sweet memories

Saturday, 9 November 2013

SAHABAT


Jangan terlalu ego bile bersahabat....

bersahabat bukan untuk sejam dua tapi untuk selamanya....

Orang memaafkan itu lebih baek daripada tidak 

Bertegur sapa sesama saudara

perkara yang paling susah dalam bersahabat ialah menegur sahabat sendiri ketika dia berbuat salah kerana kita tidak ingin hati dia terluka



 sebuah persahabatan tak akn hancur jika kta pandai menjaga & memeliharanya      







"Seorang sahabat tidak akan meninggalkan sahabatnya ketika dia memerlukan sokongan dan bantuan. Sekiranya tidak mampu untuk hulurkan bantuan, berikanlah kepadanya sokongan."
andai ingin bersahabat,

terimalah dia seadanya

kerna dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa

jangan mengharapkan yang sempurna kerna diri kita sendiri tidak sempurna,

tiada yang biasa-biasa menjadi satu kesempurnaan 
TETAPI
BERSAHABATLAH KERANA ALLAH FILLAh













                                




kehidupan di dunia hanya sementara

Hayati bait lagu Bila Diri Disayangi yang didendangkanoleh kumpulan Ukays


Engkau yang pertama, tiada akhirnya 
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya 
Izinkahlah aku menumpang di sini 
Di bawah naungan kasih dan sayang mu 
Ku berserah diri




غريب أو عابر سبيل وكان ابن عمر يقول اذا أمسيت فلا تنتطر الصباح واذا أصحبت فلا تنتظر المساء وخذ من صحتك لمرضك ومن حياتك لموتك – رواه البخاري



(Hadis Riwayat Bukhari)


Maksudnya: Daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah 'Anhuma, katanya: Rasulullah S.A.W.memegang bahuku seraya bersabda: Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau. Ibn Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi,jangan tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.


Di dunia inilah kita perlu mengumpul bekalan.Nak tahu tak dua amalan yang perlu untuk bekalan ke akhirat?Dua amalan tersebut ialah melaksanakan ibadat wajib dan melazimi ibadat sunat.Dalam hadis diatas,Rasulullah S.A.W ada berpesan supaya membuat persediaan untuk hari akhirat.Bukan tu sahaja pesanan Rasulullah S.A.W,Rasulullah S.A.W  juga berpesan supaya kita menggunakan peluang untuk beramal ketika sihat.Pada masa kini,kita selalu dengar anak-anak muda pasti akan  berkata 'mereka masih muda,bila sudah tua nanti barulah beribadat',tetapi adakah mereka akan pasti bahawa mereka akan melalui usia tua mereka?Jika mereka melalui usia tua pun,adakah mereka pasti bahawa mereka sihat ketika itu?Bagaimana jika ketika mereka masih muda,mereka  telah pergi menghadap ILAHI?Apakah yang bekalan yang dibawa untuk menghadap ILAHI?
Cukupkah bekalan itu?Oleh itu,janganlah kita membazir masa dan melengah-lengahkan kerja



Sejarah STPM Penggal 1 ~Tema 4 : Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu {sumbangan}


Pendahuluan


PertubuhanBangsa-bangsa Bersatu {PBB} ditubuhkan pada bulan Oktober 1945.Matlamat utama penubuhan PBB adalah memelihara keamanan dan keselamatan sejagat.PBB juga memainkan peranan menyelesaikan konflik antarabangsa secara aman tanpa penggunaan kekerasan.Sejak awal penubuhan hingga hari ini,PBB telah memberikan sumbangan amat besar dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia.


