sweet memories

Friday 28 February 2014

Lima Minit Selepas Kelahiran



Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu. Keadaan yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membuatkan ibu tidak tahu apa proses seterusnya yang dilakukkan kepada bayi dan diri anda sendiri.

Sebenarnya lima minit sejurus selepas bayi lahir, ada beberapa perkara penting yang dilakukan oleh doktor iaitu

1. Tali pusat bayi dipotong.

2. Doktor akan menunjukkan bayi kepada ibu. Anda boleh menentukan sama ada mahu memegang bayi sebaik dilahirkan atau selepas dia dibersihkan.

3. Anda boleh memilih untuk menerima suntikan untuk mempercepatkan pengeluaran uri dari dalam rahim.

4. Keadaan, pernafasan dan denyutan jantung bayi akan diperiksa dalam tempoh satu minit selepas dia selamat dikeluarkan dan diperiksa sekali lagi lima minit kemudiannya.

5. Selepas uri berjaya dikeluarkan, anda mungkin perlu dijahit jika keadaan perineum memerlukan jahitan.

Mengazan dan mengqamatkan anak

Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :

“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”

JOM KITA KONGSIKAN utk PENGETAHUAN BERSAMA

"Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala
- { Bercinta Selepas Nikah }-

Friday 14 February 2014


Rasulullah saw. bersabda, "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendir." [HR Bukhari dan Muslim]

Rasulullah saw. bersabda, "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi saw. menjawab: "Cegahlah dia". [HR Bukhari]

PERKARA YANG DISUKAI & TIDAK DISUKAI OLEH OTAK


6 Perkara yang Disukai oleh Otak 
1- Cerita

2- Warna
3-Gambar
4-Bentuk
5-Irama
6-Nombor

5 Perkara yang Otak tidak Disukai oleh Otak

1- Dadah
2- Panik
3-Membawa masalah ketika tidur
4-Perut terlalu kenyang
5- Ketawa lebih 

-Wirajaya Excellence Consultancy-  BY mohd khairul b.ramli

Perbahasan Tentang Usia Sebenar Khadijah R.A. Semasa Berkahwin Dengan Rasulullah S.A.W.



(Adaptasi dari terjemahan Bahasa Inggeris kertas kerja hasil kajian oleh Maulana Habibur Rahman Siddiqui Kandhalawi. Beberapa pindaan dari teks asal dibuat untuk tujuan menjelaskan fakta.)

Dikatakan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. berumur 40 tahun ketika beliau berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ia adalah suatu riwayat yang yang tidak berasas tetapi telah disebarkan sebegitu rupa dan digarap seolah-olah sebahagian daripada ugama. Ini adalah percubaan untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama-sama dengan seorang wanita tua. Dalam usia lanjut, beliau r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir. Menurut sesetengahnya pula, beliau r.a. telah melahirkan empat orang anak lelaki; ada seorang yang bernama Abdullah, sedangkan setengah yang lainnya pula menyatakan bahawa yang sebenarnya Abdullah telah dipanggil sebagai Tayyab dan Tahir.

Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah. Daripadanya, beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Daripadanya dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. Inilah sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.a. mendapat kunniyah sebagai Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam. (Seerat-un-Nabi, Jilid II, m/s 402).

Di sini, timbul satu persoalan, iaitu Saidatina Khadijah r.a. telah melahirkan empat orang anak sahaja di usia mudanya, namun semasa usia tuanya beliau telah melahirkan tujuh atau lapan orang anak, yang mana ia agak bertentangan dengan logik akal. Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun?

Pihak Orientalis dan musuh-musuh Islam telah memberi perhatian khusus terhadap riwayat ini, kerana peristiwa ini jelas bertentangan dengan akal. Dengan mendedahkan peristiwa seperti ini, mereka mengambil kesempatan untuk mencemuh Islam.

Namun begitu, ulama kita sebaliknya menganggap kejadian ini sebagai ‘satu mukjizat’ Rasulullah s.a.w. Tambahan lagi mereka menganggap inilah keistimewaan nabi s.a.w. kerana sanggup mengahwini wanita yang tua sedangkan baginda s.a.w. sendiri muda belia.

