sweet memories

Saturday, 31 August 2013

KAMPUNG SE'MARAH' PADI


Slot Panggung  di TV1 ini meninggalkan bukan sedikit impaknya kerana selain menonjolkan plot cerita yang lari daripada kebiasaan, ia turut menampilkan gandingan pelakon Beto Kusyairi, Pekin, Shera Aiyob, Sheila Mambo dan Sabri Yunus juga penampilan khas Melissa Saila dan Amran Tompel.

Mungkin ada yang beranggapan jalan ceritanya ada kaitan dengan filem Semerah Padi lakonan Tan Sri P Ramlee, namun hakikatnya berbeza kerana pusingan cerita berlatarkan kisah yang berlaku di sebuah kampung bernama Kampung Se’marah’ Padi sekitar tahun 50-an yang menyaksikan seluruh penduduknya hidup dalam keadaan amat marah akibat terkena sumpahan seorang gadis bernama Musalmah. 

Musalmah dijatuhkan hukuman mati akibat termakan buah cempedak milik penghulu Siak. Sebelum mati Musalmah bersumpah bahawa penghulu Siak serta seluruh penduduk kampung akan menjadi marah selama tujuh keturunan.


Sejak itu hiduplah penduduk Kampung Se’marah’ Padi dalam kemarahan dari segi tutur kata dan perilaku mereka. Itulah cara hidup penduduk Kampung Semarah Padi. Selepas terkena sumpahan, penduduk kampung Se’marah’ Padi masih lagi hidup, tetapi dalam keadaan marah. 

Pada suatu hari, penduduk kampung menyelamatkan Kasim yang terdampar di tepi sungai. Kasim yang berasal dari kampung lain kemudiannya dibawa ke rumah penghulu Siak.

Sejak itu Kasim dirawat oleh Penghulu Siak, isterinya Tanjung dan anaknya Meriam. Selepas sembuh Kasim menjadi hairan dengan penduduk kampung Se’marah’ Padi, walaupun hati dan perbuatan mereka baik, tetapi percakapan mereka sentiasa kasar dan dalam keadaan marah.

Oleh kerana terhutang budi kerana diselamatkan, Kasim berniat untuk berbakti kepada penduduk kampung Semarah Padi dan mengajar mereka untuk bertutur secara normal dan mengawal kemarahan mereka. Kasim membuka kelas mengawal kemarahan (anger management) untuk penduduk kampung.
Yang best drama ni sebab ada banyak lagu-lagu lama. Lagu ‘Seribut’ (Dato’ M. Daud Kilau) menjadi lagu Kelas Tahan Marah di mana sambil bernyanyi pelajar (orang kampung) akan tarik nafas dan senyummm...! Hilang marah. 

No comments:

Post a Comment