sweet memories

Thursday, 27 December 2012














Reaksi kawan-kawan apabila ditanya, siapa yang salah sebenanya bila sepasang couple "clash"? Jawapan mereka..

Adam : Of course la perempuan tu yang salah.. (cool je jawab~)

Hawa : Lelaki la yang salah!!!! (biasa la, emo sikit. Huhu~)




Pendapat saya, bukan salah seorang daripada mereka tapi kedua-duanya sekali salah dalam hal ni. ALLAH Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman :

"Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (An-Nur : 30)

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya...." (An-Nur : 31)

#seandainya sahaja mereka tahu tentang perintah ALLAH ni, kemungkinan mereka untuk 'couple' agak tipis mungkin. So, takde la yang "sakit jiwa" + "meghoyan" bila clash. Muhasabah bersama :)




✎✏✐✑4  SIFAT PENDORONG DOSA✎✏✐✑

 
✿❀❁ Sifat  Rubiah

sifat rubiah / sifat ketuhanan hnya harus dimiliki oleh Allah swt sahaja .Contohnya,**takabbur,bermegah,cinta pujian & sanjungan,cinta kekelan & minta diletakkan lebih tinggi drpd yg lain..Sifat ini hanyalah untuk Allah swt ,jika manusia menanam dlm dirinya sifat ini,ia boleh bercambah menjadi dosa2 besar yg lain...

♔♕♖ contohnya,Firaun yg sgt takabbur & bermegah sehingga menganggap dirinya Tuhan.Sifat itu telah melalaikan & membinasakan..
❄❃❂✾ Sifat Syaitaniah 


Sifat kesyaitanan boleh menimbulkan **sifat2 hasad,aniaya,tipu helah,menipu,mendorong membuat kerosakan & kemungkaran..Juga termasuk dlm kategori ini ialah sifat2 nifak & mengajak org melakukan perkara bid`ah & sesat..


✪✫✬✭ Sifat Bahimiah   

Sifat kebinatangan yg menimbulkan sifat2 tamak haloba serta mengikut nafsu perut & syahwat..Daripadanya timbul keinginan 
**suka berzina,mengamalkan seks luar tabii,mencuri,mkn harta ank yatim & menghabiskan wang untuk memuaskan hawa nafsu..

➳➴➵➶➷➸➹Sifat Subu`iah➳➴➵➶➷➸➹

Sifat kebuasan ini membangkitkan sifat **suka marah,panas baran,iri hati,suka bergaduh,memaki,membunuh @ memusnahkan harta benda & sebagainya..Daripada sifat2 ini juga dtg dosa2 lain..

Inilah induk segala dosa & sumber pelbagai maksiat...Daripadanya dtg dosa2 & maksiat yg khusus mempengaruhi hati seperti ** kufur,bida`ah,nifak & berniat jahat terhadap org lain..Ada juga yg **mempengaruhi mata,telinga,lidah,perut,kemaluan,tangan,kaki & seluruh anggota badan..

❦❧ via majalah Iman ~ bil no.9~❦❧


Ulasan Pelajar 

Berdasarkan  novel
“Sutera Dalam  Lukisan”  karya  Abd.Talib Hassan,saya berpendapat pengarang telah berjaya  menyampaikan mesej yang positif kepada para pembaca novel ini agar sentiasa bersifat tabah dalam menghadapi apa jua  ujian dalam menjalani kehidupan seharian.Hal ini amat terserlah melalui perwatakan Bujei yang tabah mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran hidup. Kehidupan Bujei yang sentiasa dicaci,dihina ,diejek dan dipersendakan oleh masyarakat namun beliau masih tetap bersabar menghadapi liku-liku hidup yang penuh dengan rintangan dan dugaan tanpa sokongan orang tersayang seperti ibu,bapa dan neneknya yang telah meninggal dunia.Kita hendaklah sentiasa mensyukuri apa yang dianugerahkan Allah kepada kita serta sentiasa mengamalkan sikap saling bantu membantu antara satu sama lain bagi melahirkan masayarat yang harmonis.

      Pada pandangan saya,berdasarkan novel ini kita perlulah  mengamalkan  sikap prihatin terhadap  insan yang kurang bernasib baik .Situasi ini jelas diperlihatkan oleh Adila yang memiliki ijazah dalam bidang ilmu psikologi.Semasa bertemu dengan Bujei dan mengetahui sejarah hidup Bujei, Adila berazam untuk membantu mengubah sikap Bujei yang dianggap bodoh dan dungu oleh masyarakt kampungnya.Usaha Adila yang  gigih  dan bersunguh-sungguh untuk membantu memulihkan Bujei  akhirnya berjaya menjadikan Bujei  sebagai insan yang normal  dan  mampu mengurus dirinya sendiri.

     Di samping itu juga, ni,kita hendaklah  sentiasa mengamalkan sikap belas kasihan terhadap insan yang kurang bernasib baik. Sikap sentiasa bersedia memberikan pertolongan dan bantuan yang diperlukan akan dapat melahirkan masyarakat yang penyayang.

      Malahan,novel ini juga mendedahkan kita dengan persekitaran dan rutin harian kehidupan di desa dan juga kekejaman seoran bapa tiri yang tidak mempunyai sifat keperimanusiaan terhadap kaum wanita  dan juga kanak-kanak.Seterusnya,kita perlu saling membantu antara satu sama lain dalam pelbagai aspek.
       Nilai & Pengajaran

Nilai

Kesabaran


luv 6.gifFatimah,tetap bersabar meskipun dia sering dipukul oleh suaminya,Harun  yang kaki
             kaki kikis dan panas baran.

luv 6.gifHafiz memberitahu Samsul bahawa selama ini dia banyak bersabar dengan dugaan yang
            ditanggungnya. Samsul merasakan Hafiz telah benar-benar berubah.

Baik Hati

luv 6.gifMak Lamah,iaitu isteri Sidang Saman sering mempelawa Bunjei makan  dan minum
            dirumahnya  serta melayan Bunjei dengan baik
.

luv 6.gifAdila bersedia mendermakan darahnya kepada Sahak. Dia menganggap darah yang
            disumbangkan untuk Sahak itu sekadar kebajikan dan dia tidak angkuh dengan  
            sumbangannya itu.
.
luv 6.gif Hafiz meminta Wak Senen menjaga tanahnya itu sementara dia tinggal di rumah
             neneknya. Hafiz menyedari bahawa tanah tempat dia tinggal itu bila-bila masa akan
             dituntut oleh orang lain.




              
Ketabahan

luv 6.gifBunjei tabah menghadapi pelbagai dugaan yang menimpa hidunya selepas kematian ibu,
             bapa dan neneknya sewaktu dia masih kecil.
luv 6.gifBunjei tabah menghadapi kekejaman Alias terhadapnya. Alias sering mempermain-
            mainkannya dan jika Bunjei enggan menurut perintahnya, Alias akan memukul,
            menyepak dan menerajangnya tanpa belas kasihan.
 
luv 6.gifBunjei tabah menghadapi bapa tirinya yang bertindak kasar terhadapnya. Pernah Bunjei
            ditumbuk,disepak dan diterajang oleh bapa tirinya itu sehingga dia pengsan kerana    
             perbuatannya merosakkan borang yang dibawa untuk mendapatkan tandatanganya.         

luv 6.gifWalaupun diperlakukan macam-macam oleh Alias, dia tidak pernah serik. Ramai yang
             menasihatinya supaya menjauhi Alias, tetapi semua itu tidak diendahkannya

luv 6.gifAdila menangis apabila difitnah orang kampung. Dia menerima surat layang yang
            menulis kata-kata fitnah sehingga begitu mengecewakannya.Tulisan itu mengatakan
            bahawa dia menolak pinangan Alias kerana dirinya telah rosak. Bunjei dikatakan sebagai
            perosak kepada Adila dan akibatnya dia akan berkahwin dengan Bunjei nanti.Adila
            menganggap ujian itu amat besar kepadanya. Sebelum ini dia dapat menghadapi dugaan
            apabila putus tunang dengan Faizal.

Simpati atau Prihatin
               

  Adila simpati dan prihatin terhadap nasib Bunjei yang selalu diejek dan     
              dipersendakan oleh orang kampung.   

