b)  Allah merahmati orang yang mengimaninya
c)  Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
d)  Iblis dipenjarakan
e)  Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
f)  Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan. 

Menghormati Bulan Ramadhan
a)  Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
b)  Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.

Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan
1)  Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
                                                                                               
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
                                                                                               
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
2)  Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .
                                                                                               
Ertinya :  Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.
Doa Ketika Berbuka Puasa
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Qada’ Puasa Ramadhan 
Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’

Hukum Qada’ Puasa Ramadhan
Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran

Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)     

Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
-  Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.
-  Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.

Kifarah Puasa
Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.

Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :
1)  Membebaskan seorang hamba yang beriman
2)  Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya  berpuasa 2 bulan berturut-turut
3)  Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.
Fidyah
Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.

Hukum Fidyah

Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :
أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 
Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.  (Surah Al-Baqarah Ayat 184)  

                                                   
Sebab-sebab wajib Fidyah
1)  Tidak mampu melakukan ibadah puasa
2)  Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
3)  Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu
4) Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi

~ via  http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/puasa.htm ~

Saturday 31 August 2013

KAMPUNG SE'MARAH' PADI


Slot Panggung  di TV1 ini meninggalkan bukan sedikit impaknya kerana selain menonjolkan plot cerita yang lari daripada kebiasaan, ia turut menampilkan gandingan pelakon Beto Kusyairi, Pekin, Shera Aiyob, Sheila Mambo dan Sabri Yunus juga penampilan khas Melissa Saila dan Amran Tompel.

Mungkin ada yang beranggapan jalan ceritanya ada kaitan dengan filem Semerah Padi lakonan Tan Sri P Ramlee, namun hakikatnya berbeza kerana pusingan cerita berlatarkan kisah yang berlaku di sebuah kampung bernama Kampung Se’marah’ Padi sekitar tahun 50-an yang menyaksikan seluruh penduduknya hidup dalam keadaan amat marah akibat terkena sumpahan seorang gadis bernama Musalmah. 

Musalmah dijatuhkan hukuman mati akibat termakan buah cempedak milik penghulu Siak. Sebelum mati Musalmah bersumpah bahawa penghulu Siak serta seluruh penduduk kampung akan menjadi marah selama tujuh keturunan.


Sejak itu hiduplah penduduk Kampung Se’marah’ Padi dalam kemarahan dari segi tutur kata dan perilaku mereka. Itulah cara hidup penduduk Kampung Semarah Padi. Selepas terkena sumpahan, penduduk kampung Se’marah’ Padi masih lagi hidup, tetapi dalam keadaan marah. 

Pada suatu hari, penduduk kampung menyelamatkan Kasim yang terdampar di tepi sungai. Kasim yang berasal dari kampung lain kemudiannya dibawa ke rumah penghulu Siak.

Sejak itu Kasim dirawat oleh Penghulu Siak, isterinya Tanjung dan anaknya Meriam. Selepas sembuh Kasim menjadi hairan dengan penduduk kampung Se’marah’ Padi, walaupun hati dan perbuatan mereka baik, tetapi percakapan mereka sentiasa kasar dan dalam keadaan marah.

Oleh kerana terhutang budi kerana diselamatkan, Kasim berniat untuk berbakti kepada penduduk kampung Semarah Padi dan mengajar mereka untuk bertutur secara normal dan mengawal kemarahan mereka. Kasim membuka kelas mengawal kemarahan (anger management) untuk penduduk kampung.
Yang best drama ni sebab ada banyak lagu-lagu lama. Lagu ‘Seribut’ (Dato’ M. Daud Kilau) menjadi lagu Kelas Tahan Marah di mana sambil bernyanyi pelajar (orang kampung) akan tarik nafas dan senyummm...! Hilang marah. 

