sweet memories

Thursday, 27 December 2012

Teknik Plot


Teknik Pemerian

Penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau keterangan tentang sesuatu watak secara langsung oleh pengarang.

  § Anak sungai itu tidak begitu lebar.Hanya lebih kurang Sembilan meter jarak antara dua
         belah tebing,tidak dalam dan agak cetek airnya ketika itu.Airnya sentiasa mengalir
         walaupun musim kemarau.Mungkin berpunca  daripada bukit-bukau  berhutan tebal yang
         jauh ke hulu.Airnya tidak sejernih dulu namun masih tetap dingin dan segar.Hampir setiap
         hari dia akan ke tebing itu.Ada beberapa ekor kerbau sedang berendam di sebelah hilir.
        Agas-agas menjadikan dia hurungan kedua selepas kerbau-kerbau tersebut.Dia tahu
        agas-agas itu menganggu.{halaman 2}


     Teknik Dialog

      Pertuturan antara watak  yang terpapar dalam cerita.

    Penggunaan teknik dialog dalam sesebuah cerita menjadikan jalan cerita realistik.


      §        “Apa dia nak Mak Lamah?” 

              “Aku tak tahu.Kamu jumpalah dia nanti.”

              “Alah,malulah saya Mak Lamah.”{halaman 89}

Teknik Imbas Kembali

    Ingatan  sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang  telah dialaminya.

§   Hafiz mengingat semula kejadian bapanya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Karak. Jiwa dan perasaannya terganggu selepas kejadian itu. Ibunya membawa pulang ke kampung untuk memulihkan perasaannya semula.
{halaman 6}

§   Hafiz mengingat semula kata-kata bapa tirinya yang menuduhnya bermain dengan pelita sehingga terbakar bilik dan menyebabkan ibunya mati dalam kebakaran itu.{halaman 12}

§   Hafiz mengingat semula setiap perbuatan Alias kepadanya. Apa-apa yang disuruh Alias tidak pernah dibantahnya. Turun ke dalam sungai dan membasahkan serta mengotorkan seluruh badannya merupakan antara suruhan Alias. Alias akan menghukumnya andai dia membantah seperti disepak, dipukul dan diterajang{halaman 16}

§   Same’ah teringat kali pertama Adila bertemu dengan Hafiz. Ketika dia membawa Adila berjalan-jalan dan sebaik sahaja tiba di persimpangan jalan berhampiran jambatan, tiba-tiba Hafiz muncul dalam keadaan basah kuyup dan berlumpur. Hafiz menggeleng-gelengkan kepalanya menyebabkan Adila hilang pertimbangan sambil memegang erat Same’ah. Adila cemas, pucat dan benar-benar ketakutan.{halaman 39}

TEKNIK IMBAS MUKA
Merupakan teknik atau cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang
          sesuatu peristiwa yang berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.

§   Hafiz menjangka-jangka makanan yang akan mengisi perutnya pada malam nanti. Mungkin pisang berangan, lebihan semalam masih ada di dapur. Apa-apa makanan tidak menjadi halangan kepadanya asalkan perutnya berisi.
§   Hafiz membayangkan penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh Adila  sebagai akibat penyakit AIDS.


TEKNIK KEJUTAN


      Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh
          pembaca.

§     Keberaniaan Bunjei memaksa Alias membayar wang ganti rugi radio baharunya yang
  telah dirosakkan oleh Alias.Pembaca tidak mendunga bahawa Bunjei yang bersifat 
  menurut perintah Alias selama ini akan bertindak sedemikian,malah berani menumbuk
  perut Alias,menghayunkan parang berkarat dan menolaknya sehingga dihempap oleh
  motosikal.

   “Gila kamu,Bunjei,”Walaupun masih berupaya untuk membantah,kata-kata Alias begitu lemah dan tidak bermaya.

    “Kamu mesti ganti radio aku…kamu mesti ganti,”tegas Bunjei.Parang sudah diangkat ke atas,menunggu saat untuk dilibas kepada Alias.

  Menggigi Alias dibuatnya.Tanggapan dan penilaiannya terhadap Bunjei terhapus serta-
  merta.Dalam berani-beraninya dahulu,sekarang dia tewas dengan kegilaan Bunjei.

           “Kamu mesti ganti!”{halaman 201}  

§   Perubahan tingkah laku Alias,iaitu daripada seorang yang angkuh kepada seorang yang lemah.Alias juga mengalami kekacauan fikiran sehingga menyebabkan dia tidak siuman.Pembaca tidak menyangka bahawa Alias akan berubah sedemikian rupa gara-gara cinta bertepuk sebelah tangan.
                             
           Bunjei yang sudah sedia mengerti menjadi bertambah  yakin bahawa Alias bukan
          lagi pemuda yang ditakutinya.Alias kini ialah seorang manusia yang sudah kehilangan
           harga diri.Fikirannya sudah di rasuk oleh kebimbangan yang sering menghantuinya.

            Terlepas daripada menggunakan khidmat dukun untuk mendapatkan Adila,Alias sendiri
            harus dipulihkan oleh dukun yang sama.Makan minum dan tidur baringnya sudah 
            terganggu.Siang dan malam sudah tidak dapat dibezakannya.{halaman 318}

§   Keputusan yang diambil oleh Adila untuk memilih Bunjei sebagai bakal suaminya.Pembaca tidak menyangka bahawa Adila yang berpelajaran tingggi akan jatuh hati kepada Buneji,pemuda kampung yang dipandang rendah oleh masyarakat.

          “Sabar dulu…”ulas Sidang Saman dengan senyuman seorang yang
          berwibawa.”Ya…Ila sudah memilih keinginannya.Kita harus menghormatinya.Kita
         harus menerima.Tetapi…pak long mesti ingatkan Ila,Hafiz belum bersedia untuk
         menjadi suami kamu.”{halaman 323}


TEKNIK MONOLOG

     Pengucapan sesuatu watak,sama ada ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada
        orang lain.

§   Bunjei bercakap seorang diri ketika bersiap-siap untuk keluar mencari kerja,iaitu menunggu orang kampung mempelawanya menolong mereka di kebun getah di persimpangan jalan berhampiran jambatan.

                   “Nak pergi kerja ni,mestilah bergaya,”katanya sendirian dan terus menyisir
                    rambutnya semula.{halaman 24}

TEKNIK SASPENS

     Istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa yang menimbulkan keadaan tertanya-
    tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan
     berlaku selanjutnya.

§   Ketika kebakaran yang berlaku di rumah ibu Bunjei yang berpunca daripada api pelita yang disepak oleh bapa tirinya.

   Dilihat bapa tirinya bergegas keluar sambil menjerit meminta tolong.Namun yang dapat
   dipastikannya,keadaan ibu telah dibiarkan ke peringkat paling sukar barulah kedengaran suara bapa
   tirinya meminta tolong.Kemudian seperti mendapat tenaga,dia bingkas bangun untuk melakukan
    sesuatu.Akalnya sudah dikerumi oleh satu perkara.Dia cuba melawan api,cuba menerjahkan dirinya ke
    dalam bilik yang sudah menjadi sabak itu.Hatinya mensedak untuk menghampiri ibunya yang masih
    kelihatan antara kemaraan api dan ketebalan asap,namun haba tidak  membenarkan.Dia menjerit-jerit
   tidak ketentuan.{halaman 10}

    Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada Fatimah,bagaimanakah  keadaanya,adakah dia akan selamat dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment