sweet memories

Thursday, 27 December 2012

       Nilai & Pengajaran

Nilai

Kesabaran


luv 6.gifFatimah,tetap bersabar meskipun dia sering dipukul oleh suaminya,Harun  yang kaki
             kaki kikis dan panas baran.

luv 6.gifHafiz memberitahu Samsul bahawa selama ini dia banyak bersabar dengan dugaan yang
            ditanggungnya. Samsul merasakan Hafiz telah benar-benar berubah.

Baik Hati

luv 6.gifMak Lamah,iaitu isteri Sidang Saman sering mempelawa Bunjei makan  dan minum
            dirumahnya  serta melayan Bunjei dengan baik
.

luv 6.gifAdila bersedia mendermakan darahnya kepada Sahak. Dia menganggap darah yang
            disumbangkan untuk Sahak itu sekadar kebajikan dan dia tidak angkuh dengan  
            sumbangannya itu.
.
luv 6.gif Hafiz meminta Wak Senen menjaga tanahnya itu sementara dia tinggal di rumah
             neneknya. Hafiz menyedari bahawa tanah tempat dia tinggal itu bila-bila masa akan
             dituntut oleh orang lain.




              
Ketabahan

luv 6.gifBunjei tabah menghadapi pelbagai dugaan yang menimpa hidunya selepas kematian ibu,
             bapa dan neneknya sewaktu dia masih kecil.
luv 6.gifBunjei tabah menghadapi kekejaman Alias terhadapnya. Alias sering mempermain-
            mainkannya dan jika Bunjei enggan menurut perintahnya, Alias akan memukul,
            menyepak dan menerajangnya tanpa belas kasihan.
 
luv 6.gifBunjei tabah menghadapi bapa tirinya yang bertindak kasar terhadapnya. Pernah Bunjei
            ditumbuk,disepak dan diterajang oleh bapa tirinya itu sehingga dia pengsan kerana    
             perbuatannya merosakkan borang yang dibawa untuk mendapatkan tandatanganya.         

luv 6.gifWalaupun diperlakukan macam-macam oleh Alias, dia tidak pernah serik. Ramai yang
             menasihatinya supaya menjauhi Alias, tetapi semua itu tidak diendahkannya

luv 6.gifAdila menangis apabila difitnah orang kampung. Dia menerima surat layang yang
            menulis kata-kata fitnah sehingga begitu mengecewakannya.Tulisan itu mengatakan
            bahawa dia menolak pinangan Alias kerana dirinya telah rosak. Bunjei dikatakan sebagai
            perosak kepada Adila dan akibatnya dia akan berkahwin dengan Bunjei nanti.Adila
            menganggap ujian itu amat besar kepadanya. Sebelum ini dia dapat menghadapi dugaan
            apabila putus tunang dengan Faizal.

Simpati atau Prihatin
               

  Adila simpati dan prihatin terhadap nasib Bunjei yang selalu diejek dan     
              dipersendakan oleh orang kampung.   

  Adila memberitahu Same’ah bahawa Bunjei tidak harus dibiarkan sebegitu. Adila
              sering memberitahu Same’ah bahawa Bunjei menjadi mangsa alam dan manusia di
              sekelilingnya.

 Mak Som mengajak Bunjei ke dapur setelah Alias enggan menyerahkan upah kepada
             Bunjei. Mak Som menyediakan sarapan kepada Bunjei sambil menyerahkan seringgit
            kepadanya. Mak Som sempat menasihati Bunjei supaya tidak menurut kehendak Alias.


Berdikari

Bunjei hidup berdikari dengan menolong orang kampung membersihkan cawan susu 
Getah dan mengumpulkan getah sekerap yang terdapat pada cawan tersebut.Upah yang
diperoleh itu digunakan untuk menyara hidupnya.

Hemah Tinggi

Adila bersopan santun ketika bercakap dengan Bunjei,Pak Long,Mak Long dan Mak Usu
 Bakyah.

Pengajaran
Kita mestilah tabah menghadapi dugaan dalam hidup

Bunjei tabah menerima segala hinaan daripada orang kampung yang menganggapnya
 bodoh,dungu dan tidak berakal.

Bunjei tabah menghadapi kekejaman Alias terhadapnya. Alias sering mempermain-
mainkannya dan jika Bunjei enggan menurut perintahnya, Alias akan memukul, menyepak dan menerajangnya tanpa belas kasihan. Walaupun diperlakukan macam-
macam oleh Alias, dia tidak pernah serik. Ramai yang menasihatinya supaya menjauhi
 Alias, tetapi semua itu tidak diendahkannya.

Janganlah kita melakukan kekejaman terhadap kaum wanita.

Harun sanggup melakukan kekejamn terhadap Fatimah,ibu Bunjei apabila semua kemahuannya tidak dituruti.

 Jangan kita memakan harta anak yatim kerana perbuatan itu berdosa

 Harun cuba memujuk Sidang Saman supaya mendapatkan tandatangan Hafiz bagi  membolehkannya berkuasa ke atas tanah pusaka yang menjadi hak Hafiz

Kita tidak harus bersikap tamak akan harta sehingga sanggup merampas
  orang lain.
                                                                                           
Harun bersikap tamak haloba dengan menjual tanah sawah dan tapak rumah milik
  arwah ibu Bunjei kepada Wak Senen.

Kita hendaklah berkorban untuk orang lain supaya masalah mereka dapat diringankan

Adila bersedia mendermakan darahnya kepada Sahak. Dia menganggap darah yang
  disumbangkan untuk Sahak itu sekadar kebajikan dan dia tidak angkuh dengan
  sumbangannya itu.

Kita hendaklah bersikap prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Adila mengambil berat akan masalah Bunjei dan sentiasa memberikan dorongan kepada Bunjei untuk menjadi manusia yang mempunyai harga diri.

Kita hendaklah berjimat-cermat supaya masa hadapan tidak ditimpa
   kesusahan

Setiap kali bertemu dengan Wak Senen, Bunjei diberikan duit. Duit-duit itu tidak
pernah dibelanjakan sebaliknya dia menyimpan duit-duit tersebut di dalam kendi
  tembaga dan menyorok di bawah rumah

Janganlah mudah terpengaruh oleh fitnah dan tipu muslihat seseorang.

Bunjei  cepat percaya akan fitnah yang disebarkan oleh Alias,iaitu Adila
 menghidap penyakit AIDS akibat pergaulan bebas semasa menuntut di England.

Kita hendaklah yakin dengan keputusan yang telah kita buat supaya kita
 tidak menyesal kemudian hari  nanti.

Adila telah membuat keputusannya dan dia tidak akan menarik balik keputusannya
   walau apapun yang diperkatakan oleh Sidang Saman. Akhirnya Sidang Saman
    sekeluarga menerima pilihan Adila.





No comments:

Post a Comment