Di pihak yang lain golongan Syiah mendakwa adalah tidak mungkin melahirkan sebegitu ramai anak di usia tua. Oleh itu, Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum tidak diiktiraf sebagai anak nabi s.a.w.

Golongan Syiah mengatakan bahawa umur Khadijah r.a. ialah 40 tahun semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Meskipun mereka amat mahir bermain dengan angka, mereka telah melakukan kesilapan bodoh bila mendakwa bahawa Fatimah r.a. dilahirkan lima tahun selepas kenabian. Dalam hal ini, Khadijah sudah berumur 60 tahun semasa melahirkan Fatimah r.a.. Dengan ini tidak mungkin Ruqayyah dan Kalthum adalah anak kepada Khadijah kerana mereka adalah lebih muda dari Fatimah.

Kita akan membuktikan bahawa empat orang anak perempuan ini adalah dilahirkan oleh Saidatina Khadijah r.a. dari Rasulullah s.a.w. Tetapi sebelum itu orang Syiah perlu membuktikan bahawa seorang wanita yang berusia 60 tahun boleh melahirkan anak. Dan apabila mereka membuktikannya, mereka mesti juga membuktikan bahawa Fatimah r.a. adalah anak kepada Khadijah r.a.

Sebenarnya terdapat perbezaan pendapat tentang usia sebenar Khadijah r.a bila berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ada yang berkata umurnya 40 tahun. Ada yang berpendapat usianya 35 tahun. Yang lain pula mengatakan 30 tahun, dan sesetengah pula mengatakan 27 tahun, manakala ada pula yang menyatakan bahawa usianya 25 tahun. Ahli-ahli sejarah Syiah sependapat mengatakan umurnya 40 tahun, dan mereka menolak pendapat lain. Dan mereka riuh rendah menyebarkan pendapat ‘40 tahun’ ini seolah-olah pandangan lain tidak pernah wujud. Ulama kita dan ahli-ahli sejarah yang terkemudian juga terpengaruh dengan daayah ini dan menyangkakan bahawa pendapat golongan Syiah inilah yang ‘tepat’.

Hafiz Ibn Kathir menulis:

“Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)

Dengan lain perkataan, Baihaqi dan Hakim menyatakan bahawa Saidatina Khadijah r.a. berusia tiga puluh lima tahun pada waktu itu. Bersama-sama dengan itu, mereka juga turut mengatakan bahawa ada pendapat bahawa beliau r.a. berusia dua puluh lima tahun.

Di tempat lain, Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)

Ulama Hadis dan ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun ke-10 Kerasulan. Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya mencecah 50 tahun’ telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa perkahwinannya ialah 25 tahun. Dan juga, Hafiz Ibn Kathir juga telah membuktikan bahawa ‘maklumat’ yang diterima pada hari ini (iaitu umur Khadijah r.a. 40 semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.) adalah salah dan tidak benar sama sekali..

Meskipun dengan fakta yang sebegini jelas, kita masih mempercayai (dan terperangkap) dalam berita yang lebih merupakan khabar angin semata-mata.

Apabila kami mengkaji ‘Al-Bidayah wan-Nihayah’ yang ditulis oleh Ibn Kathir, barulah kami menyedari akan kesilapan kami. Semoga Allah yang Maha Kuasa mengampuni kami, kerana kami adalah mangsa kepada suatu salah faham yang besar. Moga Allah yang Berkuasa mengurniakan kepada kita semua kefahaman akan Kebenaran.

