sweet memories

Saturday 12 July 2014

3.2.1 Selepas 1945 ,pendudukan Jepun telah Berjaya melahirkan kesedaran politik yang meluas lebih tersusun & bersatu dalam kalangan pelbagai bahasa.Huraikan.{SEJARAH STPM PENGGAL 3}




Pendahuluan
 
  Pendudukan Jepun bermula dgn rasminya pada Februari 1942  & tamat pada 
   Ogos 1945 tetapi  zaman  singkat ini telah meninggalkan kesan yang
   penting,khususnya kepada kesedaran  politik pelbagai  bangsa  di Malaysia 
   disebabkan Jepun  melaksanakan pelbagai dasar ekonomi , politik dan sosial.
Isi-isi
  Politik

1.     Kedudukan pentadbir Melayu ditingkatkan walaupun tidak semestinya  dihormati Jepun. Namun begitu, rakyat juga kecewa dengan kegagalan pentadbir ini memberi pelindungan  daripada angkara Jepun tetapi tidak sampai pula  menimbulkan rusuhan anti-elit selepas 1945.
2.    Pendedahan orang-orang  Melayu  kepada organisasi ketenteraan  / separa tentera  seperti jikeidan (self defence  corp) ,heiho (auxiliary corp),giyu gun (volunteer army) dan giyu tai (volunteer corp). Walaupun keahliaan semua ini terbuka kepada semua bangsa tetapi sebilangan besar ahli-ahlinya  terdiri daripada  orang Melayu. Kepentingan organisasi ini ialah semangat Jepun,pengorbanan,kesetiaan dan yang lebih utama  lagi ialah anti-Barat melahirkan satu kumpulan pemuda yang vokal. Selepas 1945, ramai di antaranya menjadi anggota API ataupun melibatkan diri dalam perjuangan kemerdekaan,Indonesia tetapi ramai juga yang memasuki UMNO,PAS dan angkatann tentera Tanah Melayu.
3.    Kemunculan  MPAJA dan para pemimpin muda menggantikan para pemimpin  lama yang terkorban,melibatkan diri atau bersubahat dengan Jepun. MPAJA  popular  dalam kalangan orang-orang Cina  yang lebih berpaksikan pembebasan Tanah Melayu dan bukan lagi Negara China.
4.    Pemimpin Cina yang berada di luar Tanah Melayu (seperti India) terus setia kepada British. Perjuangan politik mereka juga dibuat mengikut rancangan politik Britain untuk Tanah Melayu.
5.    Kesedaran politik berpaksikan perjuangan kemerdekaan India melalui IIL dan kemudiannya INA bawah pimpinan Subhas Chandran Bose.
6.    Kepimpinan INA terdiri daripada kepimpinan CIAM ( Central India Assosiation of Malaya) ditubuhkan sebelum perang dan kelompok ini juga menerajui MIC pada 1946 sementara anggotanya terdiri daripada ribuan orang-orang India walaupun orang India kelompok terbesar yang menjadi korban keganasan Jepun di Jalan Kerta Api Maut.
7.  Pemimpin tempatan terpaksa bekerjasama dengan Jepun  dan mengubah sikap  mereka terhadap Britain akibat kegagalan kerajaan Brooke dan Britain memberi perlindungan politik. ( Peningkatan kerjasama pemimpin dengan Jepun )
8.    Pemimpin-pemimpin etnik seperti Melayu,Iban dan Kadazan  lebih terbuka menyuarakan isu-isu politik .
  Sosial

1.     Wanita-wanita Melayu juga didedahkan kepada pelbagai perkara baru termasuk pendidikan yang lebih “ bersemangat “ serta pengorbanan untuk Negara menerusi akhbar seperti Fajar Asia dengan bahagian wanita dikelolakan oleh Zainun Sulaiman atau Ibu Zain .
2.    Kaum wanita India juga diberi kesedaran untuk memerdekakan India melalui regimen wanita INA diketuai seorang doktor wanita berasal dari Singapura. ( Peningkatan nasionalisme wanita India )

Ekonomi 

1.     Orang-orang Melayu tidak senang  dengan pelbagai dasar ekonomi Jepun seperti  Grow More Food yang menggunakan Tanah Simpanan Melayu yang selama ini dipertahankan oleh British.
2.    Orang-orang Cina yang bekerjasama masih berpeluang menyuarakan sungutan kepada Jepun seperti menerusi epposho ( kelab buku ),kumpulan yang sama juga terlibat dengan perdagangan beras dengan Siam di mana mereka menjadi kaya raya selepas 1945.

Kesimpulan

Selepas 1945,munculnya parti-parti politik yang lebih tersusun seperti PKMM,UMNO,MIC,MCA dan kumpula sekerja yang lebih vokal. Di Sarawak, muncul penentangan  dan sokongan  terbuka terhadap penyerahan Sarawak kepada Britain pada 1946. Lebih penting lagi,selepas 1945,perjuangan politik dalam kalangan orang Cina dan India lebih tertumpu kepadaTanah Melayu.

No comments:

Post a Comment