  Adila memberitahu Same’ah bahawa Bunjei tidak harus dibiarkan sebegitu. Adila
              sering memberitahu Same’ah bahawa Bunjei menjadi mangsa alam dan manusia di
              sekelilingnya.

 Mak Som mengajak Bunjei ke dapur setelah Alias enggan menyerahkan upah kepada
             Bunjei. Mak Som menyediakan sarapan kepada Bunjei sambil menyerahkan seringgit
            kepadanya. Mak Som sempat menasihati Bunjei supaya tidak menurut kehendak Alias.


Berdikari

Bunjei hidup berdikari dengan menolong orang kampung membersihkan cawan susu 
Getah dan mengumpulkan getah sekerap yang terdapat pada cawan tersebut.Upah yang
diperoleh itu digunakan untuk menyara hidupnya.

Hemah Tinggi

Adila bersopan santun ketika bercakap dengan Bunjei,Pak Long,Mak Long dan Mak Usu
 Bakyah.

Pengajaran
Kita mestilah tabah menghadapi dugaan dalam hidup

Bunjei tabah menerima segala hinaan daripada orang kampung yang menganggapnya
 bodoh,dungu dan tidak berakal.

Bunjei tabah menghadapi kekejaman Alias terhadapnya. Alias sering mempermain-
mainkannya dan jika Bunjei enggan menurut perintahnya, Alias akan memukul, menyepak dan menerajangnya tanpa belas kasihan. Walaupun diperlakukan macam-
macam oleh Alias, dia tidak pernah serik. Ramai yang menasihatinya supaya menjauhi
 Alias, tetapi semua itu tidak diendahkannya.

Janganlah kita melakukan kekejaman terhadap kaum wanita.

Harun sanggup melakukan kekejamn terhadap Fatimah,ibu Bunjei apabila semua kemahuannya tidak dituruti.

 Jangan kita memakan harta anak yatim kerana perbuatan itu berdosa

 Harun cuba memujuk Sidang Saman supaya mendapatkan tandatangan Hafiz bagi  membolehkannya berkuasa ke atas tanah pusaka yang menjadi hak Hafiz

Kita tidak harus bersikap tamak akan harta sehingga sanggup merampas
  orang lain.
                                                                                           
Harun bersikap tamak haloba dengan menjual tanah sawah dan tapak rumah milik
  arwah ibu Bunjei kepada Wak Senen.

Kita hendaklah berkorban untuk orang lain supaya masalah mereka dapat diringankan

Adila bersedia mendermakan darahnya kepada Sahak. Dia menganggap darah yang
  disumbangkan untuk Sahak itu sekadar kebajikan dan dia tidak angkuh dengan
  sumbangannya itu.

Kita hendaklah bersikap prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Adila mengambil berat akan masalah Bunjei dan sentiasa memberikan dorongan kepada Bunjei untuk menjadi manusia yang mempunyai harga diri.

Kita hendaklah berjimat-cermat supaya masa hadapan tidak ditimpa
   kesusahan

Setiap kali bertemu dengan Wak Senen, Bunjei diberikan duit. Duit-duit itu tidak
pernah dibelanjakan sebaliknya dia menyimpan duit-duit tersebut di dalam kendi
  tembaga dan menyorok di bawah rumah

Janganlah mudah terpengaruh oleh fitnah dan tipu muslihat seseorang.

Bunjei  cepat percaya akan fitnah yang disebarkan oleh Alias,iaitu Adila
 menghidap penyakit AIDS akibat pergaulan bebas semasa menuntut di England.

Kita hendaklah yakin dengan keputusan yang telah kita buat supaya kita
 tidak menyesal kemudian hari  nanti.

Adila telah membuat keputusannya dan dia tidak akan menarik balik keputusannya
   walau apapun yang diperkatakan oleh Sidang Saman. Akhirnya Sidang Saman
    sekeluarga menerima pilihan Adila.






Gaya Bahasa

Diksi

Pemilihan kata yang mudah difahami dan sesuai dengan tema dan persoalan


 Bahasa Inggeris
Good morning.Good Morning,”balas Bunjei kemudian ketawa gembira.{halaman 28}

No,i`m serious!”{halaman 54}

”Dia tu bodoh.Stupidmoron.”{halaman 106}

Please  Faizal.The answer is no.”{halaman 132}

 Bahasa Arab
Dia sendawa {sengaja} lalu mengucapkan Alhamdulillah.{halaman 69}

”Seseorang yang hafaz al-Quran disebut al-Hafiz…,”ujar Adila memuji.{halaman 94}

Bahasa Indonesia

mikirkan
dong



Peribahasa

Air muka Harun makin berubah,hampir merah padam.{halaman 69}
Lembut dan menarik  suaranya merendah diri.{halaman 72}
Kalau Alias ada hati,dia pun ada hati juga.{halaman 102~103}
Alias meminta diri lalu pergi dengan dada yang lapang dan hati yang senang.
        {halaman 111}
ditelan mati emak,diluah mati bapak.{halaman 218}

Simile
Membandingkan sesuatu dengan seseuatu yang lain.

Sekali imbas kelambu itu seperti khemah tentera yang berceloreng.{halaman 20}

Alias seperti seorang raja yang menguasai dirinya. {halaman 45}
Jantungnya seperti nangka masak yang gugur. {halaman 81}
Bujei memandang Samsul bagaikan mengharapkan pengertian dansimpati. (hal. 90)

Direnungnya Faizal seperti merenung mangsa yang akan masuk kerahangnya. (hal. 129)

Bagai alur air tersekat,berjaya dibetulkan dan mengalirkan air jernih.
       {halaman 137}

Bujei seperti dipenjara dalam alam yang tidak pernah diingininya.{halaman 214}



Personafikasi

Pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti objek dan sebagainya.

Makin petang merangkak,makin galak agas-agas menghurunginya.{halaman 2}
 Rumah makin dibaham api.{halaman 12}

Angin lembut bersih menjamah tubunya dan ledakan bunyi air membuai
         perasaannya.{halaman 113}


 Metafora

 Perbandingan  secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti umpama,
          bak,bagai,ibarat dan sebagainya.

Gerobok tua dan almari lama,peti televisyen dan radio{yang tidak berfungsi lagi}   
         terletak bersesuaian mengikut apa-apa yang pernah dilihatnya di dalam rumah-rumah
         orang kampung.{halaman 18}
       
       







 Hiperbola

 Sejenis bahasa  kiasan yang menyatakan  sesuatu  secara berlebih-lebihan daripada  maksud yang
          sebenarnya.

”Demi cinta,ke lautan api kuturuti!”ujar Same`ah sambil menggayakan lagaknya.{halaman
           134}

Gambaran secara berlebih-lebihan ini digunakan  oleh Same`ah untuk menunjukkan betapa
         mendalamnya cinta Faizal terhadap Adila.

 Sinkope

 Penyingkatan kata

”Aku tak percaya.Tengoklah,macam kita ni,tak mainlah nak menoreh getah {halaman 46}

Dahlah,usahlah kita risaukan Bubjei tu lagi,”bantah Same`ah.

         “Dah macam itu.Apa nak kita hiraukan.”{halaman 53}







 Repetisi

 Kata atau ungkapan atau baris yang diulang dalam novel.

   Tiga unsure repetisi,iaitu anafora,epifora dan responsi.

Kebanyakkan orang mengatakan dia bodoh,dungu,tidak berakal lalu seperti tertunai
         hasrat mereka begitu;dia merasakan dirinya bodoh,dungu dan tidak berakal.{halaman 5}

Bunjei ketawa .Ketawa yang menyinggung perasaan Sidang Saman.Ketawa yang
         kebodoh-bodohan itu sebenarnya terasa membodohi dirinya pula.{halaman 15}
Aku bunuh dia nanti..Aku bunuh dia!”kata Bunjei keras dan marah.”Aku bunuh
          dia!”{halaman 38}

Inversi

 Pembalikan kata atau frasa yang disengajakan oleh pengarang.

Sekali lagi Mak Lamah merengus.{sepatutnya :- Mak Lamah merengus sekali lagi}