Via.darulkautsar.net

Wednesday 12 February 2014

2.1.2 Pelaksanaan cukai pada zaman Bani Abbasiyah { SEJARAH STPM PENGGAL 2}


1)                       Cukai Kharaj

ª       Kutipan cukai kharaj diuruskan oleh pentadbiran Diwan
ª       Antara Diwan yg diwujudkan  ialah al-Jund,al-Kharaj,al-Sawafi,al-Sirr & al-Rasa`il
ª       Diwan ditubuhkan agar dpt menjamin pembangunan Negara,menyumbang kecemerlangan kota Baghdad & membina empayar Bani Abbasiyah
ª       Kharaj dikenakan ke atas tanah tidak kira pemiliknya merdeka @ hamba,Islam @ bukan Islam
ª       Diwan al-Kharaj {jbtn percukaian} akn mengendalikan semua mslh cukai tanah yg mengeluarkan hasil pertanian.Ia diketuai oleh seorang pegawai  bg memastikan cukai khazraj berjalan lancar .Pegawai akn melantik wakil pemungut cukai menentukan jumlah cukai kharaj yg perlu diserahkan kpd  baitulmal setelah ditolak  perbelanjaan bersih mengurus pentadbiran wilayah
ª       Kutipan kharaj pd zaman Bani Abbasiyah  adil kpd semua kelompok msyrkt kerana pegawai & pemimpin  Bani Abbasiyah kebanyakkannya terdiri drpd golongan mawali
ª       Pembayaran kharaj dlm bentuk nilai  mata wang seperti  pd zaman  Khalifah Abu Jaafar ak-Mansor iaitu 10 dirham setiap unit tanah
ª       Wujud Jbtn  Akauntan Negara ketika zaman Khalifah al-Mahdi utk mengelolakan cukai khususnya perniagaan di pasar2 & kedai
ª       Kadar kharaj berbeza2  antara 1 kwsn dgn 1 kwsn yg lain

2)    Cukai Jizyah

·         Jizyah ialah cukai perlindungan yg  dikenakan ke atas org bukan Islam  dlm kadar yg munasabah , mengikut kemampuan utk menjamin keamanan , keselamatan jiwa & harta benda
·         Pelaksanaan jizyah zaman Bani Abbasiyah  kembali seperti zaman Khulafa ar-Rasyidin  iaitu tiada isu diskriminasi
·         Kebanyakkan khalifah Abbasiyah berbangsa Parsi  & Turki menyebabkan kutipan sama rata  &  adil
·         Diwan al-Kharaj { jbtn kewangan} menguruskan semua cukai  termasuk jizyah .
·         Pungutan jizyah menjadi stabil & bnyk membantu kewangan bani Abbasiyah


3)  Cukai  Usyur

§  Kota Baghdad menjadi pusat perdagangan terbesar dlm pling sibuk di dunia ketika zaman Bani Abbasiyah
§  Aktivit perdagangan melibatkan rempah ratus dr India , batu permata dr Turki & Asia Tengah , beras & gandum dr Mesir , buah2an dr Syam & sutera sert minyak wangi dr Parsi
§  Perkembangan kota Baghdad seiring dgn kemajuan sektor pertanian , perindustrian  & perdagangan
§  Pelabuhan Basrah,Kaherah  & Iskandariah muncul sbg pelabuhan antarabangsa
§  Cukai Usyur menjadi cukai terpenting  yg dikenakan ke atas para pedagang yg berdagang di pelabuhan , di pasar2  & di kedai2 sekitar kota Baghdad & wilayah kekuasaan bani Abbasiyah

§  Kewangan baitulmal  menjadi sgt kaya & berperanan aktif kerana cukai usyur menjadi sumber utamanya seperti pd zaman khalifah Harun ar-Rasyid

Wednesday 5 February 2014

1.6.1. Struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah pada zaman kerajaan Uthmaniyah. {SEJARAH STPM PENGGAL 2 }


