sweet memories

Thursday, 27 December 2012

plot

plot
Pengenalan atau Eksposisi

Di tepi sungai kecil, pada waktu petang, Hafiz/Bujei menampar-nampar agas yang hinggap di muka dan hidungnya.

Pengarang menggambarkan anak sungai yang lebarnya lebih kurang 9 meter antara dua tebing. Airnya sentiasa mengalir walaupun pada musim kemarau. Airnya tidak sejernih dahulu tetapi masih tetap dingin dan segar

Kadang-kadang Hafiz berada di tebing sungai untuk memancing dan memanggang ikan yang diperolehnya dan diratahnya sampai habis. Biasanya tebing sungai itu menjadi tempat rehatnya, berbaring dan kemudian terlena.

Begitulah keadaan Hafiz sejak dahulu lagi. Sejak opahnya masih hidup lagi, dia sudah biasa di situ. Dia berasa tenteram apabila berada di situ.

Penduduk kampung melihat Hafiz sebagai seorang pemuda yang tidak berakal, bodoh, dungu dan dia sendiri merasakan dirinya sebegitu. Dia mahu menjadikan dirinya apa-apa yang orang lain ingin dia jadi.

Namun, di sebalik segala keburukan itu, dalam dirinya, otaknya, hatinya dan perasaannya masih tersimpan benih-benih kemanusiaan. Kadang kala dia merasakan dirinya bukan seperti apa-apa yang dikatakan oleh orang lain. Dia sedar dirinya tidak sebodoh yang dituduh, tidak sedungu yang disangka malah akalnya masih berfungsi sebagai seorang insan yang biasa.

Malangnya masih ada manusia lain yang terus-menerus mendesaknya menjadi bodoh, dungu dan tidak berakal. Kalaupun masih ada yang bersimpati, tetapi atas tuntutan lain dan kepentingan diri sendiri.
Bapa Hafiz ialah seorang tentera. Dia begitu bangga dengan tugas bapanya dan sering kali bercerita tentang bapanya kepada kawan-kawan di sekolah. Dia sendiri bercita-cita untuk mengikut jejak bapanya.

Tragedi pertama yang menimpa dirinya ialah apabila bapanya meninggal dunia dalam suatu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Karak. Jiwa dan perasaannya terganggu. Ibunya membawanya pulang ke kampung.

Walaupun dia tidak gembira sepenuhnya, namun didikan dan kasih sayang ibu serta kemesraan neneknya mampu menjadi penawar sehingga dia kembali segar dengan semangat dan harapan. Di sekolah, dia kembali membuktikan dirinya sebagai seorang murid yang cemerlang.

Ibunya berkahwin lagi. Fatimah yang masih memiliki rupa yang menarik dan memiliki wang yang banyak hasil sumbangan daripada angkatan tentera dan pihak lain serta sebidang tanah yang ditinggalkan oleh arwah suaminya menjadi buruan lelaki.

Fatimah berkahwin dengan Harun, seorang duda yang menjadi mandur di ladang kelapa sawit berhampiran kampungnya tanpa melihat cacat-cela suaminya. Keluarganya kesal kerana Fatimah memilih Harun. Akhirnya Fatimah mula menyedari kesilapan yang dilakukannya.

Beberapa bulan berkahwin, Harun memujuk Fatimah menyerahkan RM15 ribu untuk membeli kereta walaupun wang tersebut menjadi hajatnya untuk menunaikan haji dan menampung pelajaran anaknya. Fatimah terpengaruh dengan Harun yang menunjukkan sikap tanggungjawab yang tinggi sehingga bisik-bisik yang didengarinya tidak langsung mempengaruhinya.

Belum setahun perkahwinannya, sikap buruk Harun terdedah. Janji Harun untuk memberikan kasih sayang kepada anak tirinya tidak ditunaikan. Harun menunjukkan kebencian kepada anaknya dan menganggap sebagai sampah yang menumpang. Fatimah yang pada asalnya bersifat sederhana dan tidak tahu melawan turut menjadi mangsa.

Fatimah terus berlagak biasa seolah-olah dia terus bahagia dalam rumah tangga bersama Harun tetapi orang kampung sudah dapat meneka apa yang berlaku.

Harun terus mendesak wang daripada isterinya sehingga wang peninggalan arwah suaminya habis dikikis Harun. Hafiz melihat ibunya dipukul, disepak dan diterajang oleh Harun. Pada waktu senja bapa tirinya meminta wang atau seutas rantai yang masih ada daripada ibunya. Ibunya diterajang sehingga pengsan. Hafiz menerkam ke arah bapa tirinya tetapi dilibas oleh Harun sehingga dia tercampak ke dinding. Dia melihat Harun menyepak pelita sehingga terpelanting dan api menyambar rumah. Dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana badannya lemah.

Dengan kudrat yang ada, Hafiz bingkas bangun dan meluru ke bilik untuk menyelamatkan ibunya tetapi tidak dapat menembusi asap yang tebal. Dia merasakan dirinya dirangkul dengan kasar yang cuba menariknya keluar. Dia sempat mendengar batukan ibunya beberapa kali.

Di luar rumah, Hafiz melihat bapa tirinya memberitahu bahawa dialah yang bermain dengan pelita sehingga bilik terbakar. Orang ramai seolah-olah mempercayai kata-kata bapa tirinya.

Begitulah kenangan yang selalu datang dalam ingatannya setiap kali dia bersendirian terutama ketika berada di tebing sungai itu. Lamunannya tersentak apabila dia terdengar bunyi motorsikal yang bergerak menghampirinya.

Sebaik sahaja motorsikal itu menghampiri sebuah jambatan, Hafiz terus terjun ke dalam sungai dan dibenam-benamkan dirinya ke dalam air yang separas betisnya itu.   

Tuk Sidang yang menunggang motorsikal berhenti di tengah-tengah jambatan itu dan hairan melihat pemuda di dalam sungai itu berkelakuan aneh. Walaupun dia sebenarnya sedar akan sifat dan sikap pemuda itu, namun baru sekali itulah dia melihatnya berkelakuan demikian.

                     Perkembangan
Hafiz tinggal di rumah neneknya yang kurang sempurna. Dia membaiki sendiri rumah itu dan dijaganya dengan baik. Dia menyusun peralatan rumah dengan kemas.

Suasana gelap sebaik sahaja dia tiba di rumah. Selepas membersihkan diri, dia berlagak seperti menonton televisyen dan mendengar radio sambil makan pisang. Sesekali dia bersorak gembira, bertepuk tangan dan menjerit di hadapan televisyen. Itulah alamnya dan tiada sesiapa yang mengganggu.

Hafiz berkira-kira pekerjaan yang akan dilakukannya pada hari itu. Biasanya dia akan menunggu sesiapa sahaja di simpang berhampiran jambatan. Mereka mungkin akan mempelawanya untuk menolong di kebun. Apa yang penting baginya dia akan mendapat upah selepas itu

Sebaik meninggalkan sekolah, Hafiz ke kedai makan kerana makanan yang diminta daripada budak-budak sekolah tadi belum mengenyangkannya. Langkahnya perlahan-lahan apabila sampai di kedai Pak Sulong, tetapi tiada orang yang mempelawanya. Hafiz menegaskan pada dirinya bahawa dia tidak mahu meminta-minta kerana dia mempunyai harga diri. Jika ada orang yang mempelawanya dia tidak akan menolak.

Adila memberitahu Same’ah bahawa Hafiz tidak harus dibiarkan sebegitu. Same’ah dapat merasakan perhatian Adila kepada Hafiz selama dua bulan dia datang ke kampung itu. Dia sering memberitahu Same’ah bahawa Hafiz menjadi mangsa alam dan manusia di sekelilingnya. Adila sudah mengetahui sedikit sebanyak kisah Hafiz.

              Pada awal pagi, Alias mengarahkan Hafiz membasuh motornya. Opah Arah, nenek kepada Alias muncul sehingga mengejutkan Hafiz. Opah Arah mempunyai perangai seperti Alias, iaitu amat tidak bertimbang rasa kepadanya. Sekiranya Alias mengapa-apakannya, orang tua itu bukan sahaja tidak mahu melarang malah seperti menggalakkannya pula

Same’ah mula memikirkan motif Adila datang ke kampung itu sejak dua bulan yang lalu. Lazimnya seorang graduan akan bekerja setelah tamat pengajiannya tetapi Adila tidak menunjukkan hasrat untuk bekerja. Same’ah yakin ada satu rahsia lain yang sedang disembunyikan Adila daripada pengetahuannya.

Adila menceritakan kisah hidup yang dirahsiakan sebelum ini. Sebelum dia meninggalkan tanah air untuk menuntut di England, dia mengenali Faizal yang berada di tahun akhir pengajiannya. Mereka berjanji untuk menunggu dan masingmasing bersumpah dalam hati untuk setia. Apabila pulang, Adila diberitahu bahawa Faizal sudah beristeri. Faizal datang berjumpa dengannya dan memujuk Adila kembali kepadanya. Adila tegas dengan keputusan yang tidak akan menerima kembali Faizal dan meminta ayahnya menghantarnya ke kampung itu.


Harun memberitahu Sidang Saman akan haknya yang ingin dituntut daripada bekas isterinya, Fatimah. Sidang Saman meminta Harun berjumpa dengan kadi dan pegawai agama untuk mengemukakan haknya. Harun meminta tandatangan Sidang Saman untuk dia berkuasa di atas tanah sawah dan tapak rumah itu walaupun tanah itu telah dijualnya. Sidang Saman menyedari perkara salah yang akan dilakukan oleh Harun. Harun menunjukkan keramahannya di hadapan Sidang Saman tetapi tersembunyi rahsia peribadinya yang sebenar.

Sesekali Hafiz bertemu dengan Wak Senen dan Wak Senen akan memberinya duit. Duit-duit itu tidak pernah dibelanjakannya dan dia menyimpannya di dalam kendi tembaga yang ditinggalkan oleh neneknya dan disorokkannya di bawah rumah yang tidak mungkin diketahui oleh sesiapa.

                Hafiz berdebar-debar apabila berhadapan dengan Adila apatah lagi apabila mendengar suara serta ucapan yang lemah-lembut dan hormat daripada Adila terhadapnya. Hafiz duduk di bangku kayu panjang yang dibuat agak ke bawah sedikit daripada pangkin. Adila duduk di sebelah menghadap Hafiz.

Pertemuan antara Adila dengan Hafiz menimbulkan keraguan dan pertanyaan penduduk kampung. Alias menyimpan perasaan dendam apabila melihat Adila dan Hafiz di bawah pokok belimbing di halaman rumah Sidang Saman.

Alias memburuk-burukkan Hafiz dengan memberitahu Adila bahawa Hafiz ada penyakit kulit yang boleh berjangkit. Penyakit yang lebih teruk ialah maniac. Adila cemas mendengar kata-kata Alias.

Hafiz menyedari bahawa apa-apa yang dilakukannya itu adalah tidak betul. Kebaikan dan manis muka Harun tentunya mempunyai sebab. Dia meletakkan ibu jari pada pad dakwat hitam dan mengenakan kesan jarinya pada tempat yang diminta Harun dengan kuat sehingga menampakkan tumpahan dakwat yang tidak memberikan apa-apa makna.

Faizal datang ke rumah Sidang Saman menyebabkan Adila berasa cemas dan ketakutan. Mak Lamah memujuk supaya Adila berjumpa dengan Faizal. Sidang Saman meninggalkan mereka berdua. Adila menyatakan semuanya sudah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.

Ketika malam sudah pekat, Hafiz tersedar daripada pengsan, dia merasakan seluruh tubuhnya sengal-sengal. Dalam keadaan sedemikian dia bergerak ke rumahnya. Sebaik tiba di rumah dia terlelap lagi. Beberapa jam tertidur, dia terjaga semula dan bergerak ke dalam kelambu.

Pagi itu, Adila tidak dapat menyembunyikan perasaannya terhadap Hafiz kepada Same’ah.  Adila bertanyakan Same’ah tentang penyakit kulit yang diperkatakan oleh Alias yang ditanggung oleh Hafiz. Adila juga ingin mendapatkan kepastian tentang penyakit maniac yang ada pada Hafiz.


Perumitan atau Konflik
Hafiz menggambarkan Alias yang merupakan orang yang ditakutinya di kampung itu. Apa-apa yang disuruh oleh Alias tidak pernah dibantahnya. Turun ke dalam sungai dan membasahkan serta mengotorkan seluruh badannya merupakan antara suruhan Alias. Alias akan menghukumnya andai dia membantah seperti disepak, dipukul dan diterajang.

Hafiz berdiri pada tiang kedai dan akhirnya terduduk. Tiada seorangpun yang mempelawa dia makan. Pada saat inilah dia terkenangkan dirinya dan benar-benar rasa terbuang. Orang kampung melihatnya seperti musuh, tidak berhati perut dan tidak mempunyai perasaan belas kasihan. Air mata Hafiz berlinangan, dia menekupkan kepala di atas lututnya dan tidak lama kemudian dia tertidur.

Same’ah teringat kali pertama Adila bertemu dengan Hafiz dan peristiwa itu agak melucukannya. Dua hari selepas kedatangan Adila ke kampung itu, dia membawa Adila berjalan-jalan. Sebaik tiba di persimpangan jalan berhampiran jambatan, tiba-tiba Hafiz muncul dalam keadaan basah kuyup dan berlumpur. Kepalanya digeleng-gelengkan. Adila hilang pertimbangan dan berlindung di belakang Same’ah sambil memegang erat Same’ah. Adila cemas, mukanya pucat dan benar-benar ketakutan. 
Adila memberitahu bahawa dia betul-cetul cemas pada hari itu apabila melihat Hafiz yang betul-betul menakutkannya.

Hafiz mendapatkan Alias setelah sudah membasuh motorsikalnya. Alias mengarahkan supaya Hafis pergi tanpa memberi satu senpun. Hafiz tidak berganjak dan akan menuntut janji yang diberikan kepadanya. Andai sesiapa menjanjikan sesuatu kepadanya, dia dengan tegas mendakwa janji itu ditunaikan. Walaupun dia kenal sifat Alias, tetapi dia tidak mahu beralah.

Adila menceritakan kisah hidup yang dirahsiakan sebelum ini. Sebelum dia meninggalkan tanah air untuk menuntut di England, dia mengenali Faizal yang berada di tahun akhir pengajiannya. Mereka berjanji untuk menunggu dan masingmasing bersumpah dalam hati untuk setia. Apabila pulang, Adila diberitahu bahawa Faizal sudah beristeri. Faizal datang berjumpa dengannya dan memujuk Adila kembali kepadanya. Adila tegas dengan keputusan yang tidak akan menerima kembali Faizal dan meminta ayahnya menghantarnya ke kampung itu.



Kata-kata Sidang Saman membuatkan air muka Harun merah padam. Dia menyedari tidak akan mendapat apa-apa yang dihajatinya. Tujuannya untuk mendapatkan timbang rasa dan kerjasama Sidang Saman belum tentu tercapai. Terdetik dihatinya untuk menyogok Sidang Saman sekiranya ketua kampung itu sanggup membantunya.

Mak Lamah memarahi Sidang Saman kerana menyebelahi Harun. Sidang Saman menyarankan Mak Lamah supaya tidak membuat sangkaan buruk terhadapnya kerana dia tahu untuk menguruskan hal Harun. Mak Lamah tidak dapat tidur memikirkan hal perbualan antara suaminya dengan Harun. Dia memikirkan suaminya akan menjadi fasik seperti Harun yang cuba membelakangkan hukum syarak dalam mengendalikan harta anak yatim.

Selepas peristiwa malang yang menimpa ibunya dahulu, Hafiz seperti bersumpah tidak mahu menghampiri tanah tapak rumah dan sawah pusakanya. Baginya melalui lorong ke situ apa lagi menghampiri kawasan itu hanya akan mengembalikan kenangan pahit dan mengerikan padanya.

