Kisah Benar Yang Menyayat Hati Untuk Pengajaran Bersama
Berita : Sep 18 Wed 11:31
Ini suatu kisah benar~ (kejadian di tempat saya- Johor. Tempat & nama2 terlibat tak perlulah ditulis di sini..)
Penangan mencabar Allah !
Sepasang pasangan kekasih, dinasihat oleh keluarga & kawan-kawan agar jangan suka membuat maksiat. Semua nasihat hanya dibalas dgn kata-kata perli oleh mereka berdua.
Nak jadi cerita semalam. Terluncur kata-kata dari mereka berdua, "Kalau Tuhan berani , meh kita jumpa.. Tengok sapa lg kuat ! " Sambil ketawa. Kedua-duanya gelak..
Kira-kira jam 11.30 mlm (tanggal 16 sept 2013), mereka berdua berkenderaankan motosikal memecut laju di lebuhraya tepi kampung kami. Tiba-tiba berdentum bunyi kemalangan. Kedua-dua pasangan itu terperusuk ke bawah lori 16 tayar.
Menurut saksi, mereka cuba memotong tapi ada kereta bergerak perlahan didepan, lalu terbabas ke lori semula, tak dpt dielak lagi.
Apa yang terjaid kepada mereka?
Keduanya digelek hancur oleh lori yang sarat dengan muatannya itu..
Menurut saksi , tidak ada satu bahagian dari badan kedua-dua mangsa yang tidak hancur. Yang dapat dicam hanya 4 batang tulang (kaki) yang dagingnya telah tiada langsung, bagai dikikis habis..
Bomba yg mengutip mayat-mayat itu hanya dapat mengutip sisa-sisa itu dgn penyodok sahaja. Oleh kerana mayat-mayat, mati berasingan, maka dapatlah diasingkan juga antara keduanya..
Di hospital, kedua mayat dimandikan dalam tapis, bagai membasuh daging cincang ( daging tetel ?), tiada jalan lain.
Mayat itu kemudian dikafan bagai mengulung 'kueh popia' dan dikerandakan. Kepada keluarga masing-masing dipesan supaya jangan dibuka lagi keranda itu..
Maka siang tadi (17 sept 2013), telah ditanam hamba-hamba Allah yang sombong itu.. Hamba-hamba yang begitu berani mencabar Allah !
Apakah nasib mereka malam ini wahai kawan-kawan ku !?
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment