Pendahuluan
Sistem ekonomi sara diri
merupakan amalan ekonomi utama di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.
Perubahan ekonomi pesat berlaku mulai pertengahan abad ke-19 dengan memberi
penekanan kepada ekonomi komersial atau ekonomi perdagangan.
Isi – isi
i.
Perlombongan
S Perusahaan utama ialah perlombongan bijih timah. Perusahaan
bijih timah dimonopoli oleh pelombong Cina di antara 1850 hingga 1912. Mereka
menggunakan cara melombong yang lebih berkesan seperti melombong dedah dan
menggunakan pam. Pelabur Eropah mula berminat dalam perusahaan bijih timah awal
abad ke-20. Kawasan utama lombong bijih timah seperti Larut, Lembah Kinta dan Ampang.
S Antara faktor-faktor membawa kepada pemkembangan pesat
perusahaan bijih timah adalah kemasukan buruh Cina untuk mmengatasi kekurangan
pekerja,dasar dan sistem pemerintahan British di NNMB,permintaan tinggi bagi
bijih timah di pasaran dunia dan pengenalan kapal korek dalam melombong bijih
timah
S 1929 hingga 1932,perusahaan bijih timah meleset. Harga merosot
ke paras paling rendah menyebabkan pengangguran dalam kalangan
pelombong-pelombong. Kerajaan British mencadangkan satu skim untuk mengawal
harga dan pengeluaran bijih timah. 1931, Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa
ditandatangani buat pertama kali dan kemudian pada 1934 dan 1937. Pada zaman
pendudukan Jepun, perusahaan semakin merosot kerana lombong-lombong dan
peralatan bijih timah dimusnahkan oleh British,eksport bijih timah ke pasaran
dunia terganggu dan permintaan bijih timah merosot
S Bahan galian lain yang penting ialah emas di Raub,Pahang;
arang batu di Batu Arang,Selangor dan bijih besi di Johor ,Terengganu dan
Kelantan.
ii.
Pertanian dagangan atau komersial
S Pembukaan kawasan bagi pertanian gambir dan lada hitam di
Johor adalah dibawah Sistem Kangcu.
S Selain tanaman tradisional,peladang Eropah telah mencuba
mengusahakan jenis tanamaneksport baru seperti kopi di Perak,Selangor,Negeri
Sembilan dan Johor serta kelapa sawit di Selangor,Johor dan Perak awal abad
ke-20
S Awal abad ke-20,penanaman getah secara besar-besaran
diusahakan berikutan kejatuhan harga tanaman dagangan,terutamanya kopi. Antara
faktor perkembangan perusahaan getah ialah sumbangan H.N. Ridley, kemerosotan
harga kopi ,permintaan tinggi bagi tanaman getah,tenaga buruh India yang
murah,galakan kerajaan NNMB dan peranan pusat penyelidikan.
S Harga getah merosot pada 1920-an. Rancangan Sekatan Stevenson
1922 hingga 1929 diperkenalkan untuk mengawal harga getah dengan menghadkan
pengeluaran getah.
S Kejatuhan harga getah pada 1930-an disebabkan kemelesetan
ekonomi dunia dan Rancangan Getah Antarabangsa 1934 hingga 1943 diperkenalkan
S Pengeluaran getah terhenti semasa Perang Dunia ke-2 kerana
loji-loji memproses getah dimusnahkan oleh British. Hubungan Tanah Melayu dengan pasaran dunia terputus dan serangan Jepun
mengakibatkan banyak ladang getah dimusnahkan.
Penutup
Ekonomi Tanah Melayu mengalami
transformasi dari ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial yakni perlombongan
dan pertanian kepada perdagangan atau komersial selepas campur tangan British sehingga
Perang Dunia Kedua.