Esoknya, Sahak memaklumkan kepada Alias tentang pertemuan Hafiz dengan Adila. Alias terburu-buru ke rumah Sidang Saman dengan motorsikalnya. Hafiz resah melihat kehadiran Alias. Alias merenung tajam ke arah Hafiz dan Hafiz mengerti maksud yang ditunjukkan oleh Alias iaitu dia tidak mahu Hafiz berada di situ lagi

Hafiz menyedari bahawa apa-apa yang dilakukannya itu adalah tidak betul. Kebaikan dan manis muka Harun tentunya mempunyai sebab. Dia meletakkan ibu jari pada pad dakwat hitam dan mengenakan kesan jarinya pada tempat yang diminta Harun dengan kuat sehingga menampakkan tumpahan dakwat yang tidak memberikan apa-apa makna.



Adila tetap dengan keputusannya untuk tidak kembali kepada Faizal walaupun cuba dipujuk berkali-kali. Faizal memberitahu bahawa dia akan datang lagi memujuk Adila dan dia tidak putus asa. Adila memberitahu bahawa Faizal tidak menyesal jika dia datang kembali Adila sudahpun bersuami


Selepas bergunting, mereka ke restoran dan supermarket. Dia menjadi tidak tentu arah melihat timbunan dan susunan barang yang pelbagai. Dia tidak sedar bahawa samsul telah berpisah dengannya. Samsul tidak menyedari bahawa Hafiz tiada bersamanya. Samsul tersedar ketiadaan Hafiz dan berpatah balik untuk mencari Hafiz tetapi tidak dijumpainya.

Setelah selesai mereka pergi ke tempat letak kereta. Samsul meminta supaya Hafiz duduk di situ sementara dia pergi ke tempat lain. Hafiz menjadi takut apabila atendan tempat letak kereta datang dan mengisi resit.

Pada pagi keesokannya, sedang Hafiz mengemaskan rumah, Alias datang dengan motorsikalnya. Alias naik ke rumah Hafiz dan mengambil radio yang diletakkan di atas almari. Alias ke dapur mencari Hafiz sambil membawa radio. Hafiz terkejut dan Alias melambung-lambung radio tersebut. Hafiz dengan tegas dan berani meminta semula radionya. Alias menjatuhkan radio Hafiz ke lantai. Hafiz terasa pilu dan Alias ketawa sepuas-puasnya. Hafiz menyerang Alias dengan menumbuk perut. Hafiz mencapai parang panjang. Alias menjadi ketakutan. Sambil menghayun-hayun parang itu, Hafiz meminta supaya Alias menggantikan radio yang dirosakkan itu. Alias ingin melarikan diri tetapi tersepak bendul dan dia tersungkur. Hafiz ingin membakar motorsikal Alias. Alias meninggalkan tempat itu untuk mengambil duit bagi menggantikan radio.

Opah Arah datang memaki hamun Hafiz dan Sidang Saman yang menyebelahinya. Alias berada di belakang neneknya. Opah Arah ingin menerkam ke arah Hafiz tetapi dihalang oleh Sidang Saman. Alias menyerahkan duit baki RM30. Alias sempat menyepak Hafiz ketika Hafiz mengutip wang di tanah dan Hafiz sempat menerkam ke arah Alias yang sedang menghidupkan enjin motor. Alias terjatuh dan motor menghempapnya. Opah Arah terus memaki Hafiz.

Hafiz ditinggalkan Alias keseorangan. Dia mempercayai kata-kata Alias. Baginya Alias telah menyelamatkannya. Dia tidak sangka bahawa Alias yang dahulu membencinya kini dengan rela hati memberitahu akan bahaya yang mungkin dihadapi jika dia rapat dengan Adila. Alias memintanya supaya tidak menceritakan kepada sesiapa dan orang kampung sudah mengetahuinya. Hafiz menjadi gelisah dan jiwanya terganggu. Dia tidak pergi ke rumah Sidang Saman apabila mendengar cerita Alias.