Isi-isi penting


(a) Masalah Pelarian


- PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian


-bagi menangani masalah ini,PBB mengadakan rundingan diplomatik bagi menempatkan pelarian
  di negara-negara tertentu


(b)  Dasar Aparteid


-PBB menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah  aparteid


- 1963,Perhimpunana Agung PBB meluluskan perisytiharan pembasmian segala bentuk
  diskriminasi ras


(c)  Hak Asasi Sejagat


- 1948,PBB mengubal perisytiharan Hak Asasi Sejagat


- perjanjian berhubung dengan hak asasi sejagat  diluluskan oleh PBB pada 1966


(d) Menyelesaikan Perebutan Pulau


- PBB berusaha menangani masalah perebutan pulau agar ketegangan antara negara dapat
  dikurangkan


- bagi menyelesaikan masalah perebutan pulau,PBB melaksanakan Undang-undang Laut pada
  tahun 1994


(e) Kemerdekaan Wilayah Jajahan 


- PBB memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan


- 1960,PBB meluluskan perisytiharan kemerdekaan  kepada wilayah dan penduduk negara yang
  dijajah


Kesimpulan


PBB berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan berkesan.PBB mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menangani konflik yang melibatkan negara-negara anggota.



Friday, 8 November 2013

Bahagian C - Pengajian Am Penggal 1

format jawapan :  3 + 2 / 2 + 3

Pendahuluan

Kebelakangan ini banyak pendedahan yang bersifat negatif yang dilakukan oleh golongan remaja.Antaranya merempit,berpelesiran,menganggur dan seumpamanya.

Faktor  Dalaman

1. Kurang pengetahuan agama / moral
-remaja kurang mendalami amalan agama yang menjadi petunjuk kepada perbuatan baik
-tidak mengetahui kesalahan sesuatu tindakan
-tidak mahu mengamalkan
-menganggap petunjuk agama sebagai menyusahkan atau menyulitkan

2. Kemiskinan
-remaja yang miskin perlukan wang untuk menyara kehidupan sendiri
keinginan untuk memiliki sesuatu keperluan secara mudah tanpa keupayaan telah menyebabkan mereka melakukan jenayah seperti meragut

3. Masalah  Keluarga
-golongan remaja yang terlibat dengan pelbagai masalah di luar rumah mungkin berpunca daripada masalah dalaman keluarga
-pergolakan dalam rumah tangga akan menganggu ketenteraman jiwa anak-anak remaja
-remaja perempuan mungkin  akan melarikan diri atau mencari ketenangan bersama rakan
-tindakan melarikan diri tanpa arah tujuan bakal mengundang banyak masalah

Impak Negatif 

1. Peningkatan Indeks Jenayah
-indeks jenayah akan meningkat
-menambahkan bebanan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini
-rakyat dan negara terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah
-meningkatkan masalah sosial  dalam masyarakat

2. Menjejaskan Imej Negara
-golongan remaja yang banyak terlibat dengan masalah sosial akan memberikan gambaran yang negatif kepada kumpulan mereka serta kepada pihak kerajaan
-gambaran negati ini boleh menjadi buah mulut masyarakat antarabangsa
-pelabur dan pelancong asing berkemungkinan mengambil langkah menjauhkan   diri dari negara kita

3. Menjejaskan Keselamatan dan Kedaulatan Negara.
-remaja yang bermasalah apabila terlibat dengan tingkah laku negatif,tidak mempunyai jati diri
-mereka tidak mempunyai keupayaan untuk membantu orang lain,bahkan membantu negara kerana mereka hanya mengutamakan nafsu sendiri sahaja
-oleh itu,mereka tidak berkemampuan untuk mempertahankan kedaulatan serta undang-undang negara kerana mereka sering melakukan

KESIMPULAN
Golongan remaja perlulah menyedari bahawa mereka merupakan penyambung generasi pada masa hadapan.Oleh itu,mereka perlu bertindak secara posiif agar mampu memberikan sumbangan yang berguna.

Tanah kubur wangi

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Ahmad Ismail
SEGAMAT: "Ketika proses menggali dan mengeluarkan mayat arwah ibu mentua dijalankan semalam, secara tiba-tiba seluruh kawasan tanah perkuburan ini berbau harum.
"Saya sendiri lihat kain kapan ibu mentua masih dalam keadaan sempurna dan tidak reput. Ia hanya dikotori tanah saja," kata Abdullah Abdul Karim, 74, hari ini.
Abdullah adalah menantu kepada arwah Maheran Jaaffar, 74, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 2006. 

Ketika dikeluarkan dari liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini, mayat arwah Maheran masih dalam keadaan sempurna.
Foto

Mayatnya antara 16 mayat yang dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan yang masih dalam keadaan sempurna.

Tanah perkuburan yang berusia 100 tahun itu digali untuk memberi laluan kepada projek pelebaran Jalan Segamat-Ledang.

Keseluruhannya, 350 kubur terbabit dalam pemindahan berkenaan dan mayat akan disemadikan semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alai yang terletak tidak jauh dari lokasi berkenaan.

Menceritakan amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya, Abdullah berkata, ibu mentuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas bangun daripada tidur.

"Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid.

"Sepanjang hayatnya, arwah ibu mentua tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran," katanya ketika ditemui.

Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mentuanya juga seorang yang pemurah dan sering bersedekah.

"Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu serta isteri.

"Saya bekerja sebagai penjaga kubur di tanah perkuburan ini sejak 20 tahun lalu. Pengalaman melihat keadaan jenazah arwah ibu mentua yang masih sempurna menunjukkan kebesaran Allah SWT dan Dia memang tidak pernah memungkiri janji-Nya," katanya.

Menurut Abdullah, dia bersyukur dengan apa yang ditunjukkan oleh Allah SWT kerana ia boleh dijadikan tauladan kepada dirinya serta masyarakat.

"Syukur segala proses menggali serta mengebumikan semula mayat arwah ibu mentua berjalan lancar," katanya.

Abdullah berkata, selain kubur ibu mentuanya, beberapa kubur saudaranya turut dipindahkan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/08

Monday, 4 November 2013

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS PENGGAL 1 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) 2014


19
November
2013
(Selasa)        
SIDANG 1
8:00 pagi – 10:00 pagi 2 jam 913/1 Bahasa Arab 1
8:00 pagi – 9:30 pagi 1½ jam 960/1 Physics 1
SIDANG 2
11:00 pagi – 1:00 petang 2 jam 948/1 Perakaunan 1
11:00 pagi – 12:30 tengahari 1½ jam 966/1 Sains Sukan 1
SIDANG 3
2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 911/1 Bahasa Cina 1
2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 912/1 Bahasa Tamil 1
2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 930/1 Syariah 1
20
November
2013
(Rabu)
SIDANG 1 8:00 pagi – 10:00 pagi 2 jam 900/1 Pengajian Am 1
SIDANG 2 11:00 pagi – 1:00 petang 2 jam 942/1 Geografi 1
SIDANG 3
2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 922/1 Kesusasteraan Melayu Komunikatif 1
2:30 petang – 4:00 petang 1½ jam 950/1 Mathematics (M) 1
2:30 petang – 4:00 petang 1½ jam 954/1 Mathematics (T) 1
 21
November
2013
(Khamis)
SIDANG 1
8:00 pagi – 10:00 pagi 2 jam 920/1 Literature in English 1
8:00 pagi – 10:00 pagi 2 jam 931/1 Usuluddin 1
8:00 pagi – 9:30 pagi 1½ jam 958/1 Information and Communications
Technology 1
SIDANG 2
11:00 pagi – 1:00 petang 2 jam 910/1 Bahasa Melayu 1
11:00 pagi – 12:30 tengahari 1½ jam 964/1 Biology 1
SIDANG 3 2:30 petang – 4:00 petang 1½ jam 946/1 Pengajian Perniagaan 1
25
November
2013
(Isnin)
SIDANG 1
8:00 pagi – 10:00 pagi 2 jam 944/1 Ekonomi 1
8:00 pagi – 9:30 pagi 1½ jam 956/1 Further Mathematics 1
SIDANG 2
11:00 pagi – 1:00 petang 2 jam 940/1 Sejarah 1
11:00 pagi – 12:30 tengahari 1½ jam 962/1 Chemistry 1
SIDANG 3 2:30 petang – 4:30 petang 2 jam 970/1 Seni Visual 1