sweet memories

Tuesday 21 January 2014

Sejarah STPM Penggal 1 -Faktor-faktor Revolusi China 1911

Pendahuluan 

-Revolusi China tercetus pada tahun 1911 bertujuan  untuk menggulingkan kerajaan Manchu .

-Perkembangan ini menyebabkan muncul  gerakan revolusioner di bawah pimpinan Dr. Sun Yat Sen untuk menggulingkan kerajaan Manchu

-Antara faktornya ialah kelemahan kerajaan Manchu,ketiadaan pemimpin  yang cekap,sentimen anti-Manchu,peranan Dr Sun Yat Sen dan kemajuan sistem perhubungan .

Isi-isi Penting

1. Kelemahan Kerajaan Manchu

* kerajaan Manchu mengalami kemerosotan sejak abad ke-19 M
*kemerosotan kerajaan Manchu amat ketara dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan
*pegawai-pegawai  kerajaan Manchu tidak menjalankan pentadbiran dengan cekap
*kelemahan dalam bidang ketenteraan ketara apabila  kerajaan Manchu  mengalami kekalahan dalam
 peperangan dengan kuasa-kuasa barat
*perkembangan ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan  Manchu dan berazam untuk
  menggulingkan dinasti tersebut

2. Ketiadaan  Pemimpin Yang Cekap

* Revolusi China berlaku kerana tiada pemimpin -pemimpin yang cekap dan berwibawa
*selepas Maharani Dowager dan Maharaja Kuang-hsu meninggal dunia tidak terdapat pemimpin-pemimpin
  yang cekap di China





No comments:

Post a Comment