sweet memories

Tuesday 22 April 2014

Konsep Ekonomi Islam { sejarah STPM penggal 2}



Ekonomi Islam merupakan ilmu yg mengkaji  kegiatan manusia yg selaras dengan kehendak  syariat dari segi memperoleh,mengguna atau mengurus sumber asli utk kebaikan bersama secara kebendaan & keharmonian demi mendapat keredaan Allah swt.
Falsafah ekonomi Islam

a)   Tauhid ~ asas kepada  falsafah ekonomi Islam merangkumi hubungan manusia dengan Allah SWT  & hubungan manusia dgn manusia
b)   Rububiyyah ~ konsep rububiyyah Allah SWT dalam konteks ekonomi ialah peraturan Illahi bagi menyusun rezeki & kegiatan manusia demi kepentingan yg sebenar
c)   Tazkiyyah ~ konsep tazkiyyah dalam ekonomi pula membentuk kesucian jiwa & ketinggian akhlak.Pembersihan harta adalah melalui zakat & sedekah
d)   Hari pembalasan ~ kepercayaan kpd hari pembalasan akan menjadikan kegiatan ekonomi manusia sentiasa berada pada landasan yang dibenarkan
e)   Manusia sebagai khalifah ~ manusia juga merupakan pemegang amanah & berperanan utk memakmurkan bumi sesuai dgn peranan manusia sebagai khalifah & hamba Allah
f)    Persaudaraan antara manusia~tanpa mengira warna kulit & keturunan akn membuahkan keadilan & menolak kezaliman.Oleh itu, pemerasan, eksploitasi , penindasan & penyelewengan tidak mungkin berlaku dengan sewenang-wenangnya

g)   Hak milik ~ segala harta kekayaan & sumber  di atas muka bumi ini adalah hak milik Allah SWT.Justeru,manusia perlu menguruskan anugerah & amanah Allah SWT secara  yg diredai oleh –Nya.



Ciri-ciri ekonomi Islam

1)    Ciri-ciri ekonomi Islam ialah

a)    Ekonomi berasaskan al-Quran & al-Sunnah
b)   Ekonomi Islam lengkap ,sempurna & mampu menyelesaikan masalah keperluan kehidupan manusia
c)    Keseimbangan antara kepentingan individu & masyarakat dlm ekonomi Islam.
d)   Kegiatan ekonomi tidak memisahkan antara kebendaan & kerohanian
e)   Ekonomi Islam sesuai sepanjang zaman & di setiap tempat kerana sifatnya yg tetap & dinamik
f)    Asas ekonomi Islam ialah al-Quran & as-Sunnah

2)   Sumber hukum ekonomi Islam dibahagikan kpd sumber utama,sumber rujukan & sumber-sumber  lain.Sumber utama ekonomi Islam :

§  al-Quran
§  as-Sunnah

3)   Sumber-sumber  rujukan dalam ekonomi Islam

                     i.        Ijma`
                    ii.        Qias
                  iii.        Ijtihad

4)   Sumber-sumber yang lain menentukan hukum ekonomi Islam

                   i.        Pendapat para sahabat
                  ii.        Istihan
                iii.        Istislah
                 iv.        Stishab
                  v.        `uruf



Wednesday 16 April 2014

Faktor-faktor Pembentukan Negara Bangsa di Turki pada abad ke -20 { sejarah STPM penggal 2}


Pendahuluan
§      Zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876-1909) merupakan kemuncak kpd tanzimat atau pembaharuan & baginda merupakan Khalifah Uthmaniyah terakhir yg mempunyai kuasa autonomi ke atas kerajaannya sendiri
§      Empayar Uthmaniyah sudah mengalami kemunduran sejak akhir abad ke-19 lagi namun Sultan Abdul Hamid II Berjaya mempertahankan empayar Turki Uthmaniyah serta mampu menepis serangan daripada imperialis Barat.Baginda telah melakukan beberapa pembaharuan  dalam tempoh 33 tahun pemerintahannya
§      Sejak awal abad ke-20,baginda berusaha bersungguh2 untuk menyelamatkan rakyat & empayar Islam namun kuasa baginda merosot & baginda dilucutkan sbg Sultan Uthmaniyah
§      Pembentukan Negara bangsa Turki yg bermula pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II didorong oleh beberapa faktor
Isi : Faktor Pembentukan Negara bangsa Turki
1)   Tekanan kuasa-kuasa Barat

