sweet memories

Monday 14 July 2014

3.2.2 Galurkan senario politik di Malaysia antara tahun 1955 hingga tahun 1963 . { SEJARAH STPM PENGGAL 3}




Pendahuluan
Pada lewat 1930-an,telah wujud kesedaran  politik orang Melayu melalui persatuan-persatuan Melayu negeri. Namun, British tidak member pengiktirafan dan bergerak secara sederhana. Pendudukan Jepun telah member peluang untuk membangkitkan kesedaran politik orang Melayu dan nasionalisme Melayu diperkembangkan dari 1946 hingga 1948.
Isi~  isi
1)  Dasar pendudukan Jepun terhadap Pertubuhan-pertubuhan
§      Tahap awal ~ diharamkan / dilarang sebarang pertubuhan kerana takut akan mengancam Jepun
§      Hanya PKM bergerak secara sembunyi /sulit. Sebelum Jepun mengundur diri, ia menggalakkan pemimpin-pemimpin Melayu radikal menyertai pertubuhan-pertubuhan seperti PETA  ( Pembela Tanah Air) dan KRIS ( Kekuatan Rakyat Istimewa )

2)  Suasana permusuhan kaum Melayu Cina semasa pendudukan Jepun
§      Jepun melayan baik penduduk Melayu kerana  meraka menganggap Tanah Melayu adalah hak orang Melayu dan kaum-kaum lain dianggap sebagai pendatang terutamanya orang Cina. Kaum Melayu dilantik dalam pentadbiran sebagai askar dan polis ( Kempeitai).
§      Sebaliknya, Jepun melayan orang Cina dengan buruk kerana mereka masih setia terhadap perkembangan politik di China. Mereka ditindas dan dibunuh,terutamanya oleh polis khas ( Kempeitai),
§      Akibatnya,ramai orang Cina lari dan menyertai PKM dan MPAJA. Wujud  permusuhan kaum Melayu- Cina dan ini menyedarkan kaum Melayu memerlukan suatu semangat nasionalisme dan pertubuhan untuk melindungi orang-orang Melayu.
3)   Suasana permusuhan kaum Melayu Cina selepas pendudukan Jepun

§      Selepas Jepun mengundurkan  diri dari Tanah Melayu , masih wujud permusuhan  kaum Melayu – Cina
§      Pihak PKM dan MPAJA keluar dari tempat  persembunyian dan dianggap sebagai pembela Tanah Melayu
§      Mereka bertindak membunuh  orang – orang Melayu. PKM telah  diiktirafkan  oleh  British sebagai parti yang sah dan PKM (yang kebanyakannya dianggotai orang Cina) terus popular.
§      Keadaan ini membimbangkan dan menyedarkan orang Melayu tentang perlunya perpaduan dan sesuatu pertubuhan untuk melindungi  orang-orang Melayu
§      Namun, sebelum mereka mengambil langkah, PKM bertindak lebih awal mempengaruhi orang-orang Melayu menyertai PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya)

4)   Isu  Malayan  Union
§      Peristiwa bersejarah bagi nasionalisme Melayu. Selepas British merangka Perlembagaan  Malayan Union (MU)untuk diperkenalkan di Tanah Melayu awal 1946, ia mendapat tentangan hebat daripada penduduk Melayu.
§      Kali ini, kesedaran politik / nasionalisme Melayu berubah menjadi tindakan/ langkah  bersama orang Melayu
§      Antara tindakan/langkah ialha mengadakan tunjuk perasaan,mogok,kritik MU  menerusi akbar dan akhirnya perjumpaan kebangsaan besar-besaran.
§      Perjumpaan besar-besaran ini atas usaha Dato` Onn bin Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor
§      Perjumpaan diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 disertai oleh 107 wakil,56 pemerhati dan 41 pertubuhan. Melalui inilah lahirnya UMNO atau United National Organisation,1 Mei 1946

5)  Perpecahan politik/nasionalisme Melayu 1946 19 48  
§   Terbahagi kepada 2,iaitu puak kanan ( UMNO) dan puak kiri (PKMM – Parti Kebangsaan Melayu Malaya, AWAS – Angkatan Wanita Sedar dan API – Angkatan Pemuda  Insaf)
§      Tahap awal – puak kiri mendapat sambutan orang Melayu kerana lebih radikal dan dipengaruhi PKM. Namun, pengiktirafan British untuk mendapatkan pandangan UMNO bagi membentuk perlembagaan 1948 menyebabkan UMNO berkembang.

6)  Pembentukan   Persekutuan Tanah Melayu 1948
§      Selepas UMNO Berjaya memimpin orang Melayu untuk memansuhkan Malayan Union,British ingin memperkenalkan perlembagaan baru bagi menggantikannya.
§      Ia membentuk satu Jawatankuasa Kerja merangka perlembagaan baru
§      PKM, parti – parti  Melayu haluan kiri dan UMNO bersaing untuk menyertai Jawatankuasa Kerja itu.
§      Namun,akhirnya British memilih UMNO untuk mendapatkan pandangan  dan menyertai Jawatankuasa Kerja merangka Perlembagaan Tanah Melayu 1948.
§      Ekoran daripada itu,PKM dan parti – parti  lain kecewa dan mula mengambil langkah – langkah radikal
§      PKM melalui kesatuan – kesatuan sekerja tealah mengambil langkah mogok dan tunjuk perasaan dan akhirnya  revolusi bersenjata
§      British mengisyhtiharkan Darurat dan PKM dan parti – parti radikal diharamkan. Oleh itu, tinggallah UMNO sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan orang – orang Melayu.
Kesimpulan
Pendudukan Jepun bertanggungjawab membangkitkan kesedaran nasionalisme Melayu dan seterusnya berubah menjadi “ tindakan bersama “ orang  - orang  Melayu selepas pengunduran Jepun.

No comments:

Post a Comment