Novel ini memaparkan kisah seorang pemuda yang mengalami
konflik jiwa akibat kematian ibunya yang telah dibunuh oleh bapa tirinya.
Kenangan pahit itu telah menjadikan Bujei atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz,
akhirnya telah menjadi sasau akibat sering menjadi cemuhan, dipandang hina,
dipermain dan diperbudakkan oleh masyarakat kampung malah bapa tirinya, Harun
juga sering menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas hak
milik Bujei yang ditinggalkan oleh arwah ibunya. Hidupnya keseorangan dan
menanti permata hati untuk menerangi semua sinar hidupnya. Kehadiran Adila
telah mengubah segala-galanya dan Bujei mulai merasai erti sebuah kehidupan.
Namun banyak ranjau duri yang terpaksa
diharunginya untuk meneruskan hubungan persabahatan bersama Adila. Alias yang
turut menyimpan perasaan terhadap Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei
dan Adila. Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha untuk memiliki Adila.
Bujei diperdaya hingga akhirnya dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias
malah Adila turut difitnah menghidap penyakit AIDS kerana pernah menuntut di
luar negara. Dendam yang kian membara menyebabkan Alias meminta khidmat
neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih yang akan mendorong Adila tunduk
kepada kehendaknya. Alias yang dirasuk kerinduan akhirnya telah menjadi sasau
dan sanggup merayu kepada Bujei untuk mengharapkan simpati serta pengertian
daripada Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya.
Akhirnya, Alias sendiri terpaksa
mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama dalam usaha untuk memulihkannya.
Orang kampung pula kini telah melihat perubahan diri Bujei yang menjadi
manusia normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih tempat Bujei.
Sebelum pulang ke kota, Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman
dan isterinya tentang keputusannya untuk menerima Hafiz sebagai pasangan
hidupnya. Adila akhirnya terpaksa kembali ke kota kerana ditawarkan pekerjaan
sebagai seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta.
|
Wednesday, 7 November 2012
sinopsis umum sutera dalam lukisan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment