sweet memories

Wednesday 22 January 2014

PBS PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 2 2014

Assalamualaikum.

Moga semua masih sihat ye. :)

Oke, sini ade satu contoh PBS untuk student pra-U semester 2 2014. Saya dapat contoh ni dalam group STPM Student (please do join us for more information about STPM.) Ade sorang member yang bagi contoh pbs ni, so saya just nak share mana yang tidak punya FB untuk menjoin mereka mereka ini. Saya haaaaaaarap sangat, kamu semua lebih faham dengan contoh yang bakal diberi ini. Pada siapa yang masih kurang pencerahannya, dijemput untuk komen dan tanya. InshaaAllah, bakal ditolong kalian. :)

Owner nota ni :) Ratieqah Najeehah

Pada siapa yang tak jumpa group tu or nak saya invite. sila tinggalkan nama fb anda okee :)

Ini cumalah sekadar cadangan akak tu. Maka, hargailah ia dan berterima kasih lah kita untuk sumber sumber yang banyak membantu. :) 


TEMA 1 : EKOLOGI : KAJIAN HUBUNGAN ORGANISMA HIDUP (manusia, haiwan, tumbuhan ) DENGAN PERSEKITARAN ( PUNCA, FAKTOR, KESAN )

1. KUARI; KESAN DAN FAKTOR
2. PERLOMBONGAN
3. PENCEMARAN AIR, UDARA, BUNYI
4.  FENOMENA ANGIN MONSUN  – KESAN; HAKISAN PANTAI DAN KEMUSNAHAN HUTAN PAYA BAKAU  
5. ISU PENTERNAKAN AYAM, ITIK, DAN LAIN-LAIN
6. ISU PENGURUSAN SISA DOMESTIK
7. ISU PENGURUSAN SISA PEPEJAL
8. ISU PENGGUNAAN RANCUN SERANGGA DALAM SEKTOR PERTANIAN
7. ISU PAYA BAKAU
8. ISU PENAMBAKAN LAUT
9. ISU PERTANIAN; PENGAMBILAN TANAH PERTANIAN UNTUK PERTEMPATAN
10. ISU KITAR SEMULA
11. ISU PENGGUNAAN SEMULA 3R
12. ISU PENYAKIT BERBAHAYA, TAUN DAN DENGGI
13. HARI BEBAS PLASTIK KESANNYA KEPADA PERSEKITARAN
14. ISU JEREBU
15. ISU BANJIR
16. ISU PEMBINAAN EMPANGAN
17. ISU PENAMBAKKAN LAUT
18. ISU HAKISAN PANTAI
19. PENEROKAAN TANAH ( FAKTOR DAN KESAN)
20. BAHAN MESRA ALAM
21. ISU KESIHATAN KAITKAN DENGAN PERSEKITARAN
22. ISU PEMBINAAN LANDSKAP

TEMA: INTEGRASI DAN PERPADUAN, GOLONGAN MUDA DENGAN TUA, RAKAN SEBAYA, ANTARA KAUM MELALUI SUKAN DAN PERMAINAN

1. ISU RAKYAT
2. ISU SUKANEKA
3. SUKAN DALAMAN,
4. SUKAN LUARAN
5. SUKAN HARI GURU
6. PERTANDINGAN SUKAN SEKOLAH

Kaitkan integrasi dengan perpaduan

PANDUAN PBS PENGAJIAN AM
Contoh tajuk kajian :
TEMA 1 : EKOLOGI PERSEKITARAN
1)      Punca-punca persekitaran alam sekitar di . . .
2)      Persepsi orang awam terhadap masalah pencemaran di …….. dan kesan-kesannya terhadap masyarkat setempat

TEMA 2 (INTEGRASI & PERPADUAN: SUKAN DAN PERMAINAN)
1)      Penglibatan pelajar SMK… dalam sukan ….. ( punca dan kesan)
2)      Pengaruh sukan ….sbg medium perpaduan kaum bg pelajar SMK ….

