sweet memories

Friday 8 November 2013

Bahagian C - Pengajian Am Penggal 1

format jawapan :  3 + 2 / 2 + 3

Pendahuluan

Kebelakangan ini banyak pendedahan yang bersifat negatif yang dilakukan oleh golongan remaja.Antaranya merempit,berpelesiran,menganggur dan seumpamanya.

Faktor  Dalaman

1. Kurang pengetahuan agama / moral
-remaja kurang mendalami amalan agama yang menjadi petunjuk kepada perbuatan baik
-tidak mengetahui kesalahan sesuatu tindakan
-tidak mahu mengamalkan
-menganggap petunjuk agama sebagai menyusahkan atau menyulitkan

2. Kemiskinan
-remaja yang miskin perlukan wang untuk menyara kehidupan sendiri
keinginan untuk memiliki sesuatu keperluan secara mudah tanpa keupayaan telah menyebabkan mereka melakukan jenayah seperti meragut

3. Masalah  Keluarga
-golongan remaja yang terlibat dengan pelbagai masalah di luar rumah mungkin berpunca daripada masalah dalaman keluarga
-pergolakan dalam rumah tangga akan menganggu ketenteraman jiwa anak-anak remaja
-remaja perempuan mungkin  akan melarikan diri atau mencari ketenangan bersama rakan
-tindakan melarikan diri tanpa arah tujuan bakal mengundang banyak masalah

Impak Negatif 

1. Peningkatan Indeks Jenayah
-indeks jenayah akan meningkat
-menambahkan bebanan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini
-rakyat dan negara terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah
-meningkatkan masalah sosial  dalam masyarakat

2. Menjejaskan Imej Negara
-golongan remaja yang banyak terlibat dengan masalah sosial akan memberikan gambaran yang negatif kepada kumpulan mereka serta kepada pihak kerajaan
-gambaran negati ini boleh menjadi buah mulut masyarakat antarabangsa
-pelabur dan pelancong asing berkemungkinan mengambil langkah menjauhkan   diri dari negara kita

3. Menjejaskan Keselamatan dan Kedaulatan Negara.
-remaja yang bermasalah apabila terlibat dengan tingkah laku negatif,tidak mempunyai jati diri
-mereka tidak mempunyai keupayaan untuk membantu orang lain,bahkan membantu negara kerana mereka hanya mengutamakan nafsu sendiri sahaja
-oleh itu,mereka tidak berkemampuan untuk mempertahankan kedaulatan serta undang-undang negara kerana mereka sering melakukan

KESIMPULAN
Golongan remaja perlulah menyedari bahawa mereka merupakan penyambung generasi pada masa hadapan.Oleh itu,mereka perlu bertindak secara posiif agar mampu memberikan sumbangan yang berguna.

No comments:

Post a Comment