sweet memories

Tuesday, 22 April 2014

Konsep Ekonomi Islam { sejarah STPM penggal 2}



Ekonomi Islam merupakan ilmu yg mengkaji  kegiatan manusia yg selaras dengan kehendak  syariat dari segi memperoleh,mengguna atau mengurus sumber asli utk kebaikan bersama secara kebendaan & keharmonian demi mendapat keredaan Allah swt.
Falsafah ekonomi Islam

a)   Tauhid ~ asas kepada  falsafah ekonomi Islam merangkumi hubungan manusia dengan Allah SWT  & hubungan manusia dgn manusia
b)   Rububiyyah ~ konsep rububiyyah Allah SWT dalam konteks ekonomi ialah peraturan Illahi bagi menyusun rezeki & kegiatan manusia demi kepentingan yg sebenar
c)   Tazkiyyah ~ konsep tazkiyyah dalam ekonomi pula membentuk kesucian jiwa & ketinggian akhlak.Pembersihan harta adalah melalui zakat & sedekah
d)   Hari pembalasan ~ kepercayaan kpd hari pembalasan akan menjadikan kegiatan ekonomi manusia sentiasa berada pada landasan yang dibenarkan
e)   Manusia sebagai khalifah ~ manusia juga merupakan pemegang amanah & berperanan utk memakmurkan bumi sesuai dgn peranan manusia sebagai khalifah & hamba Allah
f)    Persaudaraan antara manusia~tanpa mengira warna kulit & keturunan akn membuahkan keadilan & menolak kezaliman.Oleh itu, pemerasan, eksploitasi , penindasan & penyelewengan tidak mungkin berlaku dengan sewenang-wenangnya

g)   Hak milik ~ segala harta kekayaan & sumber  di atas muka bumi ini adalah hak milik Allah SWT.Justeru,manusia perlu menguruskan anugerah & amanah Allah SWT secara  yg diredai oleh –Nya.



Ciri-ciri ekonomi Islam

1)    Ciri-ciri ekonomi Islam ialah

a)    Ekonomi berasaskan al-Quran & al-Sunnah
b)   Ekonomi Islam lengkap ,sempurna & mampu menyelesaikan masalah keperluan kehidupan manusia
c)    Keseimbangan antara kepentingan individu & masyarakat dlm ekonomi Islam.
d)   Kegiatan ekonomi tidak memisahkan antara kebendaan & kerohanian
e)   Ekonomi Islam sesuai sepanjang zaman & di setiap tempat kerana sifatnya yg tetap & dinamik
f)    Asas ekonomi Islam ialah al-Quran & as-Sunnah

2)   Sumber hukum ekonomi Islam dibahagikan kpd sumber utama,sumber rujukan & sumber-sumber  lain.Sumber utama ekonomi Islam :

§  al-Quran
§  as-Sunnah

3)   Sumber-sumber  rujukan dalam ekonomi Islam

                     i.        Ijma`
                    ii.        Qias
                  iii.        Ijtihad

4)   Sumber-sumber yang lain menentukan hukum ekonomi Islam

                   i.        Pendapat para sahabat
                  ii.        Istihan
                iii.        Istislah
                 iv.        Stishab
                  v.        `uruf



No comments:

Post a Comment