Thursday 22 August 2013

TIPS UNTUK ATASI MENGANTUK

SEBAB-SEBAB MENGANTUK

  1. letih
  2. terlalu kenyang
  3. tidur lewat {lepas 11.30 malam}
  4. jemu,bosan & hilang tumpuan
  5. bising
  6. kesan makanan yg dimakan
  7. kelas / tempat belajar yang panas,kurang cahaya /sebaliknya
  8. masalah kesihatan & berumur
  9. mengambil ubat yg mengandungi psikotropik bg penyakit selsema,
    batuk,darah tinggi,lemah jantung,ubat penenang & sebagainya
  10. tidak suka guru yang mengajar
LANGKAH-LANGKAH UNTUK ATASI MENGANTUK
  1.  berwuduk & baca doa belajar
  2. belajar suka & sayang semua guru
  3. minum air
  4. tidur 10-30 minit sewaku tengah hari { kailullah}
  5. senaman & regangan 
  6. basuh muka / mandi air suam
  7. bangun berdiri & berjalan-jalan
  8. berus gigi / bersugi
  9. tarik nafas dalam-dalam,tahan & hembuskan.
    kemudian tarik nafas cepat-cepat
  10.  gula-gula
  11. hidu minyak wangi / sembur pewangi perasa lemon,peppermint / cinnamon
  12. lakukan senaman muka
  •  pejam mata kuat-kuat   & kira hingga 10 {3 kali}
  • buka mata luas-luas & pandang ke atas jauh-jauh.
  • kira hingga 10 {3 kali}
  • jeling ke kiri & ke kanan dgn  pantas { 3 kali}
  • pandang ke bawah tanpa gerakkan kepala {3 kali}
  • putarkan mata ikut pusingan jam {3 kali}
  • putarkan mata ikut arah lawan jam{3 kali}
  • rehat sebentar

PETUA-PETUA UNTUK MENGELAKAN DARIPADA LUPA


  •  elakkan makan kepala ikan
  • elakkan makan bahan-bahan dalaman haiwan
    {hati,jantung,limpa & sbgainya}
  • elakkan minum semasa makan
  • elakkan minum / memakan makanan berkuah yang
    telah dicemari semut
  • elakkan makan sehingga menjadi terlalu kenyang
  • elakkan kencing berdiri
  • elakkan melihat kemaluan
  • elakkan melihat nama-nama di batu nesan
    {kecuali utk mencari kubur saudara mara}
  • elakkan dr sering melihat buih
  • banyakkan makan makanan yg mengandungi kacang soya,
    seperti tempe,tauhu,tauhu fah,air tauhu & lain-lain

Sunday 14 July 2013

BAB 5: DEMOKRASI & PILIHAN RAYA{ pam penggal 1 }

5.1 Sistem Pilihan Raya di Malaysia

   i.      Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen di samping mengekalkan sistem Raja Berperlembagaan

  ii.      Di peringkat negeri pula,Sultan / YdP Negeri merupakan pemerintah Berperlembagaan bg negeri² berkenaan

 iii.      Mengikut Perlembagaan Persekutuan,tanggungjawab u mengadakan  pilihan raya ke Dewan Rakyat & DUN terletak pd SPR

5.2 Suruhanjaya Pilihan Raya {bhg 8 Perlembagaan}

5.2.1 Keanggotaan : {Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan}

   i.      SPR dianggotai o seorang Pengerusi ,seorang Timbalan Pengerusi & 5 org ahli
  ii.      Anggota²  Suruhanjaya dilantik  o Seri Paduka Baginda YdPA selepas berunding  dgn  Majlis Raja²

 iii.      Seseorang anggota SPR memegang jwtn berumaur 66 thn.Apabila hilang kelayakan  pd bila² masa beliau msti meletakkan jwtnnya melalui surat y ditujukan kpd YdPA
 iv.      x blh dipecat drpd jwtn kecuali ats syor tribunal y ditubuhkan

   v.      YdPA blh memecat jwtn mana² anggota SPR jika anggota tersebut

S  Seorang bankrap y belum lepas
S  Melibatkan diri dlm apa² jwtn / pekerjaan berbayar di luar tugas jwtn
S  mana² ahli 1 Majlis Parlimen / DUN

5.2.2 Fungsi Utama SPR

   i.      membuat kajian & persempadanan semula bhg Pilihan Raya Parlimen & Negeri x kurang 8 thn dr tarikh persempadanan semula y terdahulu
  ii.      menjalankan urusan pendaftaran pemilih & semakan daftar pemilih
 iii.      menjalankan pilihan raya umum ke  Dewan Rakyat & ke DUN & menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan


5.2.3 Persempadanan Semula Bahagian² Pilihan Raya

   i.      SPR bertanggungjawab  u mengkaji semua sempadan bahagian² Pilihan Paya Parlimen & Negeri

  ii.      Syor awal persempadanan bahagian pilihan raya hendaklah dimaklumkan kpd YdP Dewan Rakyat & PM dikehendaki menyiarkan dlm warta

5.2.4 Pendaftaran Pemilih

   i.      Seseorang pemilih itu mestilah mendaftar dgn SPR sebelum mengundi pilihan raya bg Dewan Rakyat / DUN

  ii.      Seseorang itu layak u mendaftar jika :

§  Wargenegara Malaysia
§  Berumur x kurang drpd 21 thn pd tarikh kelayakan;seorang penduduk di mana² bahagian pilihan raya di Malaysia
§  x hilang kelayakan

    5.2.5 Hilang Kelayakan Pemilih

   i.      Seseorang pemilih akn hilang kelayakn jika :

        Pd tarikh kelayakan,ditahan kerana x siuman / sedang menjalani hukuman penjara
        Sebelum tarikh kelayakan,tlh didapati bersalah & dihukum mati / penjara u tempoh lebih 12 bulan & masih menjalani hukuman pd tarikh kelayakan
        Tlh didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
        Telah memperoleh kerakyatan asing

5.2.6 Kelayakkan Calon

*        Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana² pilihan raya jika memenuhi syarat berikut ;
E Warganegara Malaysia & bermastautin di negara ini
E Berumur x kurang drpd 21 tahum pd hari penamaan calon
E Tinggal di negeri di mana dia akan bertanding



*        Seseorang calon hilang kelayakan jika dia ;
E Tlh didapati / diisytiharkan x siuman
E Didapati bankrap
E Memegang jawatan berkepentingan “ office of profit”
E Tlh didapati bersalah  o mahkamah  di Malaysia & dijatuhi hukuman penjara u tempoh x kurang dr 1 tahun / denda x kurang dr RM 2000 & belum mendapat keampunan
E  Telah memperoleh kewarganegaraan asing

5.2.7 Tempoh Pilihan Raya

Q  Pilihan Raya u Dewan Rakyat & DUN seperti y ditetapkan o undang²,diadakan sekali dlm tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal
Q  Pilihan Raya umum diadakan di dalm tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran
Q  Pilihan Raya Kecil diadakan di dalam tempoh 60 hari dr tarikh kekosongan,sama ada disebabkan kematian,peletakan jawatan
Q  Tarikh kekosongan kerusi akn ditetapkan o SPR

5.2.8 Proses Pilihan  Raya

a)   Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecil bermula dgn pengeluaran writ pilihan raya o SPR kpd Pegawai Pengurus Pilihan raya
b)  Pd masa y sam 1 notis akn diwartakan,menetapkan tarikh² hari penamaan calon & hari mengundi
5.2.9 Deposit
a)   RM 10,000 bg kerusi Parlimen & RM 5,000 bg kerusi DUN
b)  Calon akn hilang 1/8 drpd jumlah undi y diperoleh o semua calony bertanding did lm Sesutu bhg pilihan raya berkenaan

5.2.10 Petisyen Pilihan Raya

{  Keputusan pilihan raya blh dicabar di mahkamah.Suatu petisyen blh dibuat ats sebab ketidak patuhan undang² & peraturan² pilihan raya
{  Petisyen pilihan raya mestilah dikemukan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya diwartakan
{  Keputusan Mahkamah Tinggi Pilihan Raya blh dirayu ke Mahkamah Persekutuan

5.2.11Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya

d Perbelanjaan pilihan raya x blh melebihi RM 200,000 bg Dewan Rakyat & RM 100,000 bg DUN
d Laporan perbelanjaan mestilah dihantar kpd Pengarah Pilihan Raya Negeri  dlm tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya diwartakan

5.2.12 Elemen² Penting Pilihan Raya

ß  Elemen²  penting pilihan raya adalah ;
%  Bahagian Pilihan Raya
%  Pemilih
%  Calon
%  Proses Pilihan Raya