1.      Sistem pemerintahan autokrasi iaitu pemerintah mempunyai kuasa mutlak.
2.      Sultan ialah kuasa tertinggi dlm pentadbiran dan ketenteraan.
3.      Wazir Besar ( menteri besar) ialah org paling berkuasa slps sultan menjadi ketua pentadbiran dan penasihat sultan serta ketua seluruh wazir dan amir.  Kuasanya mengikut Kanun Name, iaitu perlembagaan yg telah digubal pd zaman Muhammad II, beliau diamanahkn memegang cap mohor ( tughra) sbg wakil sultan.
4.      Kadi ialah ketua agama bg setiap wilayah, berkuasa melaksanakn hukum jenayah dan sivil menurut syariat Islam berdasarkn al-Quran dan sunnah.
5.      Jawatan Syeikh al-Islam (mufti) diwujudkn pd zaman Sultan Salim I dan pejabat di Istanbul, berperanan mmberi fatwah dlm semua aspek agama termasuk dlm keputusan berperang antara sesame umat Islam.
6.      Beylerbey ialah pangkat ketenteraan yg plg tinggi yg terdapat hanya beberapa org beylerbey shj yg memegang jawatan itu. Beylerbey yg plg tinggi ialah Beylerbey Anatolia dan Beylerbey Rumali di Eropah. Beylerbey mempunyai kuasa yg amat luas malah putera mahkota terpaksa menunduk kpdnya, Beylerbey digelar ‘Pasha’.
7.      Bey ialah gelaran ketua batalion / ketumbukan tentera dan bertanggungjawab membawa bendera ( liwa’) dlm sesuatu peperangan.
8.      Pasukan tentera Fief ialah tentera asasi kerajaan Turki Uthmaniyah. Fief brmaksud tanah kurniaan, dinamakan tentera Fief kerana mereka dikurniakan tnah olh krajaan Uthmaniyah atas jasa mreka memprtahankan ngara. Senjata yg dgunakan ialah tombak, pedang, panah,& perisai. Pakaian mereka pula ialah baju dan serban serta menunggang kuda.



SEJARAH STPM PENGGAL 2 ~ 1.2.3 Usaha Penyatuan Ummah


Membina Masjid

§  Masjid menjadi lambang kesatuan ummah dan umat islam.Masjid Quba`,iaitu masjid pertama dibina dalam sejaraah umat.
§  Pembinaan masjid menunjukkan bahawa ibadat menjadi tempat kesatuan ummah untuk berkumpul dan menjadi institusi keilmuan bagi Rasulullah S.A.W mengembangkan dakwah Islamiah.
§  Selain itu,masjid juga berfungsi  sebagai tempat orang Islam bertemu serta bermesyuarat  bg menyelesaikan sebarang masalah.
§  Pada peringkat awal,masjid juga dijadikan sebagai tempat untuk berniaga

Menyatukan dan mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj

v  Kedua-dua kaum ini sudah lama bermusuhan hingga berlaku peperangan yang   panjang seperti Perang Bu`ats.
v   Baginda menyatukan Aus dan Khazraj menjadi Ansar .Persaudaraan Islam menggantikan semangat asabiyah.
v  Menjadi titik tolak pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu dan bekerjasama
Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar
§      Rasulullah S.A.W berusaha mempersaudarakan  orang Ansar dan Muhajirin
§      Tujuan Rasulullah S.A.W  berbuat demikian adlh utk membantu org  Muhajirin  dari sudut  ekonomi  & kepentingan  umum.
§      Dengan  persaudaraan ini,org Muhajirin  mempunyai kekuatan  utk berada di tempat baharu  selepas meninggalkan kmpung halamn mereka.





Menggubal perlembagaan Negara ~ Sahifah Madinah
Ø  Perlembagaan negara dibentuk utk menjamin keamanan & pengurusan pentadbiran negara sama ada dlm  bidang politik,social,agama,ekonomi & sebagainya
Ø   Perlembagaan utk negara Islam  Madinah  tlh diwujudkan o  Nabi Muhammad utk menjamin perpaduan Madinah sbg sebuah komuniti @ ummah & menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam
Ø  Diwujudkan hasil drpd persetujuan bersama antara org Islam dgn org Yahudi
Ø  Dlm perlembagaan ini,beberapa aspek penting tlh diberikan penekanan oleh  Nabi Muhammad S.A.W seperti tanggungjawab bersama utk mempertahankan Madinah,kebebasan beragama,al-Quran sbg asas peraturan perlembagaan & kedudukan  Rasulullah S.A.W sbg ketua Negara
Ø  Piagam ini mengandungi 23 fasal  mengenai org Islam  & 24 fasal mengenai org bukan Islam

Melaksanakan Syura

¨      Pelaksanaan syura dlm menyelesaikan mslh adlh begitu  penting dlm sesebuah pertubuhan @ pentadbiran Negara.
¨      Syura ~ sebuah konsep perbincangan bg menyelesaikan mslh dlm pentadbiran umat Islam.
¨      Drpd segi pentadbiran Negara,syura dikaitkan dgn khalifah brdasarkan dasar yg dibuat,iaitu
a)    Melaksanakan hukum-hakam  Islam
b)   Menjaga maslahat ummah
¨      Sistem syura @ mesyuarat tlh dilaksanakan oleh Nabi Muhammad S.A.W  bertujuan utk menjamin keadilan & mengelakkan kezaliman


