tema
Tema
novel “Sutera Dalam Lukisan” ialah ketabahan hidup seorang pemuda yang
mengalami ketindaktentuan atau kecelaruan fikiran sebagai akibat kisah silamnya
yang akhirnya kembali pulih menjadi insan yang berdikari.
persoalan
Konflik
jiwa seorang pemuda dalam mengharungi kehidupan setelah kematian kedua ibu bapa
dan neneknya.Pandangan negatif orang kampung akibat fitnah yang ditabur oleh
bapa tirinya telah membentuk keperibadiannya menjadi manusia abnormal.Kehadiran
Adila telah membawa sianar baru dalam hidup pemuda tersebut dan kembali menjadi
manusia normal seperti sediakala.
Bunjei
pada asalnya merupakan murid yang pintar dan bercita-cita tinggi.Namun
begitu,tragedi demi tragedi yang menimpa keluarganya meninggalkan kesan yang
amat mendalam kepada Bunjei sehingga dia
berubah menjadi pemuda yang bodoh,dungu dan tidak berakal.Di balik kekurangan itu,Bunjei masih mempunyai
nilai-nilai kemanusiaan sebagai insan biasa.
Sikap tidak berhati
perut terhadap kaum wanita.
Ø Harun Mengambil
kesempatan untuk mengikis harta
Fatimah,iaitu pampas an yang diterima daripada Angkatan Tentera,sumbangan
pihak-pihak lain dan tanah pusaka bekas suaminya.
Ø Harun tergamak
menerajang Fatimah sehingga pengsan semata-mata kerana Fatimah enggan
memberinya wang dan seutas rantai.
Perasaan simpati atau
belas kasihan sesama insan
Ø Mak Som mengajak Bunjei bersarapan selepas dia
mencuci motosikal Alias dan memberinya wang sebanyak RM1.
Ø Pak Sulong
sering memberikan minuman dan kuih secara percuma kepada Bunjei ketika dia
melintasi kedainya.
Keinginan untuk
menolong orang yang kurang bernasib baik.
Ø Adila berazam
untuk membantu memulihkan Bunjei yang dianggap tidak berakal kerana beranggapan
Bunjei mampu menjadi manusia yang normal semula.
Ø Adila turut
mendermakan darahnya kepada Sahak yang terlibat dalam kemalangan sewaktu
berlumba motosikal dengan Alias,memandangkan mereka mempunyai jenis darah yang
sama,iaiu jenis AB.
Sikap tidak
mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain.
Ø Sesekali Wak
Senen akan memberi wang kepada Bunjei meskipun wang tersebut tidak pernah
digunakan oleh Bunjei untuk menyara hidupnya.
Ø Wak Senen ingin
mengembalikan semula tanah sawah dan tapak rumah arwah ibu Bunjei yang
dibeli daripada Harun kepada Bunjei.
Cinta tidak mengenal
darjat.
Ø Secara
diam-diam,Bunjei menyimpan perasaan cinta terhadap Adila yang telah banyak
membantunya mengenali dirinya sendiri.Dalam pada itu,Bunjei merasakan dirinya
terlalu kerdil jika dibandingkan dengan Alias dan Faizal.
Ø Simpati Adila
kepada Bunjei bertukar menjadi perasaan sayang,kerana terpikat oleh keikhlasan
dan kejujuran Bunjei.Akhirnya,Adila meluahkan hasratnya untuk memilih Bunjei
sebagai bakal suaminya kepada Sidang Saman dan Mak Lamah.
Berani
mempertahankan hak atau harta daripada dirampas oleh orang lain.
Ø Bujei
telah menunjukkan sikapnya yang tegas dan tidak boleh dipermainkan oleh Alias
apabila meminta ganti rugi sebanyak RM80 sebagai ganti radionya yang telah rosak akibat perbuatan
Alias.
Jodoh pertemuan
di tangan Tuhan
Ø Walaupun
Adila pada asalnya begitu takut dengan Bujei, tetapi akhirnya telah memilih
Bujei menjadi pasangan hidupnya.
Ø Walaupun
telah bertunang dan berjanji sehidup semati dengan Faizal, tetapi akhirnya
Faizal berkahwin dengan orang lain dan bukan dengan tunangnya,Adila.
Tanggungjawab
membantu sesama manusia tanpa mengira sifat individu
Ø Adila
yang begitu optimis untuk membentuk semula keperibadian abnormal yang dihidapi
oleh Hafiz.
Ketegasan
dalam pendirian
Ø Wak
Senen yang tegas dalam pendiriannya untuk mengembalikan hak Bujei yang telah
dianiaya oleh bapa tirinya.