Frasa objektif (penting)
       i. Mengenalpasti ...
      ii. Mengkaji ...
Objektif mesti secara khusus dan boleh dicapai / boleh diukur



1)      SINOPSIS
Kajian ini mengenalpasti punca-punca pencemaran alam sekitar yang berlaku di sekitar……(nama t.kajian).merupakan Bandar yang semakin pesat membangun. Terdapat pelbagai punca pencemaran yang wujud di …(nama tempat kajian). Antara puncanya ialah pembuangan sampah, pembuangansisatoksikdanbunyibisingkilang.
2)      PENGHARGAAN (sila bt sendiri )

3)      PENGENALAN : dlm pengenalan nyatakan definisi ,objektif , pernyataan masalah dan batasan kajian ( yg ni penting utk dpt markah)

Contoh :
Isu pencemaran alam sekitar kerap didedahkan di dada akhbar,.Ianya telah menjadi isu sejagat.Pelbagai punca pencemaran alam sekitar telah dikenalpasti ……
·         Definisi pencemaran alam sekitar
Menurut Kamus Dewan (DBP,2002,halaman 186) pencemaran ditakrifkan sebagai,……….. .
Menurut Suraya 2012 pencemaran diklasifikasikan kepada kategori ………
Sebagai kesimpulannya, pencemaran alam sekitar ………..
Banyak punca dikenalpasti menyumbang kepada pencemaran……(SyarifahRoha: 2011:22)

4)      OBJEKTIF KAJIAN
Contoh :
1.
      Mengenalpasti punca-punca pencemaran alam sekitar di ……
2.  Mengenalpasti kesan-kesan ……

5)      LOKASI KAJIAN
Lokasi kajian tertumpu di (nama tmpat kajian). (Tempat kajian) terletak di Negeri …... Keluasannya sekitar 40 km persegi. Bandar ini bersempadan dengan …….

(Nota :Boleh dipanjangkan lagi dengan merujuk sejarah Bandar dan demografi Bandar) : Boleh sertakan peta.

6)      KAEDAH KAJIAN

RekaBentukKajian
Berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik dan Kajian Perpustakaan.Data yang di perolehi untuk mencari punca-punca pencemaran alam sekitar.Kajian menggunakan kuantitatif yang menggunakan statistik peratusan untuk menganalisa dapatan di atas.Kaedah persampelan digunakan dengan mengambil responden seramai ….orang yang terdiri daripada penduduk pelbagai latar belakang yang tinggal di ……

Prosedur Kajian
Mendapatkan izin daripada pelbagai pihak untuk menjalankan kajian.  Soalan soal selidik dibuat dan disemak oleh guru bagi memastikan soal selidik ini releven dengan kajian.

Sampel Kajian
Terdiri daripada … orang penduduk di sekitar Bandar …...  Dipilih secara rawak yang terdiri daripada berbagai etnik dan jantina.Responden mewakili berbagai populasi, umur,danlatarbelakangkeluarga. (cartapaidangraf)

Instrumen Kajian
Menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 20 soalan untuk mendapatkan data jenis-jenis pencemaran, punca-punca pencemaran alam sekitar di Bandar….

Kaedah Analisa Kajian.
Kaedah pentafsiran dapatan dibuat secara diskriptif iaitu menggunakan peratusan sebagai perbandingan.

7)      DAPATAN KAJIAN (PERBINCANGAN) berdasarkan kaedah yg kita buat td

Nota : Lain-lain punca boleh dihuraikan mengikut jadual
Nota :Boleh disertakan bentuk Media Graf/carta untuk mempersembahkan dapatan kajian

Punca-punca pencemaran alam sekitar di sekitar ……: (Kajian merujuk kepada kajian Perpustakaan)
1.      Punca pembuangan sampah (huraikan)
2.      Punca sisa toksik pencemaran air (huraikan)
3.      Punca bunyi bising (huraikan)

Nota :Senaraikan dan huraikan punca-punca pencemaran alam sekitar yang releven dengan kajian
  
8)      RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Pencemaran alam sekitar sememangnya wujud sehingga hari ini. Kepelbagaian punca pencemaran lazimnya berlaku  yang meninggalkan impak yang mendalam kepada komuniti penduduk Bandar ….
Dlm rumusan perlu sertakan MASALAH KAJIAN DAN CADANGAN
Contoh :Masalah pertama kumpulan pengkaji ialah untuk mendapatkan kemudahan computer . masalah kedua kumpulan pengkaji ……….

KESIMPULAN …………..

         RUJUKAN
Perlu nyatakan rujukan memperoleh kajian .sekurang-kurangnya 5 rujukan sudah memadai .


No comments:

Post a Comment