Menyusun pentadbiran

\      Baginda  menubuhkan struktur pemerintahan,iaitu membentuk organisasi kerajaan yg merangkumi pelbagai jawatan,melantik pegawai & kakitangan  di peringkat pusat & wilayah
\     Baginda turut menubuhakan & membentuk system kewangan yg merangkumi sumber kewangan,percukaian ,zakat,jizyah,sedekah,ghanimah & lain2
\     Selain bidang kewangan,baginda turut menubuhkan pasukan tentera.Rasulullah  S.A.W telah berjaya menubuhkan pasukan tentera yg kuat & mempunyai semangat jihad yg tinggi

Dakwah & Diplomatik

'          Usaha2 dakwah dipergiatkan & tidak tertumpu di  Madinah lagi.Beberapa utusan tlh dihantar utk menjalinkan hbgn diplomatik  di samping berdakwah.
Antaranya  termasuklah menghantar utusan ke Habsyah,Yamamah,Mesir & lain2.


PIAGAM MADINAH { SEJARAH STPM PENGGAL 2)


(a)   Bahagian pertama mengandungi 23 fasal menyentuh tentang hubungan umat Islam dgn kaum Yahudi  &  tanggungjawab sesama sendiri .Bahagian ini ditulis pd tahun pertama  ke-2 Hijrah,iaitu sebelum Perang Badar.Isi kandungannya adalah seperti  yg  berikut :

Fasal
    1
Piagam ini adalah daripada Nabi Muhammad s.a.w antara orang Islam dengan penduduk Madinah yang lain ,iaitu kaum Yahudi  &  penyokong-penyokong mereka.
Fasal
    2

Bahawa mereka { penduduk Madinah sama ada orang Islam atau bukan Islam } ialah satu ummah
Fasal
    3
Golongan Muhajirin bertanggungjawab membayar  menerima wang tebusan serta menebus daripada mereka yang ditawan secara makruf  adil  terhadap orang yang beriman.
Fasal
    4
Bani Auf kekal dengan keadaan lama mereka  &  sama-sama  bertanggungjawab  membayar  &  menerima wang tebusan seperti dahulu  menebus  daripada mereka yang ditawan dengan cara makruf &  adil sesama yang beriman
Fasal
  5
Banu Harith Ibn Khazraj tetaplah dengan keadaan lama mereka sama-sama bertanggungjawab menerima  &  membayar  wang tebusan seperti dahulu  & menebus daripada  mereka  yang  ditawan  dengan cara makruf  &  adil sesama yang  beriman
Fasal
     6
Banu Sa`idah tetaplah dengan keadaan lama mereka  sama-sama bertanggungjawab  menerima  &  membayar  wang tebusan seperti dahulu serta menebus daripada mereka yang ditawan  dengan cara  makruf  &  adil  sesama beriman
Fasal
     7
Banu Jusham tetaplah dengan keadaan  lama mereka sama-sama bertanggungjawab menerima  &  membayar  wang tebusan seperti dahulu serta menebus daripada mereka yang ditawan dengan cara makruf   &  adil sesama  yang beriman

Fasal
  8

Banu al-Najjar tetaplah dengan keadaan  lama mereka sama-sama
bertanggungjawab menerima  &  membayar  wang tebusan seperti dahulu serta menebus daripada mereka yang ditawan dengan cara makruf   &  adil sesama  yang beriman
Fasal
   9
Banu `Amr  bin `Auf tetaplah dengan keadaan  lama mereka sama-sama bertanggungjawab menerima  &  membayar  wang tebusan seperti dahulu serta menebus daripada mereka yang ditawan dengan cara makruf   &  adil sesama  yang beriman
Fasal
  10

Banu al-Nabit tetaplah dengan keadaan  lama mereka sama-sama bertanggungjawab menerima  &  membayar  wang tebusan seperti dahulu serta menebus daripada mereka yang ditawan dengan cara makruf   &  adil sesama  yang beriman
Fasal
   11
Banu al-`Aus tetaplah dengan keadaan  lama mereka sama-sama bertanggungjawab menerima  &  membayar  wang tebusan seperti dahulu serta menebus daripada mereka yang ditawan dengan cara makruf   &  adil sesama  yang beriman
Fasal
   12
Dan orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan orang susah dalam  kalangan mereka,mereka mesti bertanggungjawab membayar  wang tebusan seperti dahulu serta menebus daripada mereka yang ditawan dengan cara makruf   &  adil sesama  yang beriman
Fasal
    13
Bahawa orang yang beriman lagi bertaqwa,mesti mencegah kezaliman,pelanggaran kesusilaan,penganiayaan,permusuhan tau melakukan kerosakan ke atas orang yang sama-sama  beriman dan mereka hendaklah bersatu mencegah perkara-perkara tersebut  walaupun melakukannya adalah antara kaum mereka sendiri
Fasal
  14
Tidak boleh berbunuhan sesama orang mukmin disebabkan oleh seorag kafir  &  tidak boleh membantu  seorang kafir yang menganiaya seorang mukmin
Fasal
  15
Dan sesungguhnya jaminan Allah SWT itu sahaja ,iaitu melindungi  orang yang lemah dan bagi orang mukmin saling menjamin sesama  mereka daripada  gangguan orang lain
Fasal
   16
Bagi orang Yahudi yang menyokong  orang mukmin   mestilah diberikan pertolongan &   bimbingan  secara adil serta tidak ada niat buruk terhadap mereka
Fasal
  17
Seseorang Mukmin  tidak boleh  membuat sebarang perjanjian di jalan  Allah  SWT tanpa disertai mukmin yang lain  perjanjian itu mestilah berasaskan  persamaan serta  keadilan dalam kalangan mereka
Fasal
 18
Serangan terhadap seorang mukmin hendaklah dianggap  sebagai  serangan terhadap  semua mukmin
Fasal
 19
Setiap mukmin hendaklah menuntut bela di ats setiap darah yang tumpah  di jalan Allah SWT
Fasal
 20
Bahawa orang musyrik  { di Madinah } tidak boleh  melindungi orang Quraisy            { di Mekah}  sama ada harta atau nyawa dan tidak boleh menghalang hak orang mukmin
Fasal
 21
Sesiapa yang membunuh secara  sewenang-wenang seorang mukmin  tanpa bukti  yang  kukuh hendaklah dibalas bunuh kecuali pihak keluarga atau penjaga { wali } yang terbunuh menerima ganti darah atau bayaran
Fasal
  22
Orang mukmin tidak dibenarkan menolong atau memberikan perlindungan  kepada orang yang bersalah .Jika ia melakukan juga,dia akan dilaknati Allah SWT di  hari kiamat kelak dan taubatnya tidak akan diterima
Fasal
  23
Jika berlaku pertelagahan  & berselisih  pendapat tentang suatu perkara hendaklah dirujuk kepada Allah SWT  rasul-Nya

(b) Bahagian kedua mengandungi 24 fasal yg membabitkan kaum Yahudi & tanggungjawab mereka terhadap negara Islam Madinah.bahagian ini ditulis selepas Perang Badar. Isi kandungannya adalah seperti yg berikut :

