sweet memories

Sunday 20 July 2014

3.2.2 Perbezaan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. { SEJARAH STPM PENGGAL 3}


Malayan Union
Aspek
PTM 1948
Gabenor British
Ketua  pentadbir
Persuruhjaya Tinggi  British & Majlis Raja-raja
Parlimen British
Kuasa pusat
Majlis Undangan Persekutuan, Majlis Raja-raja & Majlis Mesyuarat Kerja
Pesuruhjaya Negeri & Majlis Mesyuarat Negeri
Kuasa Negeri
Sultan ,Menteri Besar & Majlis Undangan Negeri
Semua kuasa tertumpu di peringkat pusat,kecuali jabatan di negeri-negeri
Pembahagian  kuasa
Senarai Persekutuan & senarai Negeri
Gabenor British & Sultan sebagai timbalannya
Agama Islam & Adat Istiadat
Sultan Melayu
Dikuasai oleh Gabenor dan Pesuruhjaya Negeri
Perlembagaan
Negeri
Sultan & Jemaah menteri
Bahasa Inggeris
Bahasa rasmi pentadbiran
Bahasa Inggeris & bahasa Melayu
Dilonggarkan –Jus Soli
Pemberian kerakyatan
Diketatkan semula

2.3 ( b) Terangkan Perubahan Ekonomi di Tanah Melayu selepas Campur Tangan British sehingga Perang Dunia ke-2 { SEJARAH STPM PENGGAL 3}




Pendahuluan
Sistem ekonomi sara diri merupakan amalan ekonomi utama di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. Perubahan ekonomi pesat berlaku mulai pertengahan abad ke-19 dengan memberi penekanan kepada ekonomi komersial atau ekonomi perdagangan.

Isi – isi

i.             Perlombongan

S  Perusahaan utama ialah perlombongan bijih timah. Perusahaan bijih timah dimonopoli oleh pelombong Cina di antara 1850 hingga 1912. Mereka menggunakan cara melombong yang lebih berkesan seperti melombong dedah dan menggunakan pam. Pelabur Eropah mula berminat dalam perusahaan bijih timah awal abad ke-20. Kawasan utama lombong bijih timah seperti  Larut, Lembah Kinta dan Ampang.
S  Antara faktor-faktor membawa kepada pemkembangan pesat perusahaan bijih timah adalah kemasukan buruh Cina untuk mmengatasi kekurangan pekerja,dasar dan sistem pemerintahan British di NNMB,permintaan tinggi bagi bijih timah di pasaran dunia dan pengenalan kapal korek dalam melombong bijih timah
S  1929 hingga 1932,perusahaan bijih timah meleset. Harga merosot ke paras paling rendah menyebabkan pengangguran dalam kalangan pelombong-pelombong. Kerajaan British mencadangkan satu skim untuk mengawal harga dan pengeluaran bijih timah. 1931, Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ditandatangani buat pertama kali dan kemudian pada 1934 dan 1937. Pada zaman pendudukan Jepun, perusahaan semakin merosot kerana lombong-lombong dan peralatan bijih timah dimusnahkan oleh British,eksport bijih timah ke pasaran dunia terganggu dan permintaan bijih timah merosot
S  Bahan galian lain yang penting ialah emas di Raub,Pahang; arang batu di Batu Arang,Selangor dan bijih besi di Johor ,Terengganu dan Kelantan.


