sweet memories

Sunday 20 July 2014

2.3 ( b) Terangkan Perubahan Ekonomi di Tanah Melayu selepas Campur Tangan British sehingga Perang Dunia ke-2 { SEJARAH STPM PENGGAL 3}




Pendahuluan
Sistem ekonomi sara diri merupakan amalan ekonomi utama di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. Perubahan ekonomi pesat berlaku mulai pertengahan abad ke-19 dengan memberi penekanan kepada ekonomi komersial atau ekonomi perdagangan.

Isi – isi

i.             Perlombongan

S  Perusahaan utama ialah perlombongan bijih timah. Perusahaan bijih timah dimonopoli oleh pelombong Cina di antara 1850 hingga 1912. Mereka menggunakan cara melombong yang lebih berkesan seperti melombong dedah dan menggunakan pam. Pelabur Eropah mula berminat dalam perusahaan bijih timah awal abad ke-20. Kawasan utama lombong bijih timah seperti  Larut, Lembah Kinta dan Ampang.
S  Antara faktor-faktor membawa kepada pemkembangan pesat perusahaan bijih timah adalah kemasukan buruh Cina untuk mmengatasi kekurangan pekerja,dasar dan sistem pemerintahan British di NNMB,permintaan tinggi bagi bijih timah di pasaran dunia dan pengenalan kapal korek dalam melombong bijih timah
S  1929 hingga 1932,perusahaan bijih timah meleset. Harga merosot ke paras paling rendah menyebabkan pengangguran dalam kalangan pelombong-pelombong. Kerajaan British mencadangkan satu skim untuk mengawal harga dan pengeluaran bijih timah. 1931, Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ditandatangani buat pertama kali dan kemudian pada 1934 dan 1937. Pada zaman pendudukan Jepun, perusahaan semakin merosot kerana lombong-lombong dan peralatan bijih timah dimusnahkan oleh British,eksport bijih timah ke pasaran dunia terganggu dan permintaan bijih timah merosot
S  Bahan galian lain yang penting ialah emas di Raub,Pahang; arang batu di Batu Arang,Selangor dan bijih besi di Johor ,Terengganu dan Kelantan.


ii.          Pertanian dagangan atau komersial

S  Pembukaan kawasan bagi pertanian gambir dan lada hitam di Johor adalah dibawah Sistem Kangcu.
S  Selain tanaman tradisional,peladang Eropah telah mencuba mengusahakan jenis tanamaneksport baru seperti kopi di Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Johor serta kelapa sawit di Selangor,Johor dan Perak awal abad ke-20
S  Awal abad ke-20,penanaman getah secara besar-besaran diusahakan berikutan kejatuhan harga tanaman dagangan,terutamanya kopi. Antara faktor perkembangan perusahaan getah ialah sumbangan H.N. Ridley, kemerosotan harga kopi ,permintaan tinggi bagi tanaman getah,tenaga buruh India yang murah,galakan kerajaan NNMB dan peranan pusat penyelidikan.
S  Harga getah merosot pada 1920-an. Rancangan Sekatan Stevenson 1922 hingga 1929 diperkenalkan untuk mengawal harga getah dengan menghadkan pengeluaran getah.
S  Kejatuhan harga getah pada 1930-an disebabkan kemelesetan ekonomi dunia dan Rancangan Getah Antarabangsa 1934 hingga 1943 diperkenalkan
S  Pengeluaran getah terhenti semasa Perang Dunia ke-2 kerana loji-loji memproses getah dimusnahkan oleh British.  Hubungan Tanah Melayu dengan  pasaran dunia terputus dan serangan Jepun mengakibatkan banyak ladang getah dimusnahkan.

Penutup 

Ekonomi Tanah Melayu mengalami transformasi dari ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial yakni perlombongan dan pertanian kepada perdagangan atau komersial selepas campur tangan British sehingga Perang Dunia Kedua.

No comments:

Post a Comment