(a)
Bahagian pertama mengandungi 23 fasal menyentuh tentang
hubungan umat Islam dgn kaum Yahudi & tanggungjawab sesama sendiri .Bahagian ini
ditulis pd tahun pertama &
ke-2 Hijrah,iaitu sebelum Perang
Badar.Isi kandungannya adalah seperti
yg berikut :
Fasal
1
|
Piagam ini adalah daripada Nabi Muhammad s.a.w antara
orang Islam dengan penduduk Madinah yang lain ,iaitu kaum Yahudi &
penyokong-penyokong
mereka.
|
Fasal
2
|
Bahawa mereka { penduduk Madinah sama ada orang Islam atau
bukan Islam } ialah satu ummah
|
Fasal
3
|
Golongan Muhajirin bertanggungjawab membayar & menerima
wang tebusan serta menebus daripada mereka yang ditawan secara makruf & adil terhadap orang yang beriman.
|
Fasal
4
|
Bani Auf kekal dengan keadaan lama mereka &
sama-sama bertanggungjawab membayar
& menerima wang tebusan seperti dahulu & menebus daripada mereka yang ditawan dengan cara
makruf & adil sesama yang beriman
|
Fasal
5
|
Banu Harith Ibn Khazraj tetaplah dengan keadaan lama
mereka sama-sama bertanggungjawab menerima
& membayar
wang tebusan seperti dahulu & menebus daripada mereka
yang ditawan dengan cara makruf &
adil sesama
yang beriman
|
Fasal
6
|
Banu Sa`idah tetaplah dengan keadaan lama mereka sama-sama bertanggungjawab menerima
& membayar
wang tebusan seperti dahulu serta menebus daripada mereka yang
ditawan dengan cara makruf
& adil
sesama beriman
|
Fasal
7
|
Banu Jusham tetaplah dengan keadaan lama mereka sama-sama bertanggungjawab
menerima & membayar
wang tebusan seperti dahulu serta menebus daripada mereka yang ditawan
dengan cara makruf & adil sesama
yang beriman
|
Fasal
8
|
Banu al-Najjar tetaplah dengan keadaan lama mereka sama-sama
bertanggungjawab menerima
& membayar
wang tebusan seperti dahulu serta menebus daripada mereka yang ditawan
dengan cara makruf & adil sesama
yang beriman
|
Fasal
9
|
Banu `Amr bin `Auf tetaplah
dengan keadaan lama mereka sama-sama
bertanggungjawab menerima & membayar
wang tebusan seperti dahulu serta menebus daripada mereka yang ditawan
dengan cara makruf & adil sesama
yang beriman
|
Fasal
10
|
Banu al-Nabit tetaplah dengan keadaan lama mereka sama-sama bertanggungjawab
menerima & membayar
wang tebusan seperti dahulu serta menebus daripada mereka yang ditawan
dengan cara makruf & adil sesama
yang beriman
|
Fasal
11
|
Banu al-`Aus tetaplah dengan keadaan lama mereka sama-sama bertanggungjawab
menerima & membayar
wang tebusan seperti dahulu serta menebus daripada mereka yang ditawan
dengan cara makruf & adil sesama
yang beriman
|
Fasal
12
|
Dan orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan orang
susah dalam kalangan mereka,mereka
mesti bertanggungjawab membayar wang
tebusan seperti dahulu serta menebus daripada mereka yang ditawan dengan cara
makruf &
adil sesama yang beriman
|
Fasal
13
|
Bahawa orang yang beriman lagi bertaqwa,mesti mencegah
kezaliman,pelanggaran kesusilaan,penganiayaan,permusuhan tau melakukan
kerosakan ke atas orang yang sama-sama