Adila menangis apabila difitnah orang kampung. Dia menerima surat layang yang menulis kata-kata fitnah yang begitu mengecewakannya. Tulisan itu mengatakan bahawa dia menolak pinangan Alias kerana dirinya sudah rosak. Hafiz dikatakan sebagai perosak kepada Adila dan akibatnya dia akan berkahwin dengan Hafiz nanti.

Dua hari lepas, Alias datang menemuinya lagi dengan membawa berita baru. Menurut Alias, Adila tidak akan datang lagi ke kampung itu kerana penyakitnya bertambah teruk. Alias meminta Hafiz tidak mempercayai kata-kata Samsul. Hafiz menjadi bertambah gelisah. Dia mempercayai kata-kata Alias.

 Klimaks atau Puncak

Alias mengarahkan kawan-kawannya menculik Adila kerana Adila adalah haknya. Kawan-kawannya menyedari perkara jahat yang akan dilakukan oleh Alias. Dia juga menggunakan khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih supaya Adila tunduk kepadanya. Neneknya menurut kemahuan cucunya itu kerana dia juga mendendami Sidang Saman sekeluarga lantaran menolak pinangan Alias.


Peleraian

Alias kehilangan kawan-kawannya. Alias datang merayu kepada Hafiz supaya memujuk Adila suka kepadanya. Hafiz memikirkan bahawa Alias sudah kehilangan harga diri. Keadaan Alias bertambah teruk. Makan, minum dan tidur baringnya sudah terganggu. Siang dan malam sudah tidak dapat dibezakan oleh Alias.

Adila memberitahu sesuatu kepada Sidang Saman dan Mak Lamah. Mereka tidak percaya bahawa Adila telah membuat keputusannya. Adila menyedari apa yang akan diperkatakan oleh Sidang Saman dan Mak Lamah tetapi dia tidak akan menarik balik keputusannya. Mak Lamah berharap agar Adila memilih lelaki yang setaraf dengannya. Akhirnya Sidang Saman menerima qada dan qadar dan bersetuju dengan pilihan Adila.

Sidang Saman menghormati keputusan yang dibuat Adila. Dia menasihati Adila supaya berbincang dengan ibu bapanya dahulu. Padanya Hafiz belum bersedia untuk menjadi suami Adila. Mak Lamah akhirnya menerima kata-kata suaminya dan berharap Hafiz menjadi seorang lelaki yang sempurna. Keputusan tiga beranak itu tidak diketahui oleh sesiapapun termasuk Hafiz.

Keesokan hari Hafiz berjumpa dengan Adila lagi. Adila memberitahu bahawa kerjanya telah selesai. Adila memberitahu bahawa Hafiz sudah boleh berdikari. Hafiz memberitahu bahawa dia tidak dapat membalas budi Adila. Adila pula memberitahu bahawa Hafiz banyak berbudi kepadanya kerana mengajarnya erti kehidupan dan kemanusiaan.

Adila memberitahu bahawa dia akan pulang ke Kuala Lumpur dan akan bekerja. Kelmarin ayahnya menelefon bahawa dia ditawarkan bekerja sebagai pensyarah di sebuah institut swasta.







Adila mengharapkan supaya Hafiz belajar agama dan meminta supaya Hafiz berjumpa dengan Sidang Saman untuk menguruskannya. Hafiz menerima cadangan Adila. Adila akan pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 11 pagi esok menaiki bas.

Adila mengingatkan pertemuan kali pertama mereka. Adila memberitahu bahawa dia tersangat takut pada masa itu ketika dia berjalan bersama-sama Same’ah. Mereka gembira mengingatkan peristiwa lalu.

Adila mengajak Hafiz ke Kuala Lumpur kerana ibu bapanya ada bertanyakan dirinya. Mereka terpandang seorang pemuda yang baru lalu kemudian berhenti di luar pagar. Pemuda itu memandang mereka dan kemudian berlalu pergi.

Hafiz sebak melihat pemuda itu. Terbayang tentang dirinya yang berdiri di luar pagar tadi. Adila tidak pernah meminta pemuda itu berkeadaan sedemikian. Adila dan Hafiz berpandangan sambil mengharapkan Hafiz menghantarnya ke pekan besok hari.



No comments:

Post a Comment