sinopsis bab 7
- Bunjei tidak pernah
menghampiri tapak rumah dan sawah pusaka arwah ibunya sejak tragedi hitam
yang menimpa ibunya.
- Duit yang diberikan oleh Wak
Senen disimpannya di dalam kendi tembaga dan tidak pernah dibelanjakan.
- Bunjei sengaja mengelakkan
diri daripada bersua muka dengan
bapa tirinya kerana takut dituduh lagi sebagai penyebab kematian
ibunya.
- Samsul memberitahu Bunjei
bahawa Adila ingin berjumpa dengannya di rumah Sidang Saman.
- Bunjei berasa malu apabila
memikirkan keadaan dirinya.
- Adila menyatakan tujuannya
yang sebenar kepada Bunjei,iaitu dia ingin bertanya tentang diri Bunjei
dan berhasrat untuk mengubah keadaan diri Bunjei.
- Bunjei merasakan Adila telah
mengangkat darjat dirinya apabila Adila memanggilnya dengan namanya yang
sebenar,iaitu Hafiz.
- Kisah ibu bapa dan neneknay
yang telah meninggal dunia diceritakan satu per satu kepada Adila.
- Bunjei menafikan bahawa dia yang menyebabkan kebakaran di
rumahnya.
- Bunjei bimbang Adila akan tertarik kepada Alias dan takut
Adila mempercayai segala keburukan dirinya yang diceritakan oleh Alias.
- Bunjei menenangkan fikirannya di tebing
sungai sambil mengenagkan nasihat dan dorongan Adila.
No comments:
Post a Comment