sweet memories

Wednesday 7 November 2012

biodata penulis


Abdul Talib Mohd Hassan merupakan salah seorang penulis novel di Malaysia. Beliau merupakan anak sulong dari tujuh beradik. Bapanya, Mohd Hassan bin Ali merupakan salah seorang pegawai Jabatan Laut. Abdul Talib Mohd Hassan (lahir 1947) mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Laki-laki Teluk Intan (1945-1957). Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya di sekolah Rendah Anglo-Chinese, Teluk Intan (1958-1960), sebelum meneruskan pengajiannya di sekolah Menengah Horley Methodist, Teluk Intan (1960-1965). Selepas itu beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Harian, Teluk Intan, dan pada masa yang sama belajar secara sambilan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada 1969. Setelah tamat kursus, beliau kemudiannya mengajar di Sekolah Kebangsaan Spang Loi, Johor.

Di  antara kejayaan beliau ialah :-
  • Pemenang pertama Sayembara Novel GAPENA 1976 dengan novel Saga.
  • Hadiah kedua Sayembara Novel Hari Guru 1977 dengan novel Pelarian.
  • Pemenang kedua Sayembara Novel GAPENA & Yayasan Sabah 1979 dengan novel Warisan.
  • Hadiah ketiga dalam Peraduan Menulis Skrip Drama televisen Anjang Aki
Antara hasil karya beliau ialah:-
  • Wajah – wajah di Pelangi{1989}
  • Jelaga, Cinta Semalam, Primadona.{1990}
  • Pelarian,Bebayang Ungu,Mimah,Mega-mega,Sinar di Sebalik Kabus, Destini Kasih,Ika,Airiani{1991}
  • Di Rahang Sumpah{1992}
  • Sutera Dalam Lukisan, Saga Dua.{1993}
  • Jerebu.{1994}
  • Khailee{1997}
  • Saga Tiga, Komplikasi Destini Kasih,Komplikasi  Sekuntum Bunga Sena.{2001)
  • Diari Hati{2005}

No comments:

Post a Comment