Pengertian Jihad
1)
Dari segi bahasa,jihad berasal daripada perkataan
“ jahada “ yang bermaksud
menggunakan segala usaha dengan
bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu.
2)
Dari segi syarak pula,jihad boleh didefinisikan
dengan pengertian yang lebih
luas,iaitu berjuang dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu maklumat yang disasarkan dalam menengakkan agama Allah
SWT di atas muka bumi ini.
3)
Definisi yang lebih sempit bagi perkataan jihad
ialah mencurahkan segala tenaga dan keupayaan dalam memerangi orang
kafir dan menahan serangan mereka dengan jiwa , harta dan lisan
Tujuan Jihad
1)
Dalam Islam,tujuan jihad adalah untuk membangunkan masyarakat
berdasarkan syariah Islam, memelihara dan memastikan maslahat masyarakat Islam
dan manusia keseluruhannya agar terbela
atas prinsip keadilan yang
telus.
2)
Jihad juga berperanan untuk memastikan ketinggian agama Allah SWT supaya agama ini dapat disampaikan secara terbuka kepada manusia tanpa dihalang oleh sesiapa
3)
Oleh sebab itu,para fuqaha` Islam telah bersepakat
menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk mempertahankan setiap
tanah yang dikuasai dan dijajah
oleh golongan yang tidak beriman
4)
Pengembelingan usaha sama ada dalam bentuk tenaga,wang
ringgit,fikiran ataupun kepakaran,malahan jiwa dan raga sekalipun
adalah perlu untuk memastikan ketiga-tiga tujuan tersebut tercapai.
5)
Mereka juga mengatakan bahawa jihad ialah
tuntutan fardu ain bagi
setiap Muslim yang tinggal di tanah
air yang dijajah oleh golongan kafir.
6)
Jihad ialah prinsip Islam yang agung kerana jihad
merupakan cara memelihara kebesaran,kemuliaan dan kedaulatan
Islam
Jenis-jenis Jihad
a) Jihad Nyawa dan Tenaga
i.
Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yang paling utama,iaitu melalui
pengorbanan jiwa dan raga.
ii.
Lazimnya,jihad sebegini ialah jihad di medan
perang dan mereka yang terkorban
diistilahkan sebagai syahid.
iii.
Contohnya, Saidina Hamzah telah gugur atau syahid
di medan Perang Uhud.
b) Jihad Harta
i.
Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dalam
jihad fi
sabillah
ii.
Bagi golongan kaya,mereka boleh menyumbang
harta bagi menyokong usaha jihad golongan yang berperang di medan
perang.
iii.
Contohnya,Saidina Abu Bakar al-siddiq menyerahkan
semua hartanya demi menegakkan syiar Islam
c) Jihad Akal Fikiran
i.
Idea yang bernas dan positif serta memberi manfaat kepada masyarakat dan Negara tergolong
dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT
ii.
Contohnya,Salman al-Farisi yang telah
menyumbangkan idea bagi pembinaan parit dalam Perang Khandak
d) Jihad Melawan Nafsu
i.
Berjihad melawan nafsu ialah jihad yang paling
tinggi darjatnya di sisi Islam
ii.
Melaluinya,seluruh tenaga disalurkan supaya
menuruti jalan { manhaj} yang digariskan
oleh Allah SWT
iii.
Perjuangan melawan nafsu dalam diri setiap individu Muslim adalah fardu ain
iv.
Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari
ilmu tergolong dalam jihad melawan
nafsu,iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal kepada ajaran Islam,menyebarkan
dakwah Islamiah serta sabar di atas segala ujian dan cabaran yang diterima
e)
Jihad Menentang Syaitan
i.
Syaitan ialah musuh yang
sebenar-benarnya.Buktinya,banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan permusuhan
di antara syaitan dengan manusia.Misalnya,dendamIblis kepada Nabi Adam a.s
ii.
Jihad menentang
syaitan juga tergolong sebagai jihad dalam kategori fardu ain kerana
setiap manusia Islam mestilah sentiada
berjihad menentang hawa nafsu dan syaitan.Ini kerana kedua-duanya menjadi
musuh di dalam diri mereka sendiri
f) Jihad Menentang Golongan Munafik
i.
Jihad dalam kategori ini bermaksud menentang
golongan yang berselindung di sebalik nama Islam
ii.
Terdapat banyak ayat dalm al-Quran yang
membicarakan berkenaan golongan munafik ini.
g)
Jihad Menentang
Kemungkaran dan Mempertahankan Kebenaran
i.
Umat Islam
digalakkan menentang kemungkaran dan kezaliman dalam sesebuah pemerintahan
ii.
Oleh sebab
itu,segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah ditentang sama ada
melalui perbuatan,perkataan ataupun dengan hati
h)
Jihad Menuntut Ilmu
i) Selain berjihad di medan perang,manusia juga
disyariatkan berjuang dalam bidang keilmuan.Ini penting bagi memastikan umat
Islam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan.
ii) Umat
Islam digalakkan mempelajari ilmu yang bermanfaat sama ada fardu
ain seperti feqah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains,perubatan
dan kejuruteraan
ain seperti feqah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains,perubatan
dan kejuruteraan
iii)
Tujuannya supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain,bahkan
fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada orang Islam yang
mempelajarinya
fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada orang Islam yang
mempelajarinya
No comments:
Post a Comment