beriman dan mereka hendaklah bersatu mencegah perkara-perkara
tersebut walaupun melakukannya adalah
antara kaum mereka sendiri
|
Fasal
14
|
Tidak boleh berbunuhan sesama orang mukmin disebabkan oleh
seorag kafir & tidak boleh membantu
seorang
kafir yang menganiaya seorang mukmin
|
Fasal
15
|
Dan sesungguhnya jaminan Allah SWT itu sahaja ,iaitu
melindungi orang yang lemah dan bagi
orang mukmin saling menjamin sesama
mereka daripada gangguan orang
lain
|
Fasal
16
|
Bagi orang Yahudi yang menyokong orang mukmin mestilah diberikan pertolongan & bimbingan
secara adil serta tidak ada niat buruk terhadap mereka
|
Fasal
17
|
Seseorang Mukmin
tidak boleh membuat sebarang
perjanjian di jalan Allah SWT tanpa disertai mukmin yang lain & perjanjian
itu mestilah berasaskan persamaan
serta keadilan dalam kalangan mereka
|
Fasal
18
|
Serangan terhadap seorang mukmin hendaklah dianggap sebagai
serangan terhadap semua mukmin
|
Fasal
19
|
Setiap mukmin hendaklah menuntut bela di ats setiap darah
yang tumpah di jalan Allah SWT
|
Fasal
20
|
Bahawa orang musyrik
{ di Madinah } tidak boleh
melindungi orang Quraisy
{ di Mekah} sama ada harta atau
nyawa dan tidak boleh menghalang hak orang mukmin
|
Fasal
21
|
Sesiapa yang membunuh secara sewenang-wenang seorang mukmin tanpa bukti
yang kukuh hendaklah dibalas
bunuh kecuali pihak keluarga atau penjaga { wali } yang terbunuh menerima
ganti darah atau bayaran
|
Fasal
22
|
Orang mukmin tidak dibenarkan menolong atau memberikan
perlindungan kepada orang yang
bersalah .Jika ia melakukan juga,dia akan dilaknati Allah SWT di hari kiamat kelak dan taubatnya tidak akan
diterima
|
Fasal
23
|
Jika berlaku pertelagahan
&
berselisih pendapat tentang suatu
perkara hendaklah dirujuk kepada Allah SWT
&
rasul-Nya
|
(b) Bahagian
kedua mengandungi 24 fasal
yg membabitkan kaum Yahudi &
tanggungjawab mereka terhadap negara
Islam Madinah.bahagian ini ditulis selepas Perang Badar. Isi kandungannya
adalah seperti yg berikut :
Fasal
24
|
Bahawa kaum Yahudi hendaklah menanggung perbelanjaan
bersama-sama orang mukmin selama mereka itu berperang menentang musuh
|
Fasal
25
|
Kaum Yahudi Bani `Auf adalah salah satu umat bersama orang
mukmin,orang Yahudi dengan agama
mereka &
orang mukmin dengan agama mereka
|
Fasal
26
|
Kaum Yahudi Bani al-Najjar
{ dianggap } sama seperti kaum Yahudi Bani `Auf
|
Fasal
27
|
Kaum Yahudi Bani
al-Harith { dianggap } sama seperti kaum Yahudi Bani `Auf
|
Fasal
28
|
Kaum Yahudi Bani Sa`idah { dianggap } sama seperti kaum
Yahudi Bani `Auf
|
Fasal
29
|
Kaum Bani Yahudi Bani Jusham { dianggap } sama seperti
kaum Yahudi Bani `Auf
|
Fasal
30
|
Kaum Yahudi Bani al-‘Aus (dianggap) sama seperti kaum
Yahudi Bani ‘Auf.
|
Fasal
31
|
Kaum Yahudi Bani Tha’labah (dianggap) sama seperti kaum
Yahudi Bani ‘Auf, kecuali org yg zalim dan melakukan dosa, maka ia hanya akan
menimpa diri mereka dan keluarga mereka sendiri.
|
Fasal
32
|
Suku Jafnah daripada suku Tha’labah (dianggap) sama
seperti kaum Yahudi Bani ‘Auf.
