Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
غريب أو عابر سبيل وكان ابن عمر يقول اذا أمسيت فلا تنتطر الصباح واذا أصحبت فلا تنتظر المساء وخذ من صحتك لمرضك ومن حياتك لموتك – رواه البخاري
(Hadis Riwayat Bukhari)
Maksudnya: Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah 'Anhuma, katanya: Rasulullah S.A.W.memegang bahuku seraya bersabda: Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau. Ibn Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi,jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.
Di dunia inilah kita perlu mengumpul bekalan.Nak tahu tak dua amalan yang perlu untuk bekalan ke akhirat?Dua amalan tersebut ialah melaksanakan ibadat wajib dan melazimi ibadat sunat.Dalam hadis diatas,Rasulullah S.A.W ada berpesan supaya membuat persediaan untuk hari akhirat.Bukan tu sahaja pesanan Rasulullah S.A.W,Rasulullah S.A.W juga berpesan supaya kita menggunakan peluang untuk beramal ketika sihat.Pada masa kini,kita selalu dengar anak-anak muda pasti akan berkata 'mereka masih muda,bila sudah tua nanti barulah beribadat',tetapi adakah mereka akan pasti bahawa mereka akan melalui usia tua mereka?Jika mereka melalui usia tua pun,adakah mereka pasti bahawa mereka sihat ketika itu?Bagaimana jika ketika mereka masih muda,mereka telah pergi menghadap ILAHI?Apakah yang bekalan yang dibawa untuk menghadap ILAHI?
Cukupkah bekalan itu?Oleh itu,janganlah kita membazir masa dan melengah-lengahkan kerja
No comments:
Post a Comment