ii.          Pertanian dagangan atau komersial

S  Pembukaan kawasan bagi pertanian gambir dan lada hitam di Johor adalah dibawah Sistem Kangcu.
S  Selain tanaman tradisional,peladang Eropah telah mencuba mengusahakan jenis tanamaneksport baru seperti kopi di Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Johor serta kelapa sawit di Selangor,Johor dan Perak awal abad ke-20
S  Awal abad ke-20,penanaman getah secara besar-besaran diusahakan berikutan kejatuhan harga tanaman dagangan,terutamanya kopi. Antara faktor perkembangan perusahaan getah ialah sumbangan H.N. Ridley, kemerosotan harga kopi ,permintaan tinggi bagi tanaman getah,tenaga buruh India yang murah,galakan kerajaan NNMB dan peranan pusat penyelidikan.
S  Harga getah merosot pada 1920-an. Rancangan Sekatan Stevenson 1922 hingga 1929 diperkenalkan untuk mengawal harga getah dengan menghadkan pengeluaran getah.
S  Kejatuhan harga getah pada 1930-an disebabkan kemelesetan ekonomi dunia dan Rancangan Getah Antarabangsa 1934 hingga 1943 diperkenalkan
S  Pengeluaran getah terhenti semasa Perang Dunia ke-2 kerana loji-loji memproses getah dimusnahkan oleh British.  Hubungan Tanah Melayu dengan  pasaran dunia terputus dan serangan Jepun mengakibatkan banyak ladang getah dimusnahkan.

Penutup 

Ekonomi Tanah Melayu mengalami transformasi dari ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial yakni perlombongan dan pertanian kepada perdagangan atau komersial selepas campur tangan British sehingga Perang Dunia Kedua.

Friday 18 July 2014

2.3 (a) Perubahan Dalam Pentadbiran



     i.         Pengenalan Sistem Residen

*      4 negeri terima residen ( Selangor ,Negeri Sembilan ,  Perak , Pahang)
*      Kuasa raja Melayu semakin terhakis
*      Sultan dapat elaun dan pencen
*      Kuasa sultan terhad  kepada hal agama Islam dan adat istiadat

    ii.        Penubuhan  Majlis Mesyuarat Negeri ( badan pemerintah)

*      Badan pemerintah negeri yang sistematik
*      Penggunaan bahasa Melayu
*      Sultan Melayu ,residen, 12 pembesar Melayu , 1 wakil Cina
*      Residen berkuasa besar ( sultan – agama Islam & adat istiadat)

  iii.        Perubahan Sistem Pentadbiran Negeri

*      Wujud daerah-daerah ( pembesar)
*      Mewujudkan jawatan baru iaitu pemungut cukai dan majistret
*      Jawatan tersebut ditukar kepada pegawai daerah
*      British pecahkan daerah kepada mukim dan kampung. Mukim ( penghulu)  manakala kampung (  ketua kampung)
*      Penghulu -> sebagai penghubung  penduduk kampung kepada pegawai  British

   iv.        Perubahan Sistem Pentadbiran Tanah

*      Buat undang tanah milik persendirian
*      Dapat kutipan cukai daripada tanah milik persendirian
*      Menambahkan sistem kutipan cukai persendirian
*      Mengeksploitasikan kekayaan dari Tanah Melayu


    v.        Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu  ( Persekutuan 1896)

*      4 negeri  disatukan di bawah 1 pentadbiran iaitu NNMB
*      Residen Jeneral (ketua) , 4 residen
*      Bagi memudahkan pentadbiran dan kelemahan sistem dan sikap residen (contoh : JWW Birch)
*      Masalah kewangan negeri Pahang

   vi.        Desentralisasi ( 1909 – 1941)

*      Pengagihan kuasa pusat kepada kerajaan negeri
*      Pemulangan kuasa kerajaan pusat kepada kerajaan negeri ( pentadbiran,kewangan,perundangan)
*      Sultan nak kuasa pemutus  dan  pembatal khususnya dalam undang dan ekonomi
*      Sultan tak nak darjat jatuh
 
 vii.        Perubahan Pentadbiran Sarawak ( Bahagian )

*      Sarawak dibahagikan kepada 5 bahagian
*      Dari bahagian pecah kepada daerah
*      Ketua bagi setiap daerah ialah pegawai daerah
*       Wujud jawatan ketua setiausaha dan Pesuruhjaya Kehakiman
*      Sarawak dapat perlembagaan baru

viii.        Perubahan Pentadbiran Sabah ( Residensi)  

*      Sabah dibahagikan kepada residensi pantai barat dan residensi pantai timur
*      Residensi terbahagi kepada 7 daerah
*      Ketua bagi daerah ialah pegawai daerah
*      Wujudkan Mahkamah Anak Negeri
*      Wujudkan penasihat ketua-ketua  Anak Negeri  dan dikampung diketuai oleh Orang Tua