·         Kuasa imperialis seperti Britain,Perancis & Rusia bersaing antara satu sama lain untuk menguasai kekayaan kawasan Turki Uthmaniyah.Kuasa2 besar tersebut bergabung utk menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah
·         Pihak barat hasut penduduk bukan Islam di wilayah Turki Uthmaniyah utk memberontak.Negara2 Eropah ingin menghancurkan  empayar Turki Uthmaniyah utk merebut wilayah2 & harta peninggalannya.Tindakan kuasa2 barat ini mendorong sultan empayar Turki Uthmaniyah utk menguatkan pembentukan negara2 Turki



2)  Dasar Pan-Islamisme

§  Dasar ini menekankan perpaduan & kerjasama umat Islam di bawah pimpinan seorang khalifah yang membela hak umat Islam sejagat.Fahaman ini bukan sahaja disebarkan di Turki tetapi di seluruh dunia.Melalui dasar ini,umat Islam di Turki digesa untuk bersatu padu di bawah kepimpinan Sultan Abdul Hamid II.
§  Melalui dasar Pan-Islamisme  ini,orang2 Islam di Turki &  berada dalam empayar Turki hendaklah disatukan dibawah pimpinan Sultan Turki Uthmaniyah.Manakala umat Islam yg berada penguasan org Barat hendaklah menyokong khalifah kerajaan Turki Uthmaniyah bagi memperjuangkan kemerdekaan negara masing2 drpd belengu penjajahan barat.
                                
3)  Sistem Pendidikan

¨      Sultan Abdul Hamid II juga telah memberi keutamaan dlm bidang pendidikan untuk memajukan empayar Turki Uthmaniyah & seterusnya menjadikan empayar itu setanding dengan negara2 barat .Banyak sekolah,peringkat rendah & menengah serta institusi pendidikan tinggi dibina untuk mencapai matlamat perpaduan dan kemajuan serta memberi tumpuan kepada kemajuan moden tetapi tidak mengetepikan pengetahuan agama dan akhlak Islam.
¨      Pada awal abad ke-20 ,idea2 seperti nasionalisme & sekularisme dpt menyerap secara beransur2 dalam  kehidupan masyarakat Turki.Konsep Negara bangsa menjadi kesan daripada fahaman kebangsaan moden dalam  kalangan golongan cerdik pandai ini.Ideologi yg berada dalam pemikiran golongan terpelajar Islam di Turki membaawa kepada keruntuhan empayar
Turki Uthmaniyah &  penubuhan Negara bangsa Turki





4)  Rejim Turki Muda

ª      Golongan radikal ini menentang pemerintahan Sultan Abdul Hamid II.Golongan ini terdiri daripada pelajar yg telah melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
ª      1908,Rejim Turki  Muda  mengisytiharkan pemberontakan terhadap sultan.Mereka banyak dipengaruhi oleh Revolusi  Perancis 1789.Rejim Turki Muda ini menekankandasar Turkifikasi sbg reaksi kpd penentangan golongan bukan Islam dari kawasan Balkan.
ª      Mereka memainkan peranan penting dlm menganjurkan nasionalisme di Turki demi merealisasikan impian bangsa Turaniah

5)  Peranan Golongan Minoriti

v  Pembinaan Negara bangsa Turki juga bergantung kpd peranan golongan minoriti dalam empayar Turki Uthmaniyah.Di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II,golongan Ahl al-Dimmah diberi pelbagai keistimewaan
v  Antara golongan ini ialah  orang Kristian & orang Yahudi  dari kawasan Balkan.Mereka dilindungi & diberi hak selaras dengan tuntutan Islam.Namun,mereka tidak setia kepada sultan apabila mereka dihasut oleh orang2 Barat utk memberontak.
v  Pemberontakan oleh orang Armenia & campur tangan orang Yahudi menyemarakkan lagi semangat nasionalisme puak nasionalis Turki & Arab
Penutup                                               
{  Empayar Turki Uthmaniyah berakhir apabila rejim Turki Muda melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama dgn memihak kpd Jerman.Kekalahan dlm perang ini kpd tentera pihak bersekutu menghancurkan empayar Turki Uthmaniyah.

{  Banyak daerah di bawah penguasaan Turki Uthmaniyah mendapat kemerdekaan .Akhirnya,Mustafa Kamal Atartuk Berjaya mengisytiharkan sebuah kerajaan republik Turki dengan sokongan padu rakyat Turki