Fasal
24
Bahawa kaum Yahudi hendaklah menanggung perbelanjaan bersama-sama orang mukmin selama mereka itu berperang  menentang musuh
Fasal
25
Kaum Yahudi Bani `Auf adalah salah satu umat bersama orang mukmin,orang  Yahudi dengan agama mereka  & orang mukmin dengan agama mereka
Fasal
26
Kaum Yahudi Bani al-Najjar  { dianggap } sama seperti kaum Yahudi Bani `Auf
Fasal
27
Kaum  Yahudi Bani al-Harith { dianggap } sama seperti kaum Yahudi Bani `Auf
Fasal
28
Kaum Yahudi Bani Sa`idah { dianggap } sama seperti kaum Yahudi Bani `Auf
Fasal
29
Kaum Bani Yahudi Bani Jusham { dianggap } sama seperti kaum Yahudi Bani `Auf
Fasal
30
Kaum Yahudi Bani al-‘Aus (dianggap) sama seperti kaum Yahudi Bani ‘Auf.
Fasal
31
Kaum Yahudi Bani Tha’labah (dianggap) sama seperti kaum Yahudi Bani ‘Auf, kecuali org yg zalim dan melakukan dosa, maka ia hanya akan menimpa diri mereka dan keluarga mereka sendiri.
Fasal
32
Suku Jafnah daripada suku Tha’labah (dianggap) sama seperti kaum Yahudi Bani ‘Auf.
Fasal
33
Bagi al-Syutaybah 9dianggap) sama seperti kaum yahudi Bani ‘Auf.
Fasal
34
Kaum mawali Tha’labah dianggap sama seperti kaum yahudi Tha’labah.
Fasal
35
Bahawa sahabat2 Yahudi (dianggap) sama seperti kaum Yahudi juga.
Fasal
36
Tiada siapa yang dibenarkan keluar atau pergi berperabg tanpa terlebih dahuli mendapat keizinan Nabi Muhammad SAW. Sesiapa yang melakukan kejahatan, maka dia sendiri dan kaum keluarganyanyang akan menanggung balasannya. Allah SWT akan melindungi orang yang akan menghormati perjanjian ini.
Fasal
37
Orang Yahudi mesti sama-sama menanggung bebanan negara bersama-sama orang Islam, mereka juga dikehendaki tolong-menolong menetang musuh-musuh yang mengancam keselamatan anggota piagam, serta saling menasihati serta berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran. Seseorang itu tidak boleh dianggap bersalah kerana kesalahan sekutunya, dan pertolongan hendaklah diberikan kepada yang dianiaya.
Fasal
38
Orang yahudi hendaklah menanggung pembiayaan bersama orang mukmin selagi mereka berada dalam peperangan.
Fasal
39
Bahawa kawasan Yathrib (Madinah) adalah suci dan tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini.
Fasal
40
Bahawa jiran tetangga (al-jar) hendaklah dianggap sebagai diri mereka sendiri selagi mereka tidak melakukan sebarang ancaman atau kesalahan (dosa)
Fasal
41
Tiada seorang daripada kaum wanita boleh diberikan perlindungan kejiranan tanpa keizinan ahli keluarganya.
Fasal
42
Apa jua kemungkinan atau perbalahan sesame anggota piagam yang dikhuatiri membawa kepada bencana, maka hendaklah dirujuk kepada hukum Allah SWT dan penyelesaiannya akan dilakukan oleh Rasul-Nya, dan Allah Yang Maha Menyaksikan tentang kebaikan piagam dan merestuinya.
Fasal
43
Tidak boleh diberi perlindungan kejiranan kepada Kaum Quraisy kafir, begitu juga kepada orang yang membantu mereka.
Fasal
44
Mestilah ada perjanjian bantu-membantu antara anggota piagam bagi mempertahankan kota Madinah daripada serangan musuh.
Fasal
45
Jika musuh mahukan perdamaian, maka hendaklah menerimanya secara positif dan bertawakal kepada Allah SWT.
Fasal
46
Bagi kaum Yahudi Bani ‘Aus dan sekutu-sekutu mereka hendaklah sama-sama tanggungjawab bersama-sama anggota piagam dan hendaklah membuat kebajikan dengan tidak melakukan kesalahan (dosa, tetapi jika mereka lakukan juga maka mereka sendiri yang menanggung risikonya. Sesungguhnya, Allah Yang Maha Menyaksikan tentang kebaikan isi kandungan piagam dan merestuinya.
Fasal
47
Piagam ini tidak boleh disalahgunakan bagi melindungi orang yang zalim dan bersalah. Dan sesiapa antara anggota piagam yang keluar dari Madinah atau kekal di dalamnya, keselamatan mereka akan tetap terjamin,kecuali mereka melakukan kezaliman atau kesalahan (dosa). Sesungguhnya, Allah SWT melindungi orang yang melakukan kebajikan dana bertakwa, dan sesungguhnya Muhammad ialah Pesuruh Allah.