sweet memories

Wednesday, 12 February 2014

2.1.2 Pelaksanaan cukai pada zaman Bani Abbasiyah { SEJARAH STPM PENGGAL 2}


1)                       Cukai Kharaj

ª       Kutipan cukai kharaj diuruskan oleh pentadbiran Diwan
ª       Antara Diwan yg diwujudkan  ialah al-Jund,al-Kharaj,al-Sawafi,al-Sirr & al-Rasa`il
ª       Diwan ditubuhkan agar dpt menjamin pembangunan Negara,menyumbang kecemerlangan kota Baghdad & membina empayar Bani Abbasiyah
ª       Kharaj dikenakan ke atas tanah tidak kira pemiliknya merdeka @ hamba,Islam @ bukan Islam
ª       Diwan al-Kharaj {jbtn percukaian} akn mengendalikan semua mslh cukai tanah yg mengeluarkan hasil pertanian.Ia diketuai oleh seorang pegawai  bg memastikan cukai khazraj berjalan lancar .Pegawai akn melantik wakil pemungut cukai menentukan jumlah cukai kharaj yg perlu diserahkan kpd  baitulmal setelah ditolak  perbelanjaan bersih mengurus pentadbiran wilayah
ª       Kutipan kharaj pd zaman Bani Abbasiyah  adil kpd semua kelompok msyrkt kerana pegawai & pemimpin  Bani Abbasiyah kebanyakkannya terdiri drpd golongan mawali
ª       Pembayaran kharaj dlm bentuk nilai  mata wang seperti  pd zaman  Khalifah Abu Jaafar ak-Mansor iaitu 10 dirham setiap unit tanah
ª       Wujud Jbtn  Akauntan Negara ketika zaman Khalifah al-Mahdi utk mengelolakan cukai khususnya perniagaan di pasar2 & kedai
ª       Kadar kharaj berbeza2  antara 1 kwsn dgn 1 kwsn yg lain

2)    Cukai Jizyah

·         Jizyah ialah cukai perlindungan yg  dikenakan ke atas org bukan Islam  dlm kadar yg munasabah , mengikut kemampuan utk menjamin keamanan , keselamatan jiwa & harta benda
·         Pelaksanaan jizyah zaman Bani Abbasiyah  kembali seperti zaman Khulafa ar-Rasyidin  iaitu tiada isu diskriminasi
·         Kebanyakkan khalifah Abbasiyah berbangsa Parsi  & Turki menyebabkan kutipan sama rata  &  adil
·         Diwan al-Kharaj { jbtn kewangan} menguruskan semua cukai  termasuk jizyah .
·         Pungutan jizyah menjadi stabil & bnyk membantu kewangan bani Abbasiyah


3)  Cukai  Usyur

§  Kota Baghdad menjadi pusat perdagangan terbesar dlm pling sibuk di dunia ketika zaman Bani Abbasiyah
§  Aktivit perdagangan melibatkan rempah ratus dr India , batu permata dr Turki & Asia Tengah , beras & gandum dr Mesir , buah2an dr Syam & sutera sert minyak wangi dr Parsi
§  Perkembangan kota Baghdad seiring dgn kemajuan sektor pertanian , perindustrian  & perdagangan
§  Pelabuhan Basrah,Kaherah  & Iskandariah muncul sbg pelabuhan antarabangsa
§  Cukai Usyur menjadi cukai terpenting  yg dikenakan ke atas para pedagang yg berdagang di pelabuhan , di pasar2  & di kedai2 sekitar kota Baghdad & wilayah kekuasaan bani Abbasiyah

§  Kewangan baitulmal  menjadi sgt kaya & berperanan aktif kerana cukai usyur menjadi sumber utamanya seperti pd zaman khalifah Harun ar-Rasyid

No comments:

Post a Comment