|
Fasal
33
|
Bagi al-Syutaybah 9dianggap) sama seperti kaum yahudi Bani
‘Auf.
|
Fasal
34
|
Kaum mawali Tha’labah dianggap sama seperti kaum yahudi
Tha’labah.
|
Fasal
35
|
Bahawa sahabat2 Yahudi (dianggap) sama seperti
kaum Yahudi juga.
|
Fasal
36
|
Tiada siapa yang dibenarkan keluar atau pergi berperabg
tanpa terlebih dahuli mendapat keizinan Nabi Muhammad SAW. Sesiapa yang
melakukan kejahatan, maka dia sendiri dan kaum keluarganyanyang akan
menanggung balasannya. Allah SWT akan melindungi orang yang akan menghormati
perjanjian ini.
|
Fasal
37
|
Orang Yahudi mesti sama-sama menanggung bebanan negara
bersama-sama orang Islam, mereka juga dikehendaki tolong-menolong menetang
musuh-musuh yang mengancam keselamatan anggota piagam, serta saling
menasihati serta berbuat kebajikan dan mencegah kemungkaran. Seseorang itu
tidak boleh dianggap bersalah kerana kesalahan sekutunya, dan pertolongan
hendaklah diberikan kepada yang dianiaya.
|
Fasal
38
|
Orang yahudi hendaklah menanggung pembiayaan bersama orang
mukmin selagi mereka berada dalam peperangan.
|
Fasal
39
|
Bahawa kawasan Yathrib (Madinah) adalah suci dan tidak
boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini.
|
Fasal
40
|
Bahawa jiran tetangga (al-jar) hendaklah dianggap sebagai
diri mereka sendiri selagi mereka tidak melakukan sebarang ancaman atau
kesalahan (dosa)
|
Fasal
41
|
Tiada seorang daripada kaum wanita boleh diberikan
perlindungan kejiranan tanpa keizinan ahli keluarganya.
|
Fasal
42
|
Apa jua kemungkinan atau perbalahan sesame anggota piagam
yang dikhuatiri membawa kepada bencana, maka hendaklah dirujuk kepada hukum
Allah SWT dan penyelesaiannya akan dilakukan oleh Rasul-Nya, dan Allah Yang
Maha Menyaksikan tentang kebaikan piagam dan merestuinya.
|
Fasal
43
|
Tidak boleh diberi perlindungan kejiranan kepada Kaum
Quraisy kafir, begitu juga kepada orang yang membantu mereka.
|
Fasal
44
|
Mestilah ada perjanjian bantu-membantu antara anggota
piagam bagi mempertahankan kota Madinah daripada serangan musuh.
|
Fasal
45
|
Jika musuh mahukan perdamaian, maka hendaklah menerimanya
secara positif dan bertawakal kepada Allah SWT.
|
Fasal
46
|
Bagi kaum Yahudi Bani ‘Aus dan sekutu-sekutu mereka
hendaklah sama-sama tanggungjawab bersama-sama anggota piagam dan hendaklah
membuat kebajikan dengan tidak melakukan kesalahan (dosa, tetapi jika mereka
lakukan juga maka mereka sendiri yang menanggung risikonya. Sesungguhnya,
Allah Yang Maha Menyaksikan tentang kebaikan isi kandungan piagam dan
merestuinya.
|
Fasal
47
|
Piagam ini tidak boleh disalahgunakan bagi melindungi
orang yang zalim dan bersalah. Dan sesiapa antara anggota piagam yang keluar dari
Madinah atau kekal di dalamnya, keselamatan mereka akan tetap
terjamin,kecuali mereka melakukan kezaliman atau kesalahan (dosa).
Sesungguhnya, Allah SWT melindungi orang yang melakukan kebajikan dana
bertakwa, dan sesungguhnya Muhammad ialah Pesuruh Allah.
|
No comments:
Post a Comment